PERTEMBUNGAN DUA ULAMA : QARADHAWI & ZUL KULIM.
Siapa yang tidak kenal Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Tokoh ulama dan pemikir Islam yang dikenali di dunia islam, juga dunia barat. Kehebatan beliau dalam mengupas isu-isu islam, tidak dinafikan. Sebarang fatwa yang dikeluarkan, sudah pasti memberi keuntungan kepada islam.
Disiplin ilmu yang beliau kemukakan, amat mengkagumkan. Lihatlah buku-buku karangan beliau yang masyhur-masyhur, seperti kitab At-taharah, Fiqh Awlawiyyat, Fiqh Aqalliyyat, Siyasah Syariiyyah dan sebagainya. Justeru, tidak hairan, beliau mendapat gelaran "Al-Imam Al-Wasati".
Dunia mengiktiraf kehebatan beliau. Pengiktirafan beliau sebagai ulama, bukan sekadar para ilmuan dalam Malaysia, bahkan ilmuan islam di dunia Islam yang hebat-hebat.
Justeru, ke'ulama'an Dr Yusuf Al-Qaradhawi tidak boleh dinafikan lagi. Bak kata pepatah;
لا يعرف ذا فضل الا ذاوه
Maksudnya;
"tidak mengenali orang yang mempunyai kelebihan, melainkan orang yang mempunyai kelebihan juga"
Adapun Zulkifli nordin seorang peguam islam yang mula dikenali sejak isu pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dari parti UMNO dan dari Timbalan perdana Menteri. Di mana sahaja ada isu mahkamah melibatkan Anwar Ibrahim ketika itu, pasti disitu wujud wajah yang bertubuhkan Zulkifli Nordin.
Dikatakan bahawa dahulu beliau pernah menjadi salah seorang YDP PAS di Bandar Tun Razak. Tidak diketahui setara mana kebenaran berita angin tersebut. Di maklumkan juga, beliau pernah diletakkan sebagai calon PAS untuk pilihanraya umum, tetapi majlis Syura menolak.
Apabila pilihanraya umum tahun 2008 bergema, Zulkifli Nordin semakin dikenali apabila beliau bertanding di parlimen kulim dan menang sebagai Ahli parlimen atas tiket parti Keadilan rakyat (PKR).
Beliau amat terserlah dalam banyak isu, terutama melibatkan isu islam dan melayu.
Pun begitu, kebelakangan ini, apabila tercetus isu kalimah Allah, kehadiran beliau mempertahankan pendapatnya semakin teserlah.
"Mereka ini bagi saya adalah Firaun Kecil . Dalam Isu Islam tidak ada kompromi apatah lagi soal kalimah Allah membabitkan soal akidah" ujar beliau dalam memperkatakan tentang isu kalimah Allah yang sedang hangat diperkatakan (sila Klik)
Isu kalimah Allah ini, sudah didebatkan dengan begitu hebat sekali. Berbagai pendapat dan hujjah telah dikemukakan, yang akhirnya Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengeluarkan kenyataan pada 22 Januari yang lalu dengan kata beliau;
"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? "
Persoalannya sekarang, siapa yang benar dalam isu kalimah Allah ini? Zul Kulim atau Dr Yusuf Al-Qaradhwi? Pening dibuatnya, apabila melihat pertembungan dua pendapat ulama besar ini.
Sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Danau Kota.
27 januari 2010 * 11:31 malam
13 ulasan:
sakam Ustaz
Satu memang Ulama besar penuh dengan ilmu dsatu lagi ulama besar gak besar kepala
Salam
1. Minta sesiapa sponsor Qardawi duduk di Malaysia untuk tenpok 1 ke 3 tahun.
2. Tolong sponsor guru khas daripada UMNO, PKR untuk terangkan pada qardawi Malaysia dan sejarahnya.
3. Mintak tolong bagi penjelasan diatas sketsa dianta Pakiam dan Khalid ini.
Khalid semamamgnya tahu bahawa satu bungkus mee goreng + babi yang dibawa oleh Pakiam nak di kongsikan dengan nya. Pakiam kata tak apa, Anta makan aje mee tu, biarlah Ana aje yang makan babi tu. Khalid katakan pada Pakiam, tak boleh makan sebab babi tu haram. Pakiam kata, kenapa tak boleh, bukan kah babi itu kejadian Allah yang Maha Esa! Selama ini Ana menjadikan babi sebagai makanan harian. KEnapa tidak ada mendatangkan apa apa kemudaratan kepada Ana? Apakah Anta menolak anugerah rezki yang dicari dengan cara baik ini. Ana gunakan duit gaji Ana sendiri. Lillah Halal. Ana tidak mencuri, Demi Allah " kata Pakiam.
Khalid yang terpaku mendengarkan Pakiam mengulang ngulang kalimah Allah itu....
MasyaAllah Pakiam. Ante memang seorang yang jujur. Maafkan Ana!
Ma, kedua dua sahabat ini pun meneruskan santapan mee goreng babi tadi.
TAMMAT
Ya Allah!Ape punye ceta la org atas ni.Mcm budak2 je.Nampak sgt pemikiran tu bengap n bute tuli..
Dr Yusuf Al-Qaradhawi hanya menjelaskan tentang apa yang umat Islam telah tahu iaitu Allah ialah tuhan kepada seluruh alam.
Dr Yusuf tidak menjawab persoalan asas iaitu adakah kita bersetuju nama tuhan Kristian (tuhan sebagaimana yang difahami oleh orang Kristian BUKAN sebagaimana yang di fahami oleh umat Islam)itu Allah.
Kristian percaya tuhan ada dalam tiga bentuk iaitu tuhan,anak tuhan dan roh tuhan. Adakah konsep tuhan Kristian bersamaan dengan konsep tuhan dalam Islam? Kalau konsepnya lain, mana boleh nama tuhannya disamakan?
Dr Yusof hanya bercakap politik yang tidak memberi sebarang makna dan tidak menjelaskan apa apa.
Ulasan Pak Teh Adam menampakkan bahawa beliau berfatwa berdasarkan emosi bukanya ilmu dan nas. Pi belajaq dulu P.Teh baru jadi mufti.Kalau rasa dah layak pi mohon jawatan mufti.
apa yang nak pening.. petembungan tu lumrah.. imam nawawi pun bertembung dgn imam rofi'i, ibn hajar pun bertembung imam ramli.. ada baiknya tak payah nak perbesarkan perkara mcm ni..
ust...
per mcm dgn GST mlm td..?
Zul kulim ni tak layak dipanggil ulama. Apa yg dia pandai sgt tentang islam? Klu setakad kononnya nak mempertahankan kalimah Allah, itu budak darjah satu sekolah agama pun bole cakap! Klu ulama besar mcm Dr Yusuf Al-Qaradhawi dah kata tak salah apa lagi yg benak2 agama nak lawan?
Alasan yg kata situasi di Malaysia lain, apa yg lain? Islam kena ikut acuan Malaysia ke? Quran kena rombak ikut keadaan masyarakat majmuk di Malaysia? Dah hilang akal ke org2 islam Malaysia? Sebab tu klu tak paham agama belajo le, kaji betul2 sifat2 20 Allah swt yg maha suci lagi maha sempurna.
Harap jangan perbesarkan isu ini. Bagi ambe, eloklah Malaysia tidak benarkan penerbitan agama lain menggunakan kalimah Allah. Demi keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Apapun, kata putus di tangan mahkamah. Ambe berlapang dada sahaja sebab sama ada Kristian dibenarkan guna nama Allah atau tidak, langsung tak jejas akidah ambe. tanggungjawab kita memperkenalkan Allah yang Maha Esa kepada anak2 kita. Bukan menyekat orang lain guna nama Allah.
Salam Ustaz WJ
786.66
Kepada yang masih berputar menterjemah kalimah sisi-sisi yang berbeza
Asal nama asmanya ALLAH
Ia adalah
Zat WajibulWujud
Sifatnya pun sifat Zat
Asmanya pun asma Zat
Afaatnya pun afaal Zat
Ertinya Esa Zat: Allah Yang Esa
Dan selepas makhluknya dijadikan/diwujudkan / dizahirkan
IA memperkenalkan namanya ALLAH itu lah jua untuk sesiapa saja sampai bila-bila
samaada makhluknya itu ingkar atau taat.
Lain-lain nama atau tuhan-tuhan (yang dinama dan disifat bermacam-macam ) adalah anggapan-anggapan /tafsiran /.kemampuan ilmu manusia saja yang jauh dari kebenaran.
Demikian juga nama ALLAH yang disifat bermacam-macam( yang tak layak bagi-Nya) adalah anggapan-anggapan/tafsiran /kemampuan ilmu manusia saja yang jauh dari kebenaran.
Mahasuci Allah dari segala sifat kekurangan. Segala kekurangan disandarkan kepada makhluknya .Manusia sendirilah yang rugi kerana kesesatan dan tidak menemukan kebenaran dalam menuju kepada Maha Pencipta. Allah tetap Esa biarpun manusia yang beragama menyekutukannya.
Melayu Islam Malaysia adalah satu titik yang amat halus jika dibandingkan dengan Semestaraya dan makhluk ciptaan-Nya yang tidak terhitung angka dan tak tersebut oleh huruf dan kalimat serta tak tertangkap oleh makna-makna ,lambang/kod/simbol yang Maha Rahsia .Hanya sedikit ilmu diwariskan-Nya dari ilmu-Nya yang Maha Sempurna dan Maha Agung.
Allah memperkenalkan namanya untuk semua.
kenapa kita cuba membataskannya.
Kenapa kita campurtangan / bersekutu dalam menentukan hakmilik terpelihara “ALLAH” untuk siapa ,sedangkan dalam Al Quran sendiri telah termaktub.
saya lebih setuju dengan hujah ustaz kazim...boleh saudara dengar dalam kuliyah.net
orang kristian boleh guna nama Allah asalkan depa sangup beriman dengan surah alIklas...kita digesa menberitahu kepada orang kristian tentang sifat Allah seperti yang dijelas kan dalam surah tersebut. adakah anda setuju bahawa Allah itu punya anak...jadi jika setuju bemakna akidah telah rosak tak payah nak sembahyang puasa lagi...
ustz Harun din juga kata kufur setuju orang kafir guna Nama Allah..jadi fikir2kan lah...bepolitik lah cara islam tidak sama sekali mengadaikan prinsip.
Saudara Myfuad.
Tauhid kita betul jelas pada surah Al Ikhlas, itu adalah tanggungjawab kita menerangkan pada mereka Kristian bahawa Allah tiada sifatnya mcm manusia. Bacakn surah ini pada mereka. Saya masih bersetuju jika Kristian dibenarkan guna Allah kerana saya percaya Kristian majoriti di dunia yg tidak mengenali Allah, hanya GOD, akan tahu Allah is actually God dan secara tak langsungnya mereka akan mendekati Islam kerana Allah adalah tuhan orang Islam. Ahmad deedat berdebat dgn paderi kristian didepan orang kristian amerika mengenai Allah, dan menerangkan tuhan itu Allah. Kalau dia masih hidup mesti dia menggelengkan kepala kepada "saudara lembutnya orang melayu (south africa malay)" - seperti yg pernah dikatakan oleh Ahmad Deedat. Kenapa lah dia susah2 terangkan dekat org kristian, tuhan itu Allah - dimana orang melayu muslim mempunyai peluang yg jelas menerangkan sifat Allah kepada kafir kristian malaysia dengan menuturkan surah Al Ikhlas.
kepada saudara tanpa nama
alangkah baiknya sekira saudara bagi teks ahmad deedat itu di sini atau link supaya bolehlah kita bersama2 berkongsi untuk meyebarkannya daripada hanya berkata2 sekadar memerli.
diharapkan nanti bila sudah ada teks tu. kita berpakatlah beramai-ramai untuk memastikan teks tu sentiasa di muka depab setiap blog atau naskah-naskah pamplet sentiasalah kita sebarkan supaya orang-orang bukan beragama islam itu paham kenapa ada di antara kita tidak setuju.
Catat Ulasan