Rabu, 27 Januari 2010

JANGAN HINA ISLAM, TETAPI AYUH KITA BERWACANA (1)

JANGAN HINA ISLAM, TETAPI AYUH KITA BERWACANA (1)

Seorang pengunjung blog Al-Bakistani memaklumkan bahawa terdapat satu blog dari Indonesia yang menghina Islam. Beliau juga mencadangkan, agar aku dapat memberi jawapan balas terhadap kandungan blog tersebut, yang dilihat mempunyai unsur mahu meragukan tentang keadilan Islam.

Dibaca kandungan blog tersebut, kelihatan kandungan blog tersebut mempunyai unsur niat yang jahat, ini kerana diletakkan beberapa gambar-gambar penghinaan terhadap nabi SAW.

Dilihat dari cara penulisannya pula, sudah dapat diagak, cara penulisannya itu bukan bersifat mahu mencari hidayah dan kebenaran, sebaliknya sebagai provokasi untuk melahirkan kemarahan umat Islam.

Walaubagaimana pun, setelah diperhatikan beberapa article-artikle dalam blog tersebut, ada beberapa keraguan yang dikemukakan, justeru artikle kali ini, akan cuba menjawab sekadar yang mampu terhadap beberapa keraguan-keraguan yang direka-cipta terhadap Islam itu, demi membuktikan bahawa Islam adalah adil untuk semua.

Antara isu yang dibangkitkan adalah seperti berikut;

POLIGAMI

Poligami atau difahami umum dikalangan orang melayu sebagai seorang lelaki mempunyai lebih seorang isteri.

Seorang lelaki mempunyai lebih seorang isteri adalah dibenarkan. Adapun seorang perempuan mempunyai lebih seorang suami adalah dilarang.

Jika dikaji dalam kitab-kitab suci, hanya Al-Quran sahaja menyuruh seorang lelaki mempunyai seorang isteri. Ini kerana, keizinan berkahwin lebih dari seorang isteri diasaskan kepada ”adil”.

Firman Allah:

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً

Maksudnya;
”maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja”

(Surah An-Nisa’ : 3)

Dalam Islam, poligami bagi lelaki yang mahu mempunyai isteri lebih dari satu itu adalah mengikut kadar bilangan yang terhad; iaitu dibataskan kepada empat sahaja.

Ini menunjukkan bahawa, perkahwinan berpoligami ini meletakkan asas ”adil” yang mengikut fitrah lelaki. Ini kerana, jika lebih dari kadar empat isteri yang diperisterikan oleh seorang lelaki, pasti lelaki itu tidak mampu lagi untuk memberikan hak keadilan.

Secara logiknya pula, seorang kanak-kanak perempuan mempunyai perlindungan penyakit lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki. Ekoran dari itulah, didapati terdapat kematian di kalangan lelaki amat tinggi berbanding perempuan.

Berdasarkan purata pula, didapati lebih ramai lelaki terkorban berbanding perempuan; didapati ramai lelaki terlibat kemalangan berbanding lelaki. Ini menunjukkan, jangka hayat wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Lebih-lebih lagi, di zaman kini, ramai perempuan masuk universiti berbanding lelaki yang masuk Pusat Serenti.

Menurut satu kajian di Amerika Syarikat, didapati wanita melebihi bilangan dari lelaki di sana sebanyak 7.8 juta. Jika keadaan ini berlaku, lalu tidak dibenarkan kepada lelaki berpoligami, pasti ramai perempuan yang tidak akan berkahwin.

Apabila ramai perempuan yang tidak berkahwin, kemana agaknya nafsu seks perempuan itu mahu disalurkan?? Sudah pasti, mereka akan terlibat dengan berbagai-bagai gejala tidak sihat, seperti menjadi perempuan jalang, terlibat seks sejenis (lesbian atau pengkid) dan sebagainya.

Oleh itu, penyelesaian bagi gejala tidak sihat ini adalah dengan mengizinkan poligami; seorang lelaki berkahwin dengan lebih seorang isteri.

Bahkan, poligami merupakan usaha dalam hendak menjaga maruah kaum perempuan dari terlibat dengan gejala songsang yang menyalahi fitrah manusiawi.

KENAPA LELAKI SAHAJA??

Penciptaan Allah terhadap lelaki dan perempuan adalah sama, tetapi jika dirujuk dari sudut keupayaan dan tanggungjawab, pasti tidak akan ada kesamaan.

Ini kerana, sudah menjadi satu ketetapan Allah yang menentukan bahawa lelaki tidak boleh melahirkan anak, bahkan ia diberi khusus kepada perempuan; Allah menentukan anak menyusu dari ibu, tidak ada anak menyusu dari bapa.

Bahkan, jika seseorang lelaki mempunyai isteri lebih dari satu, anak-anak yang dilahirkan akan mudah mengenali ibubapanya. ini kerana, jika perempuan kononnya dibenarkan berkahwin lebih dari satu, pasti anak hanya mampu mengenali ibunya, tetapi kesamaran dalam mengenali bapanya yang sebenar. Jika ini berlaku, sudah pasti akan rosak sistem kekeluargaan.

Secara tabiinya pula, kecenderungan lelaki untuk berpoligami lebih kuat berbanding kecenderungan perempuan berpoligami.

Begitujuga, seorang suami mudah untuk menjalankan kewajipannya sebagai suami meskipun mempunyai beberapa Isteri. Ini kerana, jika seorang perempuan mempunyai suami lebih dari satu, pasti perempuan itu tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai isteri, lebih-lebih lagi dalam masalah kitaran haid dan bersalin.

Bahkan menurut kajian kedoktoran, didapati perempuan yang mempunyai banyak pasangan seks mudah dijangkiti penyakit kelamin atau penyakit jangkitan seksual kepada lelaki yang lain. Keadaan ini tidak berlaku terhadap lelaki yang mempunyai isteri yang lebih dari satu.

Oleh itu, nyata dan jelas kepada kita, bahawa Allah maha bijaksana dalam mengurus kehidupan manusia; lebih-lebih lagi manusia itu sendiri merupakan makhluknya yang diciptakan-Nya demi melihat kebahagiaan yang hakiki.

Sekian

”Islam Adil Untuk Semua”

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com





- Sri indah (B), Sg Buloh
28 Januari 2010 * 1:04 petang.


3 ulasan:

CgLyn berkata...

Ustaz, nak copy & paste artikel ni masuk blog amber boleh tak?

kebangkitan berkata...

salam..
wanji..ana dah lama tak bukak blog anta,hari ni bukak,terbaca kat tepi,

MOHON MAAF
Terima kasih kepada abang-abang dan teman-teman yang memberi nasihat atas kesilapanku yang lalu, tidak kira secara lembut atau keras. Aku terima dengan hati terbuka. Aku mengaku kesilapanku. Mungkin ketika itu, Syaitan telah menguasai diri. Doakan agar aku termasuk dalam maksud hadis Nabi SAW;

كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Maksudnya;
”Setiap anak adam pasti melakukan kesilapan. Sebaik-baik orang yang bersalah adalah, orang yang bertaubat (kembali ke pangkal jalan)"

terharu ana,hampir menitis air mata..indahnya perjuangan Islam..
semoga Allah menerima amalan kita dan memelihara kita di dunia yang penuh cabaran ini..Jadikan teguran itu sebagai muhasabah,kerana orang Islam tidak akan terjatuh lubang yang sama 2x..
Hormatilah para ulama'..
dan ana mohon maaf jua kerana antara yang lantang mengamuk ritu..

Tanpa Nama berkata...

Baguslah "kebangkitan",semoga kita semua diredhainya,inilah semangat ukhuwah islamiyah,sungguh manis utk dinikmati...
Terima kasih juga utk wan ji.Cuma ada persoalan yg lebih besar yg telah dibangkitkan dalam blog tersebut,iaitu dibawah tajuk 3 Bukti Logis & Faktual Allah swt Bukan Tuhan.Sudah ada yg menjawab diruangan komentar,tp saya melihat kurang kaw,nak bagi kick sampai ke hati,dan mudah² dia(penulis blog tersebut) boleh terima hakikat kebenaran...