Sabtu, 30 Januari 2010

CAYALAH ABDULLAH KARIM

Exco Pemuda persoal ketetapan Lembaga Disiplin PAS!

KETETAPAN Lembaga Disiplin PAS Pusat (LDPP) menggantung semua jawatan Khalid Samad dalam parti selama enam bulan dan memberi amaran keras kepada Datuk Dr. Mohd Hassan Ali dipersoal.

Menurut seorang Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat Abdullah Abdul Karim menganggap ketetapan tersebut seperti melindungi mereka yang anti Pakatan Rakyat.

“Dengan membuat keputusan tersebut, JK Tatatertib samada disedari atau tidak, telah membenarkan diri mereka dipergunakan untuk melindungi anasir-anasir anti Pakatan Rakyat di dalam PAS,” dipetik dari teks kenyataan akhbar beliau.


Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pahang berkata, ketetapan PAS itu sekaligus menghantar isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia yang selama ini menganggap PAS merupakan platform Pakatan Rakyat terbaik untuk membela nasib mereka kelak.

Jelasnya lagi, pergantungan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana mempertahan dasar dan keputusan parti untuk terus bekerjasama begitu menghairankan beliau.

Dalam pada itu, beliau menganggap ketetapan LDP sebagai ‘wayang.

“Saya rasa hukuman terhadap Hasan Ali ini hanya sekadar wayang untuk ‘membersihkan’ Dato Hasan Ali dan pada yang sama Khalid Samad terus dimangsakan,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak PAS kembali menilai tujuan asal dibentuk LDP tersebut.

“(LDP adalah) satu kompromi untuk meredakan kemarahan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat selepas beliau mendesak supaya satu EGM diadakan untuk menyingkirkan pemimpin PAS yang anti PR (Pakatan Rakyat),” jelasnya.

Beliau yang sebelum ini antara yang membuat aduan tentang konspirasi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, turut mendakwa bahawa pihak tertentu cuba memadamkan aduannya.

“Mereka memberi alasan teknikal kononnya laporan tersebut perlu dihantar melalui Setiausaha Agung PAS (Datuk Mustafa Ali) sebelum ianya disalurkan kepada JK Tatatertib,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid dan Dr. Hassan masing-masing dilaporkan menerima ketetapan PAS dengan hati yang terbuka. -END

sumber : Zainulfaqar


p/s : orang berani lebih layak jadi Ketua Pemuda PAS. orang yang trauma dengan Islamic Security Act (ISA), layak jadi Ketua Pemuda Parti Zimbabwe.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak puas hati tubuhlah parti lain. tak pun masuk PKR ke, UMNO ke DAP ke...barulah nampak lagi berani