Isnin, 25 Januari 2010

ISLAM AGAMA HUJJAH

ISLAM AGAMA HUJJAH

Apabila wujud orang yang murtad, bagi fiqh jinayah, perlu dijatuhkan hukuman bunuh terhadap orang yang murtad tersebut. pun begitu, sebelum hukuman murtad dikenakan, wujud dalam islam satu istilah yang disebut sebagai “muddah Al-Istitabah”, iaitu satu ruang masa yang diberikan meminta agar orang yang murtad itu supaya bertaubat.

Semasa menyuruh bertaubat, didatangkan orang-orang yang pakar dalam bidang agama, agar dapat memberi kefahaman kepada orang yang murtad itu terhadap islam. sekiranya terpaksa berhujjah, maka wajib ketika itu diberikan hujjah. Sekiranya diberikan soalan, maka segala soalan tersebut hendaklah dijawab dengan meyakinkan.

Ini menandakan bahawa Islam adalah agama hujjah.

Nabi SAW berhadapan dengan ahli kitab, nabi SAW tidak menyerang mereka. waima Nabi SAW menjadi pemerintah di Madinah, nabi SAW tidak terus mengambil sikap menyerang, sebaliknya Nabi SAW mengambil sikap untuk berhujjah; Memberikan hujjah yang mantap. Sehinggakan, Nabi SAW terpaksa mengajak mereka bermubahalah dalam berhujjah, ekoran kedegilan mereka menerima kebenaran.

Ini menandakan Islam adalah agama hujjah.

Nabi SAW berdakwah di Makkah. memberikan keadilan islam, menghapuskan budaya kehambaan sesame manusia. ajaran nabi SAW, menyatakan kehambaan hanyalah terhadap Allah SWT.

Dakwah nabi SAW yang berasaskan keadilan wahyu ini, digeruni oleh ramai pembesar-pembesar kuffar. Mereka mendengar hujjah nabi, menyebabkan mereka takut untuk berhadapan dengan Nabi SAW. akhir sekali, mereka mengambil sikap menyeksa dan menindas terhadap para sahabat yang beriman dengan Allah SWT.

Ini menunjukkan, Islam adalah agama hujjah sehingga menggerunkan musuh-musuh islam.

Adapun yang berlaku kini, tidak kira mereka itu dari gerakan islam atau tidak, apabila melihat seseorang itu berhujjah, tetapi mereka tidak dapat memberikan hujjah, pasti mereka akan memberi lebel kepada orang yang tidak dapat dibalas hujjahnya itu. istilah kafir, munafiq, dan sebagainya sering terlontar.

Lebih parah, mereka bertindak seperti firaun yang berhadapan dengan Musa a.s. ketika Firaun berdebat dengan musa, lalu Firaun tidak dapat memberi jawapan terhadap hujjah musa, maka diarah seluruh tentera agar menangkap musa.

Keadaan yang sama juga berlaku di Malaysia. Apabila pihak pembangkang menyatakan hujjah, lalu pihak kerajaan Barisan nasional tidak dapat memberikan hujjah, pasti beberapa akta akan digunakan. Maka kedengaranlah beberapa jenis akta mengarut, seperti ISA dan sebagainya.

Ini bukan cara Islam. ini adalah cara firaun.

Sekian

p/s : bagaimana pula ISA yang digunakan oleh sebilangan kecil yang duduk dalam gerakan Islam, iaitu Islamic Security Act (ISA)? Firaun bertopeng Islam.

WAllahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
26 Januari 2010 * 2:25 petang

1 ulasan:

Muiz Nasrallah berkata...

Islamic Security Act (ISA) atau nama melayu kearab- araban sikit, akta Thiqah dan Wala'.

bilakah ahli PAS nak berubah?