oleh : Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Saya sebenarnya berazam tidak mahu terlibat dengan isu ini, kerana saya menyokong pendirian PAS bahawa perkara ini diisukan untuk motif politik. Akan tetapi disebabkan serangan yang dilontarkan kepada beberapa MP Pas seperti kata-kata 'Khalid Gereja', 'PAS hanya mementingkan undi bukan Islam' dan lain-lain maka saya mengambil sikap untuk memberi sedikit pandangan. Hari ini semakin terbukti perkara ini diisukan, apabila BN membenarkan kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak menggunakan perkataan Allah. Mengapa? Sebab mereka dah tahu isu ini 'backfire' kepada mereka, sedangkan Sabah dan Sarawaklah yang menyebabkan UMNO masih boleh bernafas sehingga kini. Apa makna semuanya ini kalau bukan sendiwara untuk motif politik. Kalau betul telahan saya, berdosa besarlah mereka yang berkonspirasi mempermainkan nama Allah untuk tujuan 'sentiment abusement' dan 'diversion motive'.
Kita kena faham, tidak melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah berbeza dengan mengiktiraf atau redha dengan kepercayaan mereka menyekutukan Allah. Kalau kita larang mereka gunakan, tetapi mengiktiraf atau redha dengan kepercayaan mereka itu maka jatuh kufur. Tidak melarang itu adalah diatas asas 'bagi kamu agama kamu dan bagi aku agama aku' dan 'tidak ada paksaan dalam agama'. Kalau dikatakan tidak melarang itu sebagai mengiktiraf dan redha dengan agama mereka, maka kita tutup semua gereja, kuil dan lain-lain rumah penyembahan bukan Islam. Kesemua ritual mereka shirik dan adakah dengan tidak melarang mereka itu maka bererti kita juga shirik kerana turut mengiktiraf dan meredhai ritual mereka?
Di sinilah keadilan pemerintahan Islam sejak 1400 tahun yang lalu. Adakah mereka tidak mengetahui Mushrikin Arab, Kritian dan Yahudi menyekutukan Allah swt. Bukan tokoh-tokoh perbandingan agama yang lebih hebat dari kita seperti al-Sharasatani, Ibn Hazm dan al-Baghdadi telah menghuraikan panjang lebar tentang penganut kristian dan yahudi. Malah dalam al-Quran dan hadith telah menyebut golongan ini menyekutukan Allah dengan al-Latta, al-Uzza, Uzair, Isa dan lain-lain. Tidakkah mereka tahu semua itu. Mengapa mereka tidak melarang sedangkan ilmu dan kuasa yang ada pada mereka lebih kuat. Pada zaman mereka, mereka menjadi pusat keilmuan dunia dan mereza juga kuasa besar dunia. Mengapa mereka 'dayus' tidak mengharamkan nama Allah swt digunakan oleh Mushrikin Arab, Kristian dan Yahudi. Mengapa mereka menjadi seperti 'al-sakitu `ala al-Haq'? Kesemua ini atas prinsip "lakum dinukum wa li yadin" dan "la Ikraha fi al-din". Adakah dengan berpegang prinsip ini bermakna mereka mengiktiraf dan meredhai Allah itu menjelma seperti dalam doktrin trinity.
Bila golongan Kristian di Andalus dan lain-lain, antara lain melihat pelaksanaan prinsip ini maka mereka akhirnya menganut Islam. Bukankah prinsip ini menjadi tunjang terpenting dalam kita dalam dialog antara peradaban dengan tidak melarang agama lain mengamalkan doktrin dan ritual agama mereka, dan berkongsi dalam perkara-perkara yang kita boleh bersama. Hari ini di mana semua semangat dialog itu, mereka yang menjadi pendukung dialog peradaban itu sekarang ramai yang menjadi pencetus konflik. Bagaimana kalau Wales, England, Scotland dan lain-lain mereka mengharamkan orang Islam menggunakan kalimah Allah dengan alasan orang Kristian lebih awal menggunakannya dalam bible mereka berbahasa Arab? Dimana convivencia yang selalu dilaungkan oleh pendukung dialog.
Saya sebenarnya tidak mahu menyentuhkan kertas kerja Dr Khadijah Hambali yang sedang terseber di internet sebab beliau minta perkara ini tidak disebarkan sebab perbicaraan kes ini belum selesai, dan takut-takut kalau saya sentuh akan menjadikannya lebih tersebar luas. Cuma saya ingin bertanya Tawrah, Zabur (perkataan Arab dari bahasa Hebrew) dan Injil (perkataan Arab dari bahasa Greek) dalam bahasa yang asalnya seperti yang diturunkan kepada Nabi Musa, Dawud dan Isa as, menggunakan perkataan apa sebagai merujuk kepada Allah. Adakah YHWH, Yahweh atau lain-lain? Tidakkah ketika Nabi Musa, Dawud dan Isa menggunakan perkataan ini ia juga merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa iaitu Allah? Kalau begitu YHWH dalam Hebrew dan lain-lain dalam bahasa Zabur dan Injil juga merujuk kepada Allah, maka mengapa kita berkata "kamu gunalah perkataan dalam bahasa kitab kamu yang merujuk kepada Tuhan yang maha Esa". Kalau ikut sentimen orang Melayu sepatutnya kita perlu juga melarang sebab perkataan itu sarat nilainya merujuk kepada Allah yang maha esa, bukan sebaliknya menyuruh. Atau mungkin sememangnya dalam Tawrah, Zabur dan Injil telah sedia menggunakan Allah. Wallahua`lam. Saya sendiri sedang mengkaji jawapannya.
Bagi saya kita berbeza dengan Kristian bukan kerana mereka menggunakan Jesus kita menggunakan Isa, bukan kerana mereka menggunakan Mesiah kita menggunakan al-Masih, mereka menggunakan YHWH kita menggunakan Allah swt, tetapi kerana mereke menyekutukan Allah sedangkan kita mentawhidkan Allah. Yahudi dan Kristian selalu disebut agama Monotheism sebab bagi mereka Tuhan itu satu, tetapi Kristian menyekutukan zat Allah, sifat Allah dan perbuatan Allah, sedangkan bagi Islam kita meyakini maha suci Allah dari zat yang berbilang, mahasuci Allah dari sifatnya dikongsi oleh yang lain dan demikianlah juga maha suci Allah dari perbuatannya turut dikongsikan dengan yang baharu. Jadi kalau betul perkataan YHWH ketika diturunkan kepada Musa merujuk kepada Allah swt, maka Dia adalah Allah yang bersifat maha Esa. Saya masih mengkaji jawapan dan mohon pencerahan dari sahabat semua.
Jadi seperti yang selalu dihujahkan bahawa larangan perkara ini atas prinsip Sadd al-Dharai` (Closing the Mean), Siyasah al-Shar`iyyah dan Maslahah, maka ia bukan dari persoalan Akidah. Nas-nas Akidah bukanlah dari kaedah fiqh dan ijtihad, sebaliknya nas-nas Akidah dari al-Quran dan al-Sunnah yang mengikut sesetengah ulama mesti bertaraf mutawatir. Persoalan ini adalah dalam konteks hukum pemerintah Islam bermua`malah dengan bukan Islam dari segi kebebasan beragama yang berasaskan prinsip 'lakum di nukum wa li yadin' dan 'la ikraha fi al-din', dan saya bersetuju bahawa ia adalah ijtihad. Dan "ijtihad itu tidak ditolak dengan ijtihad yang lain". Jika demikian mengapa boleh timbul 'Khalid Gereja' dan siapa yang tidak melarang orang Kristian menggunakan nama Allah maka mereka boleh jatuh kufur.
Kalau betul tujuan gereja untuk sebagai 'vehichel to sustain the constitution and to avoid Shari`ah from being contitutionalised', bagi saya ini adalah biasa kerana memang mereka Kristian fobia dengan Islam dan tidak memahami keadilan Islam. Bukan setakat Kristian, UMNO pun sampai sekarang fobia dengan Islam dan tidak pernah berusaha untuk memperlembagaankan shari`ah. Antara dua negeri yang telah memperlembagaankan shari`ah ialah Kelantan dan Terengganu. Semasa kerajaan PAS Terengganu menggubal Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri supaya berasaskan al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas, cuba saudara-saudara lihat apa yang ADUN UMNO lakukan. Ketika Hukum hudud, Qisas dan Ta`zir digubal di Terengganu, ADUN UMNO berkecuali. Kemudian pimpinan UMNO pusat mengugut supaya tidak melaksanakan. Kalau UMNO pun demikian, adakah kita mengharapkan seorang paderi Kristian akan menyokong Shari`ah diperlembagaankan?
Gambar-gambar gereja di Indonesia dan lain-lain yang berlegar-legar di internet, yang kemungkinan disebar oleh cyber-troopers UMNO untuk menakutkan orang Islam di Malaysia. Mengapa kita tidak menggunakan neraca yang sama bila menolak bahawa di negara-negara Arab orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, kita menyatakan Malaysia mempunyai konteks yang lain. Demikian jugalah saya boleh menyebut Indonesia mempunyai konteks yang lain. Di Indonesia tiada Ketua Agama, tiada Jabatan Agama dan tiada enakmen yang seumpamanya. Di Malaysia kita mempunyai semuanya untuk mengawal, tetapi bukanlah sehingga menafikan langsung hak mereka untuk beramal dengan agama mereka atas prinsip 'lakum dinukum wali yadin' dan 'la ikraha fi al-din'. Tuntutan mereka hanya untuk menggunakan kalimah itu dalam the Herald bukannya di papan tanda dan lain-lain, dan sebarannya hanya untuk Katholik. Hakimpun memutuskan sedemikian untuk the Herald dan sebaran dalam lingkungan mereka. Perlembagaan 11(4) menjadi halangan terpenting untuk mereka melakukan seperti di Indonesia. Sebab itu PAS berpendirian supaya tidak disalahguna dan tidak mengelirukan masyarakat Islam dan lainnya. Sahabat kita yang menghebahkan situasi di Indonesia itu bila mendengar radio Kristian dan melihat papan tanda 'Rumah Allah' setakat 'tergolek' sahaja tak masuk Kristianpun. Sebab itu yang terpenting dalam mempertahankan Akidah umat Islam ialah program memperkukuhkan Akidah dan ia harus bermula dengan sistem negara yang berteraskan tawhid seperti yang telah lama diperjuangkan oleh PAS. Yang menakutkan orang Islam dan bukan Islam terhadap sistem negara yang berteraskan tawhid ini ialah UMNO.
Para pendakwah Islam ketika mengajar orang-orang Melayu yang sebelumnya beragama Hindu dan Budha, banyak mengubah suai perkataan-perkataan dalam bahasa Arab kepada bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit adalah bahasa Kitab Veda iaitu kitab suci agama Hindu. Bukankah semua perkataan dosa, pahala, syurga, neraka dan agama datangnya dari bahasa Sanskrit. Hujah kita yang mudah kesemua perkataan itu talah melalui Islamisasi sehingga kelihatan menjadi konsep Islam. Penyelesaiannya bagaimana? Sama ada kita larang orang Hindu menggunakannya atau kita pula berhenti menggunakannya. Bukankah lebih baik kita sebut 'Jabatan al-Din Islam Selangor', 'Kamu jangan lakukan al-kabair' dan lain-lain.
sumber : MZuhdi

11 ulasan:
Kelakar pula ulasan doktor. Apa makna tidak melarang tapi tak meredhoi pulak. Bukan ke lebih baik tidak setuju langsung.
Nanti kalau orang hindu pulak nak namakan tuhan mereka "Allah" kita nak cakap apa?
Assalamualaikum Ustaz
Minta huraian Ayat 46, Surah Al-Ankabut
Saya rasa relevan dalam perbahasan mengenai isu Muslim-Ahlul Kitab.
Wassalam
ek ele rahimah ni, ape lu bangang sangat neh?
tak melarang - maksud dia itu hak mereka mengakui ALLAH itu tuhan dan ia sememangnya tuhan sekalian alam
tak meredhai - kita tak redha dengan syirik mereka kepada allah @ jika mereka mempergunakan nama allah untuk tujuan tidak baik
soalan wa, apsal lu bodoh macam prof kang kong uum dan uitm?
1. Ini bkn isu UMNO semata2. Plus kalau UMNO berniat politik...biarkanlah..klu ikhlas Alhamdulillah. Kene husnul zon'. Nabi tak diturunkan utk menilai dalam hati. Kalau ianya membawa kebaikan...even DAP sekalipun biarkanlah. Yg selebihnya biar Allah yg menilai.
2. Tak terasa sedih ke bila Allah hendak disekutukan? NamaNya hendak dinistakan? Kalau tetiba disekutukan tanpa pengetahuan kita takper lah juga...ini siap mintak izin dari kita lagi.
3. Kalau kita org Islam berharap dengan penyeragaman katanama Allah akan membantu dakwah kita kpd org Krsitian, tidak kah org Kristian pun berfikiran mcm tu juga? Kita nak memudahkan emreka memahami atau mereka nak memudahkan kita memahami?
4. Kita dah tgk contoh (terbaik) apa yg terjadi di Indonesia...kenapa kita nak juga jadi mcm Indonesia? Adakah Indonesia tidak melaksanakan program memperkukuhkan aqidah?
5. Ulamak2 besar tidak mengharamkan tetapi adakah mereka membenarkan? Membenarkan tahap mana? Allah...stand alone tanpa assocaition atau Allah 1-in-3 or 3-in-1?
6. Syurga neraka puasa sembahyang dosa pahala ini semua kata nama AM. Sesiapa pun tak dilarang menggunakannya. Hukum bergantung kepada maksud pemakai. Mcm katanama Tuhan...sesapa pun boleh guna. Sedangkan Allah ni kata nama Khusus. Allah itu Tuhan tetapi Tuhan tak semestinya Allah.
7. Plus...alangkah dangkalnya ilmu seorang berpangkat doktor. Bawak prinsip siasah lah...prinsip sadd al-dharai' lah...prinsip ini prinsip itu...berbelit lidah nak menyebut sbb nak tunjuk pandainya dia dgn pelbagai kaedah2 yg dia belajar...tapi prinsip asas pun tak faham2 jugak. Betul lah kata ulamak2 dulu...lagi tinggi belajar lagi bodoh. Buka buku agama sekolah rendah...bab fekah atau ibadah. Bkn kah setiap katanama dalam Islam ada dua penghuraian...satu dari segi maksud loghat...contohnya sembahyang dari segi bahasa bermaksud sekian sekian. tetapi dari segi fekah...maksud sembhayang adalah sekian..sekain sekian. Samalah jugak puasa...dosa..pahala. Tetapi Allah...ada ke maksud dari segi loghat dan fekah???? Atau Allah itu spesifik?
8. Boleh ke org Krsitian lepas ni nak memanggil Bible sebagai Injil? Boleh ke mereka nak memanggil pula Bible...Kitabullah. Firman Allah? Rumah Allah...?
8. Mereka nak bwk masuk Bible Arab ke? Kalau byk Arab Kristian disini...haram kita mengharamkan Bible Arab utk mereka.
Tuan Doktor,
Boleh tak membantu kami mendapat kepastian dari pemimpin tertinggi PAS samada jika PR memenangi PRU13, adakah Hudud, Qisas dan Takzir akan dilaksanakan sekurang2nya utk umat Islam di Malaysia?
Jgn belok kiri belok kanan. Jwb soalan dgn jawapan bkn penerangan. A simple yes or no!!!
Rgds
Melayu Islam
Haha.. Tak pasal2 aku kena panggil bangang. Soalan aku jgn nak lari. Kita sama ada setuju atau tak setuju Allah dinisbatkan kepada "ilah" palsu. Nanti kalau orang Kristian nak panggil nama tuhan dia Allah, orang hindu dan buddha pun boleh. Sebab kalau ikut logik doktor ni, bukan ahli kitab je panggil tuhan Allah tapi orang musyrikin sembah berhala pun panggil tuhan Allah.
Tanpa Nama berkata...
1. Ini bkn isu UMNO semata2. Plus kalau UMNO berniat politik...biarkanlah..klu ikhlas Alhamdulillah. Kene husnul zon'. Nabi tak diturunkan utk menilai dalam hati. Kalau ianya membawa kebaikan...even DAP sekalipun biarkanlah. Yg selebihnya biar Allah yg menilai.
# Ini memang isu Kerajaan Umno BN yg cuba menggunakan isu ni bagi membangkitkan sentimen perkauman dan agama. Dgn melarang penggunaan perkataan ni 3 tahun lps oleh KDN memaksa puak kristian tersebut membawa kes ke mahkamah. Melantik hakim yg bukan islam tanpa kefahaman dan sensitiviti yg jelas membicarakan hukum. Membiarkan NGO2 berdemo sedangkan dalam masa yg sama menghalang demo dilakukan oleh pihak lain. Dirancang dgn teliti dan dibantu Jakim dan NGO Melayu (Pro Umno)agar2 semua tokoh2 islam dan NGO islam menyokong rancangan mereka. Menaikkan isu ini pada masa Umno jatuh dari segi pengaruh dan cuba menjadi johan berkenaan isu ini. Cuba menyalahkan Pas / PKR diatas kelemahan mereka mentadbir negara dan hukum islam selama 52 tahun. Isu ni diharap dapat melaga2kan pemimpin dikalangan PR yg berbeza pendapat serta orang awam seperti saudara yg tak dapat bezakan isu antara aqidah atau fiqh. Rasulullah berpesan jgn jatuh kelubang yg sama 2 kali serta harus belajar kenal dan berhati2 dgn puak munafik apatah lagi sekiranya mereka seteru politik kita. Perlu lawan propaganda dan muslihat politik mereka dgn hikmah serta tidak diperbodohkan agar jamaah parti tidak binasa.
2. Tak terasa sedih ke bila Allah hendak disekutukan? NamaNya hendak dinistakan? Kalau tetiba disekutukan tanpa pengetahuan kita takper lah juga...ini siap mintak izin dari kita lagi.
# Sedih??? Allah dan rasul lebih sedih. Allah melaknat mereka dalam Al Quran tetapi dalam masa yg sama, allah serta ajaran nabi tak suruh kita menyekat dan menindas hak mereka, apatah lagi nak merosakkan rumah ibadah dan berperang terhadap puak yg menyekutukan mereka yg bukan sahaja Kristian, tetapi hindu, sikh, buddha dan lain2.
3. Kalau kita org Islam berharap dengan penyeragaman katanama Allah akan membantu dakwah kita kpd org Krsitian, tidak kah org Kristian pun berfikiran mcm tu juga? Kita nak memudahkan emreka memahami atau mereka nak memudahkan kita memahami?
# Rujuk ayat quran dibawah :
(SURAH AZ-ZUMAR : 37 – 38)
37. Dan sesiapa Yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya Yang benar), maka tidak ada sesiapapun Yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas Dengan azab seksa (kepada golongan Yang bersalah)?
38. Dan Demi sesungguhnya! Jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang kafir) itu: “Siapakah Yang mencipta langit dan bumi?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, Bagaimana fikiran kamu tentang Yang kamu sembah Yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku Dengan sesuatu bahaya, Dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, Dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?” Katakanlah lagi: “Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang Yang mahu berserah diri”.
Islam ni agama hujah dan Islam ni berpaksikan aqidah, maka hujah mereka akan kalah juga akhirnya. Allah yg berkuasa dan akan menjaga hak, agamanya dan alquran sehingga ke akhir zaman.
4. Kita dah tgk contoh (terbaik) apa yg terjadi di Indonesia...kenapa kita nak juga jadi mcm Indonesia? Adakah Indonesia tidak melaksanakan program memperkukuhkan aqidah?
#Indonesia ni politik diorg Pancasila, serupa mcm sekular totok. Puak2 agama tidak minat berpolitik dan biarkan org politik merosakkan agama dan negara. Indonesia juga merupakan negara paling ramai umat islam didunia. Mereka faham maksud Allah bagi kristian dan tidak menjadi masalah. Org macam kamu yg bermasalah pergi ke sana dan arab sbb kat sini Allah utk org melayu malaysia sahaja. Kristian masih tetap agama minoriti walaupun kitab mereka didalam bahasa indonesia.
5. Ulamak2 besar tak haramkan tetapi adakah mereka membenarkan? Membenarkan tahap mana? Allah.. stand alone tanpa assocaition atau Allah 1-in-3 or 3-in-1?
# Aku anggap ulama n kjaan islam dulu mcm Kjaan UmnoBN sekrg membenarkan judi dan arak, melakukan ibadah, bina rumah ibadah, perayaan mereka utk hak org bkn islam. Tapi ada kaedah kawalan utk jaga aqidah, tidak menyokong/iktiraf serta jaga sensitiviti agama.Cth: Benarkan judi/arak, bina rumah ibadat, aktiviti ibadah n perayaan sekadar ikut keperluan. Bkn lesen judi dan arak yg dah lbh, ditambah 10 lagi dan diluluskan lebih banyak. Rumah ibadah x dibenar lbh dr keperluan serta melebihi masjid/ surau. Hormati perayaan mereka tapi tak berkongsi sakan dgn mereka DLL.
6. Syurga neraka puasa sembahyang dosa pahala ini semua kata nama AM. Sesiapa pun tak dilarang menggunakannya. Hukum bergantung kepada maksud pemakai. Mcm katanama Tuhan...sesapa pun boleh guna. Sedangkan Allah ni kata nama Khusus. Allah itu Tuhan tetapi Tuhan tak semestinya Allah.
# Memang betul. Yahudi n nasrani pun anggap mcm tu. Masalahnya mereka lebih dulu telah syirikkan allah atas kepentingan walaupun mereka mengakui kewujudan dan gunakan allah sejak nabi musa, isa dan nabi2 lain diturunkan lagi. Kalo mereka tak syirik, tentu mereka telah menjadi islam slps terima ajaran n dakwah Muhammad. Nama khusus x semestinya merujuk kepada 1. Kalo nama khusus ko Saiful tapi ramai org guna Saiful. Ayer Keroh pun bkn ada diMelaka je.
7. Plus...alangkah dangkalnya ilmu seorang berpangkat doktor. Bawak prinsip siasah lah..prinsip sadd al-dharai' lah..prinsip ini prinsip itu..berbelit lidah nak menyebut sbb nak tunjuk pandainya dia dgn pelbagai kaedah2 yg dia belajar..tapi prinsip asas pun tak faham2 jugak. Betul lah kata ulamak2 dulu...lagi tinggi belajar lagi bodoh. Buka buku agama sekolah rendah...bab fekah atau ibadah. Bkn kah setiap katanama dalam Islam ada dua penghuraian...satu dari segi maksud loghat..contohnya sembahyang dari segi bahasa bermaksud sekian sekian. tetapi dari segi fekah...maksud sembhayang adalah sekian..sekain sekian. Samalah jugak puasa...dosa..pahala. Tetapi Allah...ada ke maksud dari segi loghat dan fekah?? Atau Allah itu spesifik?
# Ko ni belajar ilmu dari org pandai ke org bodoh? Mesti dari cikgu, ustaz, ulama, doktor, profesor dan lain2. Kalo ko lagi pandai dari mereka, ko buat jelah ajaran dan fahaman sesat sendiri. Dia sebutkan disiplin ilmu yg wajib dipelajari dan diguna oleh mereka dalam membicarakan setiap hukum. Bkn main langgar je. Yg aku tau dari segi lughah n ISTILAH je.
8. Boleh ke org Krsitian lepas ni nak memanggil Bible sebagai Injil? Boleh ke mereka nak memanggil pula Bible...Kitabullah. Firman Allah? Rumah Allah...?
# Ko ingat kristian koptik mesir dan arab panggil bible apa? Mmgler dia panggil kitab sbb itu bahasa dia, takkan nak panggil book pulak? Kalo tuhan dia panggil Allah, kitab diorg mesti disebut kitabullah. Itupun susah?
8. Mereka nak bwk masuk Bible Arab ke? Kalau byk Arab Kristian disini..haram kita mengharamkan Bible Arab utk mereka.
Tanpa Nama berkata...
#Bkn bawak bible arab tapi terjemahan Indon yg dah dipakai beratus tahun di Sabah Sarawak diguna nama Allah n bahasa pengantar disana bahasa indon/ melayu. Itu punca digunakan nama Allah yg diterjemah kitab dari Indon tapi diharamkan KDN 3 thn lalu. Maka dibawa ke mahkamah.
Tuan Doktor,
Boleh tak membantu kami mendapat kepastian dari pemimpin tertinggi PAS samada jika PR memenangi PRU13, adakah Hudud, Qisas dan Takzir akan dilaksanakan sekurang2nya utk umat Islam di Malaysia?
Jgn belok kiri belok kanan. Jwb soalan dgn jawapan bkn penerangan. A simple yes or no!!!
Rgds Melayu Islam
# Yes. Ko ingat Pas suka2 angkat enakmen Hudud, Qisas dan Takzir untuk cantikkan buku je? Insya allah nak dilaksanakan Kelantan dan Terengganu utk org islam tapi dihalang pemimpin kerajaan Umno BN Pusat. Kalo kita perintah, mungkin insyaallah kita akan laksanakan dinegeri2 majoriti umat islam dan selepas itu di negeri2 lain jugak sbb kuasa laksanakan hukum syariah tertakluk kat negeri masing2. Tapi perlu supaya x dihalang kjaan Pusat dan diluluskan di Parlimen krn Perlembagaan n parlimen Malaysia lbh tinggi dari undang2 negeri. Dgn syarat, Adun n MP Umno dan BN kena sokong demi maslahat umat. Kalo x sokong, Pas kena educate org2 Umno BN utk terima hukum islam. Kita juga boleh laksana hukum2/isu2 yg penting dlm islam spt banteras rasuah, adil, tingkatkan syiar n dakwah islam.
Haha.. Tak pasal2 aku kena panggil bangang. Soalan aku jgn nak lari. Kita sama ada setuju atau tak setuju Allah dinisbatkan kepada "ilah" palsu. Nanti kalau orang Kristian nak panggil nama tuhan dia Allah, orang hindu dan buddha pun boleh. Sebab kalau ikut logik doktor ni, bukan ahli kitab je panggil tuhan Allah tapi orang musyrikin sembah berhala pun panggil tuhan Allah.
Kalo kristian pun x dilarang atas sbb seleweng dan syirikkan nama allah, agama lain pun sama je. Yg benar hanya islam. Masalahnya, agama diorg dah ada nama tuhan mereka sendiri dan tak perlu guna nama allah. Yahudi n nasrani asalnya agama samawi dan disebelah arab mmg guna nama allah sejak beribu2 tahun dulu. Sikh je ada masalah sbb asalnya dia islam. Sikh adalah gabungan hindu islam. Kira serpihan ajaran sesat la. So, ada nama allah dlm kitab serta ibadat dia. Habis tu ko nak suruh dia jgn amalkan, tahan n masuk pemulihan, bakar kuil atau ko nak benarkan mereka amalkan ikut keadilan islam.
ooo macam tu ka? jadi saudara-saudari kita ni ahli kitab juga lah ye... boleh le kita makan sembelihan mereka, dan kahwini perempuan mereka kan...
Islam syiah kata boleh
Catat Ulasan