Khamis, 21 Januari 2010

Kelantan tidak halang guna kalimah ‘Allah’


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tiada halangan bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah ‘Allah’, baik dalam pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka.

Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, kerajaan negeri tidak bercadang mengikut jejak negeri-negeri lain melarang kalimah ‘Allah’ digunakan orang bukan Islam.

“Keputusan ini diambil memandangkan keadaan di negeri ini memperlihatkan keharmonian antara kaum yang terjalin erat,” katanya, dipetik dari keluaran terbaru, Harakah.


Nik Aziz berkata, “pada asasnya saya sudah jawab, memang boleh guna kalimah ‘Allah’. Bagaimanapun kerana ada mainan di belakang, jadi untuk menyekat perkara yang tidak betul maka menurut usul fiqh ia harus disekat.

“Benda harus kalau bahaya perlu disekat, tetapi kalau benda harus ada manfaat wajib dilakukan, macam air kalau minum air sejuk sebab baik maka wajib dilakukan. Tetapi kalau doktor kata minum air sejuk tak baik kepada kesihatan maka wajib kita minum air
panas,” terang beliau.

Baru-baru ini beberapa negeri melarang penggunaan kalimah Allah dan beberapa perkataan lain di kalangan orang bukan Islam.

Misalnya Selangor tidak membenarkan kalimah ‘Allah’ digunakan orang bukan Islam. Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, bagi mengelakkan niat tidak baik terhadap kalimah ‘Allah’ sekatan boleh dibuat.

Tetapi perkara ini tidak berlaku di Kelantan.

Beliau yakin rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini memahami keadaan sebenar di sebalik isu tersebut. Peringkat pertama katanya, mahu keharmonian ada dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum dan agama, manakala kedua melihat perkembangan semasa yang berlaku.

“Kita mahu beri kefahaman kepada rakyat Kelantan memang nama Allah baik, cuma orang hendak guna nama Allah lebih baik ambil Islam dan jangan ambil nama sahaja,” ujar beliau.

sumber : klik

3 ulasan:

Ibnu Ali berkata...

Assalamualaikum

Ustaz, tajuk artikel ni macam Utusan.

HaHs berkata...

:) Jgn baca tajuk saja. Bacalah isinya.

Ustaz, pada mulanya saya menganggap ustaz seorg yg agak pelik, mencari glamour, kontroversi atau seorg yg kritis didlm mengenengahkan isu2 serta hukum2 agama sehingga sanggup menyanggah ulama' dan ahli akademik terkenal di Malaysia. Semakin lama saya ikuti hujah2 beserta dalil2 dan rujukan yg bernas, saya dapati ustaz mmg agak berkelayakan serta berani dari segi ilmu membicarakan isu2 tersebut walau dilihat masih muda.

Alangkah baiknya sekiranya isu2 yg sensasi, sensitif serta mengelirukan yg diulas melalui hujah2 yg ustaz kemukakan bersandarkan pada dalil2 yg kuat hujahnya serta rujukan dari ulama' muktabar dibukukan agar boleh menjadi rujukan pada mereka yg ingin memahami dan mempelajari serta berdebad mengenai hukum2 didalam ilmu islam supaya dapat membuka fikrah dan kaedah fikir mereka yg selama ini agak jumud dan skeptikal didlm mengkaji, memutuskan dan mengenengahkan ijtihad2 yg baru dan agak berbeza daripada kebiasaan fahaman dan amalan masyarakat. Contohnya seperti isu allah.

Sebaik2nya buku2 tersebut hendaklah mendapat bimbingan, rujukan, sokongan dan persetujuan ulama2 yg diiktiraf di Malaysia dan dibuat penuh teliti juga sebelum diterbitkan utk mengelakkan fitnah dan kekeliruan dari puak2 yg berhasad.

Saya percaya ustaz mampu menghasilkan karya2 ilmu islam yg bagus utk ditekuni dandijadikan rujukan ustaz2 serta mereka yg mempelajari ilmu islam dgn mengenengahkan dan mendepani isu2 serta masalah2 yg yg lebih rumit dan sukar difahami didalam kehidupan seharian.
Semoga perjuangan dan fikrah saudara didlm ilmu2 islam diterima baik dan disokong baik para ilmuwan islam di Malaysia, Insya allah. Semoga tuan dapat berguru lagi dan diiktiraf lagi dari segi akademik sejajar dgn tokoh2 dan ulama' yg ada sekarang. Wallahu A'lam.

Aaifikir berkata...

Saya dah lama nampak kemampuan ustaz muda kita ni. Jangan pandang umur, pandang pada apa yang dihujahnya...

Saya selalu doakan ustaz muda kita ni semoga perjuangannya diberkati dan diberi petunjuk oleh Allah yg Esa.

Ni lah calon Presiden PAS satu hari nanti kalu hampa nak tau...