Ahad, 17 Januari 2010

BERLAKU ADIL DENGAN ALLAH?


BERLAKU ADIL DENGAN ALLAH?

Islam menyuruh manusia berlaku adil. Jika terhadap binatang pun, wajib manusia berlaku adil, inikan pula terhadap sesame manusia, waima mereka yang tidak beragama Islam.

Berlaku adil ini, wajib juga dilakukan terhadap Allah. cara berlaku adil terhadap Allah adalah dengan melaksanakan segala perintah Allah. untuk mengetahui segala perintah Allah, tidak dapat tidak, perlu merujuk kepada semua perkara yang dilakukan oleh Nabi SAW.

Nabi SAW menyuruh manusia berlaku adil kepada sesame manusia, maka itu juga adalah berlaku adil terhadap Allah. melakukan kezaliman terhadap manusia, merupakan tindakan yang menzalimi Allah SWT.

Waima manusia melakukan zalim terhadap Allah, hakikatnya tidak mengurangkan darjat ketuhanan Allah. pun begitu, perlu berhati-hati kerana Allah amat murka mereka mereka yang tidak menunaikan perintahnya; seperti tidak melakukan keadilan.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
18 Januari 2010 * 3:33 pagi


Tiada ulasan: