PERTEMUAN DENGAN PROFESOR DALAM ISU KALIMAH ALLAH
”Assalamualaikum...” aku memulakan salam sejurus mengangkat hpku dari seseorang yang menghubungi yang tidak aku kenali.
”Waalaikumsalam... ini Wan ji ke ni?” soalnya.
”Ye... ana bercakap ni.. sapa ni?” soalku balik.
”saya ni Professor Azman (bukan nama sebenar) dari UIA” balasnya.
Aku agak terkedu sedikit. Maklumlah, kebiasaannya orang-orang besar yang menelefonku adalah YB-YB. Itupun, YB-YB Pakatan Rakyat. Tetapi hari ini, seorang ahli akademik menelefonku.
“ya.. apa yang ana boleh bantu prof?” soalku balik.
“saya dimaklumkan kawan-kawan, yang awak berpendapat bahawa kristian boleh menggunaan kalimah Allah dalam bible mereka.. betul ker?” soalnya.
“emm.. betul prof.. kenapa? Ada yang tidak kena ker?”
“Saya dengar mereka cakap, awak ada hujjah awak sendiri.. betul ker?” soalnya lagi.
Aku pelik dengan soalan sebegitu. Menyebabkan, aku bertanya kepadanya, ”apakah wujud dalam islam ini, sesuatu perkara yang berkait dengan agama, kita pertahan dalam keadaan kita tidak mempunyai hujjah?” soalku skema sedikit.
Prof tersebut diam sekejap. Dalam beberapa ketika, dia bertanya, ”boleh tak kita berjumpa malam ni?” dia memohon.
”em... insya Allah boleh kot.. lagi pun, program malam ni, tidaklah banyak sangat. Dalam kul 10 lebih, insya Allah” aku memberi cadangan. ”ana pergi kat area UIA pun tak per...” sambungku lagi.
”ok.. dalam pukul 10 malam ni, kita jumpa”
”insya Allah.. kalau ana sampai sana, ana telefon Prof”
”ok.. Assalamualaikum..”
”Walaikumsalam...”
10 MALAM
Selesai menyampaikan kuliah maghrib di salah sebuah surau di sekitar subang, aku terus pergi ke dewan Cina, untuk mendengar wacana tentang GST yang dianjurkan oleh PSM (Parti Sosilais Malaysia). Aku ke sana mahu mendengar pendapat-pendapat mereka tentang isu cukai yang dibangkitkan, ekoran tindakan kerajaan Malaysia pimpinan maha zalim (BN).
Dalam pukul 9:45 malam, aku beransur keluar dari majlis tersebut, dan terus menuju ke gombak, untuk bertemu dengan Profesor Azman. Dalam perjalanan, tidak sempat aku menelefonnya, tiba-tiba telefonku berbunyi. Dilihat pada skrin hp, didapati dia menelefonku.
”Assalamualaikum Prof” aku mulakan bicara
”waalaikumsalam... awak kat mana?” soalnya
”ana dalam perjalanan ke gombak” jawabku.
”awak cadang, kita nak jumpa kat mana?”
Aku berfikir tentang tempat yang terbaik untuk berjumpa..
”macam ni la Prof... di gombak, kat simpang jalan dekat dengan Taman Melewar, ada sebuah restoran.. restoran Pha Pha namanya”
”ye..ye.. saya tahu restoran tu”
”kita jumpa situ je kot” kataku memberi cadangan..
”ok.. saya datang sekarang”
Aku terus memandu ke restoran Pha Pha. Sesampai di sana, aku dapati, dia terlebih dahulu sudah sampai. Kami bersalaman. Melihat muka Profesor, aku pasti bahawa aku belum pernah bersua muka dengan profesor itu.
Bersambung....
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
21 Januari 2010 * 11:55 pagi
4 ulasan:
http://www.youtube.com/watch?v=FhXhP2hjcpI&feature=channel
Yeah....dan Amerika dgn sekutu2nya kini berada di Amerika utk membebaskan umat Islam dari belenggu pemerintahan diktator dan menyebar dan mnghidupkan demokrasi.....get a life dude.
1. Waraqah Bin Naufal tu jenis Nasrani yg percaya pd Trinity ke atau percaya pd Allah yg Esa?
Jgn terlalu taksub kenegerian.
Adalah amat baik sekiranya kita lebih dahulu mengetahui sesuatu yang kita hendak komen. Trinity ini datang 300 tahun selepas Nabi Isa yang di bawa oleh Paul. Maka Waraqah adalah nasrani yang bertuhankan Allah swt bukannya trinity
Adalah lebih amat baik sekiranya kita terlebih dahulu mengetahui sesuatu yg kita hendak jawab kepada sesuatu soalan. Selapis ke atau dua lapis jawapan kepada sesuatu soalan kita!!!! Kadang2 kena renung sesuatu dalam2. Jgn main jwb. Menampakkan kecetekan akal memandang ke depan. Let me explain: -
Apabila kita yakin bahwa Warqah Bin Naufal itu adalah dari golongan Nasrani yg berpegang kpd Keesaan Ilahi...bagaimana pula golongan2 nasrani lain sezaman dgn Nabi kita. Bagaimana pula dgn golongan Nasrani di Habsyah yang memberi perlindungan suaka kepada umat Islam dipermulaan dakwah Nabi? Adakah mereka juga berpegang kpd Allah yg Esa? Sejarah menunjukkan bahwa early Arab Christians ni rooted dari Eastern Assyrian or Nestorian…mereka ini tidak percaya kepada konsep Trinity!!!!! Macam Waraqah B Naufal lah.
So, apabila golongan ini bersumpah dgn nama Allah...apakah akidah mereka bila menggunakan nama Allah? Allah yg Esa atau Allah yg Tiga? Sebab tu Nabi tak pelik dan tak marah bila mereka menggunakan nama Allah. Tetapi apakah Kristian zaman skrg akan berakidah pd Allah yg Esa sama mcm zaman Warqah apabila mneyebut nama Allah?
See how one simple question should have led you into thinking apa yg sepatutnya tersirat dibelakang soalan tu?
Think..think. Jgn main jwb jer!
Catat Ulasan