Rabu, 17 Februari 2010

APAKAH LAWAN UMNO SUDAH TIDAK SYARIE LAGI?

APAKAH LAWAN UMNO SUDAH TIDAK SYARIE LAGI?

Aku mengenangkan guru-guru yang berkerja keras melawan UMNO sehingga mereka dihantar ke sabah dan Sarawak. Teringat dengan As-Syahid Ibrahim Libya yang melawan UMNO bersama dengan anak-anak muridnya di Memali sehingga menitiskan darah yang terakhir.

Derma-derma yang diberikan oleh rakyat (sama ada ahli PAS atau tidak) kepada tabung jihad PAS yang sering diedar dalam ceramah PAS. semuanya bersebab, mereka kenangkan PAS lawan penjajah pemikiran yang bernama UMNO – Laknatullah.

Penyokong dan pendokong PAS di kampung-kampung, mereka sanggup menghabiskan wang ringgit, tenaga dan masa mereka, semata-mata demi menghapuskan penjajah pemikiran (UMNO) ini agar terluput terus dari muka bumi Malaysia.

Keperitan rakyat Terengganu dan rakyat Kelantan hadapi, terhadap pengkhianatan hak royalti yang merupakan hak mereka, benar-benar melahirkan kebencian mereka terhadap UMNO.

Memang UMNO ini jahat. UMNOlah yang mencandukan agamaku; agama Islam. UMNOlah yang melacurkan bangsaku; bangsa melayu. UMNOlah yang menjijikkan bangsa kawanku; bangsa cina dan India. UMNO memang bangsat, jijik dan kotor.

Ekoran itu, sehingga hari ini, aku tetap berpegang dengan ucapan berhikmah yang berbunyi;

“percayalah, kita melawan UMNO bukan kerana namanya UMNO. percayalah, kita melawan UMNO kerana UMNO mengekalkan sistem penjajah. Percayalah, kalau kita lawan UMNO, lalu kita mati. Maka kita mati syahid”

Jangan sampai ada fatwa yang mengatakan, lawan UMNO sudah tidak syarie lagi dengan sebab ”politik suku-agama suku” telah difatwakan tidak wujud lagi dalam UMNO.

Kenangkanlah, bahawa kejahatan UMNO terhadap agamaku, bangsaku, bangsa kawan-kawanku dan rakyat Malaysia seluruhnya, tidak dapat dipadamkan melainkan dengan meluputkan UMNO dari muka bumi Allah SWT ini.


Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 Rabiul awal 1431 – 18 Febuari 2010 * 2:14 petang

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tidak syari'e lg bile UMNO dah kembali kpd ISLAM, spt kata TGNA yg akan meminta PAS dibubarkan jika UMNO dh kembali kepada ISLAM scr kaaffah...

Jebon berkata...

Di sinilah boleh kita tahu tentang kredibiliti seseorang bila bercakap. TGNA dan TGHH berbeza pada pandangan masyarakat kerana kepercayaan. Nada percakapan juga berbeza.

Kita boleh nilai seseorang melalui percakapan, body language serta tindakan seseorang.

Bila rakyat dah tak percaya, jangan paksa rakyat untuk percaya. Ini sama dengan perangai umno yang suka memaksa. Sepatutnya, tunjukkan keinsafan serta perubahan. Bukankah action speak louder than words?

Rakyat bukan tak ada akal. Cubaan menipu tentang berkhalwat dengan umno dalam gelap dulu pun masih belum ada pengakuan mengatakan mereka tersilap serta memohon maaf dari rakyat. Jangan terlalu ego sampai tak nak mengaku silap.

PondokDungunTerengganu berkata...

Tok payoh kenang mende gittu. Jadi jatoh ke boddo. Mung paham dok ?.

Kalu gittu, nabi duk ngenang puok machang saidina umor mase dia kapir serang nabi mesti duk beci sapa suddoh sapa lepah jadi Islam. Puok kapir DAP mung dok rase gittu pulok. Guane gamok jadi boddo gittu. Nafsu beghok ning.

Medde ning. Paham dok ?

PondokDungun Tgganu

Tanpa Nama berkata...

Hang ni..bengong sungguh.!! Member sekapai dgn Muawiyah kut...cucu sakat Yazid ka..

Hgpa ni puak muda otak buh kat kepala k*te... sekapai dgn mat Aduka..

Penghibur kepada Nuar Brahi..gelak sakan dia...

Tanpa Nama berkata...

1.alahai hang tak payah dok banding hang dengan ustaz ibrahim libya la!
2.hang dok kena cucuk idungg dengan puak kapiaq harbi!
3.Puak kapaiq harbi ni !kalau dapat kawan dengan puak akai pendek macam hang ni!!seronok la depa!!
4.hang guna bagai-bagai dalil Al-Quran dan hadis untuk kawan dengan hangpa!!untuk puji puak depa!!cerdik ha hang ni!!
3.Hang tak tau lagi!!
4.Mana proposal perlembagaan Islam kalau PR perintah oii!!
5.ada ka takdak ni!!!

Tanpa Nama berkata...

klu sgguh lah kata2 tghh tu.maka x wajib skit pon undi pas.....sbb umno dah x amal politik suku agama suku ni..bubar trus la parti pas wat masuk umno trus sng.xde lah pengundi bawahan ni nak pening kapla...klu pemimpin pas dah pelik bercakap skejap gitu skjap gni.aku blh kata pru depan bahang tanoh la pas...

ahmadfadhli berkata...

Tuan guru nik aziz tidak ada masalah dengan kenyataan tokguru Haji Hadi, katanya bahkan itulah berkat kejayaan perjuangan PAS. Manakala ada seorang ustaz pula sangat-sangat tidak bersetuju dengan kenyataan tokguru Haji Hadi. Hai, pening juga dengan pertembungan dua ulama besar ini.

Tanpa Nama berkata...

aku heran, si bakistani Xde pelak hentam kau2 bile TGNA ckp nak ajak umNO berdialog...bukan ke statement tu sudah bercanggah dgn statement TGNA yg sblm ni sgt membenci utk berdialog / bermuzakarah dgn UMNO? si bakistani siap tambah...UMNO ni tak layak utk kita berdialog, bahkan berkenaan dgn agama sekalipun. mereka ni umpama najis !!!

ape ni wan ji...?? tak sivaji la ini macam...