YAHUDI ROSAK KERANA ORANG-ORANG ALIM MEREKA
Yahudi adalah satu fahaman kebangsaaan Nasionalis Bani Israel (macam perkauman melayu jika di malaysia) yang telah kufur kepada Allah. kekufuran mereka, bermula dengan penyelewengan kitab yang dilakukan oleh orang-orang alim dari kalangan mereka.
Firman Allah;
فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ
Maksudnya;
“Kecelakaan terhadap mereka yang menulis kitab dengan tangan-tangan mereka sendiri, kemudia mereka mendakwa “ini daripada sisi Allah”. tujuan mereka adalah untuk membelinya dengan harga yang murah. Kecelakaan terhadap mereka dengan apa yang mereka tuliskan dengan tangan-tangan mereka, dan kecelakaan terhadap mereka dengan apa yang mereka usahakan”
(Surah Al-Baqarah : 79)
Dalam kitab mereka, diceritakan tentang nabi Muhammad SAW secara terperinci. Sudah pasti, mereka amat mengenali Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah;
الَّذِينَ آَتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Maksudnya;
“Mereka yang diberikan al-Kitab (Taurat), mereka mengenali (nabi Muhammad) sepertimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. dan sesungguhnya satu puak daripada kalangan mereka menyembunyikan kebenaran dalam keadaan mereka mengetahui”
(Surah Al-Baqarah : 146)
Pun begitu, uruf dan umum masyarakat bani Israel mempunyai semangat perkauman terlalu menebal. Pada mereka, nabi akhir zaman bukan nabi dari bangsa arab, bahkan pada mereka nabi akhir zaman adalah nabi dari bangsa Bani Israel.
Ekoran itu, mereka selewengkan tentang kenabian Muhammad SAW, sehingga semua umat mereka tertipu dengan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang alim mereka sendiri.
Firman Allah;
وَغَرَّهُمْ فِي دِينِهِمْ مَا كَانُوا يَفْتَرُونَ
Maksudnya;
“Mereka tertipu dalam agama mereka sendiri, dengan apa yang mereka reka-ciptakan”
(Surah Al-Imran : 24)
Waima penyelewengan itu dilakukan oleh orang-orang alim mereka, tetapi memandangkan pengikut mereka tidak menggunakan akal yang sihat dalam menilai kebenaran, bahkan menyandarkan kepada sentiment dan semangat assobiyyah, menyebabkan mereka terus sahaja mengikut kesesatan orang-orang alim mereka sehingga mereka juga dikira sebagai golongan yang kufur kepada Allah SWT.
Firman Allah;
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ
Maksudnya;
“mereka (Yahudi dan Nasrani) mengambil orang-orang alim dan para rahib mereka syirik selain dari Allah”
(Surah At-Taubah : 31)
Dalam menafsirkan ayat al-Quran ini, didatangkan satu hadis daripada seorang Kristian bernama Adi bin Hatim bahawa dia berjumpa dengan Nabi SAW dalam keadaan tengkoknya tergantung salib daripada emas.
Adi berkata kepada Nabi, “mereka (Yahudi dan Nasrani) tidak pernah menyembah orang-orang alim dan para rahib mereka”
Nabi SAW menjawab;
أطاعوهم فيما أمروهم به من تحريم حلال وتحليل حرام ، فعبدوهم بذلك
Maksudnya;
“mereka (pengikut) mentaati mereka (orang-orang alim dan para rahib) dengan apa yang mereka disuruh, daripada mengharamkan perkara halal dan menghalalkan perkara yang haram. Maka itu, sembahan mereka terhadap orang-orang alim dan para rahib mereka[1]”
Inilah penyelewengan agama yang berlaku pada yahudi dan nasrani. Semuanya berpunca daripada tidak amanahnya golongan ahli-ahli ilmu mereka terhadap kandungan kitab taurat dan injil. Mereka lebih mengikut kehendak sentimen berbanding amanah ilmu, menyebabkan kesesatan telah menimpa golongan ahli kitab sehingga tidak dapat diubatkan lagi sehingga hari ini.
Lebih parah, azab yang dijanjikan oleh Allah kepada ahli kitab ini, tidak dikenakan kepada para ilmuan mereka yang telah menyelewengkan kandungan Al-Kitab, bahkan pengikut-pengikut mereka juga dikenakan azab, disebabkan mereka menilai kebenaran bukan kepada hakikat kebenaran dan dengan akal yang sihat, tetapi menilai dengan sentimen yang wujud dalam diri mereka.
Ya Allah, kami Minta berlindung dengan-Mu daripada tertempias daripada kesesatan yahudi dan nasrani.
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
1 rabiulawal 1431 – 15 Febuari 2010 * 12:48 petang
[1] Musannaf Ibni Abi Syaibah : 8/220.
7 ulasan:
1.Tak payahla nak kias dengan puak kristian pulak!!
2.Islam dok rosak kerana sapa!!
3.kerana hang la!!!!tak sedaq lagi!!!
nak tau apa sebab hang boleh dikategorikan sebagai perosak islam!!
1.hang kafirkan sesama islam!disebabkan perbezaan ideologi!!politik!!
2.hang pecahbelahkan sesama Pas!!
3.lani hang nak bidaahkan sesama mazhabla pulakk!!tak yah perasan la!ilmu hang dengan harun din jauh beza oii!apatah lagi kalau nak bandingkan dengan imam Syafie!!
4.Sekilas ikan dalam ayaq!dah tau jantan betina la!!sekilas baca entry ni!dah tau maksud hang noo!!
5.sedaqla sikit!!perosak agama islam!!
bukan la...
ustaz wan ji nak kiaskan orang alim tu dengan ustaz wan ji b wan husin...
Jadi Tuan Tanpa Nama, saya nak bertanya...
1) Apa maksud dalil-dalil yg dikemukakan?
2) Adakah dalil-dalil ini hanya relevan untuk orang Yahudi shj?
3) Kalau AQ menceritakan sesuatu kisah, apakah relevensinya hanya utk zaman ayat tersebut diturunkan sahaja?
4) Jadi, kat mana kita nak letak dalil-dalil tersebut?
5) Allah saja-saja ke turunkan wahyu berkenaan dalil-dalil di atas?
Syukran.
puak2 sentimen sudah terasa pedas.
Assalamualaikum Ustaz dan kawan-kawan yang lain.
Saya ingat mcm ini, agamawan yang dimaksudkan adalah Ulama' Umno dan agamawan UG PAS dengan Umno.
Zainulfaqar.wordpress.com
kepada Tanpa Nama yang penakut, tinggalkan nama dan link anda kalau nak berdebat/berhujah?
Apesal tiba-tiba main banding2 ilmu pulak?
Kalau hang bodoh pun tak perlu buat cara penakut macam ni. Kutuk orang tak tentu pasal. Tak puas hati, berhujah bukan hentam peribadi.
Biar pun hujah ust Wan Ji pedas sampai monyet macam hang melatah dan meraung, sekurang2nya guna hujah bukan caci maki ala2 beruk UMNO macam hang
Catat Ulasan