Selasa, 16 Februari 2010

BUKU BAKAL TERBIT !!



Alhamdulillah, atas cadangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, beberapa Ahli akademik dari UIA dan UM dan beberapa orang tokoh politik dari parti PAS dan PKR, berjaya juga dihidangkan sebuah buku berkaitan dengan isu yang sedang hangat diperbincangkan, iaitu isu Penggunaan Kalimah Allah bagi Non Muslim.

Di Awal buku ini, didatangkan ulasan ilmiyyah oleh Dr Mohd Nur Manuti tentang cabaran dan kesan positif jangka masa jauh disebalik penggunaan kalimah Allah bagi Non Muslim. Bahkan, Dr Mohd Nur Manuti mengemukakan pendapat sehaluan dengan pendapat Dr Osman Bakar terhadap isu kalimah Allah ini, iaitu ia merupakan pembuka jalan dialog antara agama yang menyebabkan penyebaran islam akan menjadi lebih berkesan menerusi perbincangan yang tidak bersifat sentiment, sebaliknya bersifat ilmu.

Mudah-mudahan buku ini bermanfaat kepada semua pembaca, terutama dalam usaha menyebar-luaskan kefahaman konsep keadilan Islam dalam berinteraksi dengan non Muslim.

sekian

Wallahu 'Alam



4 ulasan:

Ibnu Abas berkata...

teruskan perjuangan menzahirkan keluasan ilmu Islam kepada non-muslim. jangan jadi golongan yang tersepit dengan pemikiran sempit dan bermain sentimen tak berkesudahan

Tanpa Nama berkata...

Wan Rausyanfikir Kenapa Kelantan tak nak sambut Maulud? Ada pengaruh Wahabbi ke dalam PAS? Liberal? Mujassimah? Syiah? Apa teras aqidah PAS? Ke rojak je semua? Opps lupa. PAS parti politik dulu, jemaah kedua. Eh, betul ke? Tak hairanlah kalau pendefinisian masalah berputik dari aliran pan-Islamisme yang ditanam Abduh dan Al-Afghani.

Ibnu Abas berkata...

cuba jangan bagi komen yang menunjukkan kebodohan diri?
Sebab nya mudah je.. Nabi tak suruh Ada hadith ke suruh sambut Maulud? Mulut jangan celupar. Nampak sangat bodoh tak ngaji

5y4k1rz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.