BAL’AM BIN BA’URA’ : ‘ABID YANG MATI KUFUR
Firman Allah;
وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya;
“Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir”
(Surah Al-‘araf : 176)
Menurut Imam Fakhruddin Ar-Razi dan Imam Ibni Khathir, ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang lelaki dari Negara Yaman bernama Bal’am bin Ba’ura’. Sebilangan ulama lain menyatakan, Bal’am adalah seorang ahli ibadat yang mempunyai kemakbulan doa dari bangsa Bani Israel[1].
Menurut cerita ibnu Abbas, Mujahid dan Ibnu Mas’ud, Bal’am bin Ba’ura’ adalah seorang ‘abid (ahli Ibadat) yang makbul doanya, tinggal diperkampungan yang semua rakyatnya di situ kufur kepada Allah SWT. (lebih kurang macam perkampungan UMNO yang ada seorang ahli ibadat berparti PAS)
Nabi Musa A.S datang untuk menyerang perkampungan tersebut ekoran kekufuran yang mereka lakukan itu. (Mengikut riwayat, Nabi Musa A.S datang untuk berdakwah di kampung tersebut)
Mengetahui bahawa Bal’am bin Ba’ura’ adalah manusia yang mempunyai doa yang makbul, menyebabkan Bal’am telah dikunjungi orang kampungnya, meminta agar Bal’am berdoa dengan nama Allah yang maha mulia agar Nabi Musa tersesat jalan dari berjumpa dengan kampung mereka.
Pada peringkat awalnya, Bal’am tidak mahu berdoa seperti permintaan orang kampungnya itu. tetapi, setelah berkali-kali diminta oleh orang kampungnya, yang menyebabkan dia akur dan berdoa agar disesatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada berjumpa kampung tersebut.
Doa Bal’am itu termakbul, menyebabkan Nabi Musa tersesat di satu tempat yang bernama Tih (sekarang : semenanjung Sinai).
Kesesatan yang maha dahsyat itu, menyebabkan Nabi Musa bertanya Allah SWT, “Wahai Tuhan, apakah dosa yang kami lakukan sehingga kami tersesat di Tih ini?”
Jawab Allah SWT, “berpunca dari doa Bal’am”
Nabi Musa berkata lagi kepada Allah, “wahai Allah, sepertimana kamu mendengar doa Bal’am terhadapku, maka tolong makbulkan doaku terhadap Bal’am”
Lalu, Nabi Musa mendoakan agar Bal’am dicabut keimanan dari dirinya. Doa Nabi Musa dimakbulkan oleh Allah, menyebabkan Bal’am mati dalam keadaan kufur dan lidahnya terjelir sepertimana anjing[2].
“minta berlindung kita dengan Allah daripada menjadi seperti Bal’am bin Ba’ura’”
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

3 ulasan:
Apa ni bro masukkan gambar kawan sejemaah dlm artikel kt atas ni?
jangan la perbezaan pendapat tu membuatkan kita memusuhi sahabat sejemaah..
jangan serang peribadi...
Apa kena mengena gambar di atas tu dgn artikel ni? jangan la serang peribadi macam ni bro..x manis la..
jangan la disebabkan perbezaan pendapat membuatkan kita memusuhi rakan jemaah sendiri..
hujah dipatahkan dengan hujah, bukan serang peribadi..
1.gitula puak lemah mentaliti ni!!a.k.a penulis blog ni!!
2.hangpa tak faham kiasan dia!!
3.rencana dibawah!dituju pada mamat dalam gambaq diatas!!
4.tu nasib baik lagi!dia tak bawak cerita abu lahab dan abu jahal!!
5.last sekali sasib tukang cerita/tukang karut lebih teruk dari Abid dalam kisah diatas!!
Catat Ulasan