Sabtu, 13 Februari 2010

SAMPAI NAIK RUMPUT

SAMPAI NAIK RUMPUT

Setelah kematian mat usu, pak halim selalu sangat berulang alik ke tanah perkuburan. Kelihatannya sering membawa satu jag air yang diperbuat dari kaca.

“masa orang sedang sibuk mengurus kematian Mak Usu, tidak kelihatan pun wajah sedih Pak Halim” Azman memulakan bicara dengan Karim ketika melihat Pak Halim sedang lalu menuju ke tanah perkuburan di hadapan gerai Mak Minah.

Sambil melihat ke arah Pak Halim, Karim berkata, “tu la pasal. Aku pun rasa pelik selepas kematian Mak Usu tu, rajin betul Pak Halim berulang alik ke kubur”

”ha ah.. Mak Cik dok perati, dalam masa sehari, ada dalam 8 kali dia berulang ke kubur” tiba-tiba Mak Minah menyampuk di sudut dapur gerainya.

Dalam perjalanan pulang, Pak Halim telah singgah ke kedai Mak Minah. Dia duduk di salah sebuah meja gerai itu.

”Minah, bagi aku Kopi O satu” teriak Pak Halim.

”Hai Pak Halim, sayang betul Pak Halim kat Arwah Mak Usu.. sampai lapan kali sehari berulang alik ke kubur Mak Usu” tegur Azman.

Pak Halim tidak membalas, cuma melemparkan senyuman sahaja.

”biasalah.. bukan senang nak dapat isteri yang baik macam Mak usu.. betul tak Pak Halim?” Karim menyampuk.

Sambil mengunyah kuih karipap, Pak halim berkata, ”mana ada sayang sangat. Biasa-biasa jer... lagi pun, arwah Mak Cik kau tu pesan kat aku masa dekat dengan kematian hari tu”.

Azman dan Karim mengambil perhatian.

”dia cakap kat aku, ”jangan kawin lain, selagi rumput kat kubur dia tak tumbuh dulu”.. tu yang aku dok berulang hari-hari jirus kuburnya dengan air, biar cepat sikit tumbuh rumput tu” jawab Pak Halim selamber.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
28 Safar 1431 * 12 Febuari 2010 * 6:09 petang


8 ulasan:

Humaira' berkata...

Ust.. apa maksud semua ni ust???

Lawak antarabangsa betul..!!!

Any way ust, syabas!!! Dapat memperdayakan minda keinginan kami utk update info semasa..

Hahaaa...!!! 5 bintang

Tanpa Nama berkata...

1.Tu cerita lawak bodooo puak sekolah agama dulu!Puak sains dan matematik cemuaihhh nak dengaq cerita ustaz tentang cerita tu!!puak agama macam hang!syok la dengaq!!sampai teleleh ayaq leoq!!!
2.La ni zaman 2000an!cerita la bab rasuah!bab MLM!!
3.Bagaimana hasil rasuah dan MLM !merosakkan generasi akan datang!!bagaimana hasil yang haram!jadi darah daging!menyebabkan generasi sekarang!minum arak!judi!zina!macam tak menjadi kesalahan pada depa!!
4.Zaman dok melawak keloloq,layaq burukk seperti amalan puak sekolah agama tu!dah ketinggalan zaman oiii!!!
5.lani ramai dah pandaiii oiiii!!!

Redz da Tsar berkata...

Bagus jugak kadang-kadang lari dari isu berat untuk menceriakan orang...

Dalam bangang-bangan cerita nie pun (bak kata tanpa nama), ada jugak pengajaran suapaya menghormati pesanan si mati~

omaq berkata...

salam anon 03:08.
kalau nak tegoq pun xkan la camtu...tu la budak2la ni...budak2 zaman milenium baru...dah xdak budi bahasa...kalau kita xsuka dgn lawak tu...xyah la baca...bukan kena bayaq duit pun...sapa rasa nak baca,baca...nak bagi komen biarla beradap...sebenarnya percakapan kita mencerminkan peribadi kita.kalau komen kita yang xberadab camtu orang dah boleh agak peribadi kita macam mana...
wallahua'lam.....

Muhammad Syahmi berkata...

saya setuju dengan Redz da Tsar...

klu betul tak setuju dgn cerita tu pun, kenapa perlu guna bahasa yg agak kesat? salah ke kalau kadang2 bersantai? Nabi pun bergurau dengan isteri2 dn para sahabt...

Tanpa Nama berkata...

1.last sekali ajaran ustaz hangpa ialah"

Ikut yang ana ajaq!jangan ikut apa yang ana buat!!!

2.Rosaklah umat islam nanti!!!!!duduklah dengan kepompong hangpa!!
3.oghang lain sibuk menuntut ilmu sains dan teknologi!!disamping ilmu agama!puak hangpa masih ketingalan jauh kebelakang!!!
4.Tu pun masih berangan nak jadi pemimpin!!!

Tanpa Nama berkata...

JANGAN TUDUH PRESIDEN PAS DENGAN MELULU TANPA USUL PERIKSA-Ustaz Misbahul Munir

Saya segera menghubungi Setpol Presiden, Dr Shamsuri terhadap satu dakwaan kurang adab beberapa blog dan website berhubung kelewatan Datuk Presiden menghadiri program dialog di Shah Alam. Yang dikesalkan blog orang PAS. Tuduhan terhadap Presiden sangat melulu, biadab, kurang ajar dan berniat jahat tanpa usul periksa. Beginikah sikap ahli PAS yang konon sayang pada pimpinan PAS. Kalau nak komen pula, gunalah bahasa yang agak cermat.

Setpol Presiden menjawab, kelewatan disebabkan program di Terengganu yang Presiden terpaksa tunggu sehingga program tamat. Fligt jam 4.00 petang dari Kuala Terengganu pula tidak sempat. Fligt berikutnya jam 9.30 malam, dijangka sampai ke KLIA jam 10.10 malam. Setpol segera menghubungi penganjur, Presiden sampai lewat, dijangka dari KLIA boleh sampai ke Shah Alam jam 11.00 malam lebih kurang, sanggup ke orang ramai menunggu, sebab dah lewat, kalau tak sanggup menunggu, Presiden bersedia bagi cadangan tarikh lain yang terdekat untuk berdialog dengan ahli PAS Shah Alam berhubung isu tindakan tatatertib ke atas YB Khalid Samad.

Penganjur bersedia menunggu sekalipun lewat. Berlaku pula salah faham antara petugas Unit Amal yang menunggu Datuk Presiden. Petugas Unit Amal menunggu di Tol Subang, kenderaan Presiden pula menunggu di tol yang lain. Salah faham tempat menunggu pun mengambil masa hampir setengah jam.

Akhirnya Tok Guru sampai juga ke tempat program kira-kira jam 11.30 malam. Perkara ini memang sangat dikesalkan oleh penganjur sendiri di atas salah faham tempat menunggu. Orang ramai sebelum itu faham, Presiden akan sampai lewat di atas faktor yang disebutkan tadi, namun mereka bersedia menunggu. Kalau tepat jam 11.00 malam sampai ke tempat program, 1 jam berdialog juga sudah memadai. Tetapi salah faham penganjur dan petugas menyebabkan kehadiran Presiden lebih lewat dari yang dijangkakan.

Sewaktu saya sebagai Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat dan juga sebagai Ketua Penerangan PAS Perak, banyak sekali program anjuran lajnah yang melibatkan Presiden. Tidak ada satu program yang melibatkan Presiden, beliau datang lewat sehingga merosakkan perjalanan program.

Tuduhan terhadap Datuk Presiden dengan sangkaan yang begitu rupa merupakan satu fitnah jahat yang hanya menguntungkan UMNO BN dan musuh-musuh PAS yang lain. Kita diajar dalam al quran supaya mendapatkan maklumat dari sumber yang sebenar sebelum kita mengulas apa sahaja isu. Kalau kita sayang pada Presiden bukan macam itu caranya kita menegurnya, ahli PAS berhak tegur dengan apa cara sekalipun, boleh guna blog, sebab itu juga satu cara untuk menegur.

Tetapi sebelum menegur, cari sumber dulu mengapa Presiden lewat, kalau lewat kerana takut berdepan dengan ahli PAS, saya fikir lebih baik Setpol cari alasan lain yang agak munasabah supaya Datuk Presiden terus tidak hadir ke program tersebut, seperti adik Presiden sedang sakit tenat, orang ramai mungkin lebih menerima alasan ini. Dan malam tadi saya pula dapat mesej adik Presiden telah meninggal dunia. Jadi orang ramai akan lebih bersimpati dengan Presiden.

Kesanggupan Presiden turun juga ke Shah Alam walaupun lewat sepatutnya dihargai. Beribu alasan lain boleh diberi oleh pegawainya untuk tidak terus hadir ke program tersebut kalau semata-mata takut berdepan dengan ahli-ahli PAS sendiri.

rakuban berkata...

kne bg PAS hncur br leh perpaduang ke?