SEDAPNYA MAKANAN ARAB
Semasa belajar di Mesir dahulu, antara amalan yang paling aku malas adalah memasak. Ekoran itu, makananku setiap hari ada di kedai-kedai makanan segera arab, Malokhiyyah. Makanan segera arab yang paling aku minati adalah kibdah, iaitu hati lembu yang dimakan enak yang dimakan dengan roti dan Syabsyukah, iaitu telur yang digoreng campuran dengan tomato.
Di mesir ada sejenis makanan bernama ‘To’miyyah’. Ketika kami mula-mula sampai di mesir, kami makan to’miyyah. Terasa sedap. Kawanku rasa tidak cukup, bahkan mahu makan lagi. Lalu dia bertanya kepada seorang pelajar kelantan tentang nama makanan itu.
”tokmiyoh” sebut pelajar itu dengan loghat kelantan.
Apabila kawanku itu sampai di kedai arab, pekedai makanan segera arab itu bertanya, ”Aiz Aih? (mahu apa?)”
Kawanku itu terus menyebut, ”tokmiyoh” dalam loghat kelantan seperti yang diajar.
Arab itu tidak faham dengan sebutan ’tokmiyoh’, menyebabkan dia bertanya berkali-kali. Kawanku itu kepeningan, dan menunjuk makanan tersebut dalam cermin dapur kedai.
”To’miyyah” sebut arab dengan sebutan yang fasih sekali.
Aku tersenyum dengan kejadian yang berlaku itu.
MALAYSIA
Setelah pulang, aku tidak pernah berjumpa dengan makanan arab. Cumanya, suatu hari Ustaz Harun Taib telah datang ke Kuala Lumpur dan menelefonku untuk mengambil beliau di airport.
Setelah menyampaikan kuliah, aku terus ke LCCT untuk mengambil beliau di Airport. Dalam perjalanan menuju ke Taman Melewar, tempat ustaz Harun taib bermalam, kami berbual-bual panjang.
”Ana berase nak makan Khummus” Ujar Ustaz Harun Taib.
Aku mula teringat makanan arab itu, iaitu sejenis kacang tumbuk yang dicampur dengan minyak zaitun menjadi makanan kesukaan dikalangan orang arab.
”nak makan kat mana ustaz?” soalku.
”anta tahu Rawsha?”
”emm... dok tahu”
”Ampang, anta tau tak?”
”tahu...”
”haa. Kat kawasan tu la”
”ooo.....”
Aku terus memandu ke arah ampang. Dan mencari tempat yang disebut sebuah restoran arab bernama Rawsha.
RAWSHA
Restoran Rawsha adalah restoran arab di Malaysia yang mula-mula sekali dalam hidupku yang aku sampai. Di sana, ada beberapa jenis makanan yang aku pernah tengok di Mesir, juga ada makanan yang tidak wujud di mesir, tetapi amat masyhur di Lubnan.
Pada malam itu, antara makanan yang aku minta adalah Syisytouq, iaitu ayam bakar yang sudah dibuang tulang-tulangnya. Dan minuman yang aku minta adalah Teh bersama pudina.
Seorang kawan bersama kami pada malam itu meminta Barbikan. Aku dapati bahawa barbikan ini sejenis air gas arab, seperti Coca Cola, Pepsi dan sebagainya, yang mempunyai berbagai-bagai perisa. Ada berperisa Apel, Strawberry, Limau dan sebagainya.
Setelah dibawa datang kepada kami air barbikan itu, aku membelek-belek botol air barbikan itu. aku pasti, minuman ini tidak wujud di mesir, tetapi wujud di Lubnan, kerana termaktub di botol barbikan bahawa ia buatan Lubnan.
Ustaz Harun Taib hanya melihat sahaja kerenah aku pada malam itu. Mungkin beliau juga memahami apa yang aku fikirkan, disebabkan beliau juga pernah tinggal di Mesir.
Apabila aku yakin dengan air itu, terutama apabila tercatit ’Non Arlcohol’, dan aku melihat Ustaz Harun Taib tidak memberi sebarang respon dan komentar pun tentang barbikan, maka Aku pun meminta sebotol Barbikan juga, perisa Farawalah, Strawberry.
Setelah minum, rasanya biasa sahaja. Padaku, air 100 Plus jauh lebih terkena seleraku berbanding Barbikan. Namun, minuman yang mudah dan masyhur diminta di restoran Raushah dan di mana-mana sahaja restoran arab adalah barbikan, maka itu minuman yang aku minum ketika masuk sebarang restoran arab di sekitar Kuala Lumpur.
Barbikan ini, agak susah hendak didapati di kedai-kedai sekitar Malaysia, tetapi amat mudah didapati dengan harga yang agak murah berbanding di kedai-kedai arab adalah di Pejabat Agong PAS, di Jalan Raja Laut.
Kepada sesiapa yang ingin mencuba dan mendapatkannya, sila kunjungi Pejabat Agong PAS, di Jalan Raja Laut.
Sekian
p/s : antara ciri-ciri bani Israel dahulu, mereka cuba mengharamkan makanan yang Allah halalkan, seperti daging unta dan susu unta. Tindakan mereka itu dimurkai oleh Allah, sehingga Allah menurunkan firman-Nya daripada ayat 208 surah Al-Baqarah. Bagaimana pula Bani Israel Malaysia?
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 Rabiul Akhir 1431 – 24 Mac 2010 * 2:27 petang
7 ulasan:
saya faham tujuan tulisan ustaz kali ini,ustaz refer pada tulisan di tranungkite yg kebanyakan jumud perpadauangnya membawa fitnah dengan gambar blogger2 yg tidak sehaluan dengan perpadunag sedang minum barbican.
bertapa ceteknya mereka,hanya duduk dalam tumpurung.
bukan ke Barbican ini untuk orang yang nak ikut rentak Yahudi minum arak tapi cari alternatif yang tak ada alcohol mcm Barbican?
Cara bani Israel Malaysia ialah duduk2 minum barbican, cari kenapa Ust Nasha boleh duduk semeja dengan semua orang termasuk Umno... cari idea mcm mana nak jatuhkan pimpinan PAS yang tak sehaluan dengan mereka....
sayangnyeee proTaz kat UM-NOOOO...
terima kasih ustaz...dah lama nak mkn Syisytouq...masa ana kat kuwait, selalu mkn ni...masa kat mesir pun banyak yg sedap2
hmm...
rupenye nak promote barbikan kat pejabat agung pas ke ustaz???..
nanti cari
Apa la, barbikan pun hairan ke? Memang katak bawah tempurung betul la sesetengah orang Malaysia ni.
Kepada yang datang ke Saudi buat umrah, pergilah tengok di segala kedai makan dan runcit. Bersepah barbikan. Bukan takat barbikan aje, ada macam-macam brend lagi.
sy tak pro politik tp entry ustaz kali ni membantu sy utk pilih Restoran arab utk berbuka puasa hari ini.
Catat Ulasan