Khamis, 25 Mac 2010

TIADA GABUNG DENGAN KERAJAAN DIKTATOR – DR YUSUF AL-QARADHAWI

Qaradhawi : ulama dunia yang paling Aku respek dan kagumi di abad ini

TIADA GABUNG DENGAN KERAJAAN DIKTATOR – DR YUSUF AL-QARADHAWI

Jika dibaca dalam kitab “Min Fiqh Ad-Daulah Fi Al-Islam”, Dr Yusuf Al-Qaradhawi ada menyatakan dalam tajuk, “Al-Musyarakah fi Hukm Ghair Al-Islami”, atau “bergabung dengan kerajaan yang tidak Islam”, dinyatakan bahawa sebarang kerajaan campuran – antara parti Islam dengan parti yang tidak islam - yang mahu dibina, hendaklah ia tidak melahirkan simbul kezaliman dan kerakusan yang dikenali umum suka menindas hak manusia.

Dengan kata lain, Dr Yusuf Al-Qaradhawi membenarkan pergabungan dan penubuhan kerajaan campuran yang tidak mempunyai unsur dictator (kezaliman).

Alasan yang dikemukakan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi adalah, penerimaan jawatan menteri kewangan oleh Nabi Yusuf ketika diminta oleh kerajaan ketika itu. waima kerajaan di zaman Nabi Yusuf bukan kerajaan islam, tetapi Nabi Yusuf menerima juga jawatan tersebut kerana pemerintah Mesir ketika itu bukan sebuah pemerintah yang mempunyai symbol kezaliman, seperti pemerintah yang zalim pada zaman Nabi Musa
[1].

Ini ditambahi lagi dengan satu hadis Qudsi bahawa Allah SWT berfirman;

يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا

Maksudnya;
“Wahai hamba-Ku, Sesungguhnya Aku haramkan zalim terhadap diriku, dan aku jadikannya haram di kalangan kamu. Maka, jangan kamu melakukan kezaliman
[2]

Juga firman Allah;

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

Maksudnya;
“Jangan kamu cenderung kepada mereka yang melakukan kezaliman, menyebabkan kamu akan disambar oleh api neraka”

(Surah hud : 113)

Dan juga firman Allah;

وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Maksudnya;
“Tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim, melainkan mereka mendapat kerugian”

(Surah Al-Isra’ : 82)

Persoalannya, Apakah UMNO sudah menjadi adil? Bagaimana ISA? Bagaimana sistem kehakiman, mahkamah, SPR dan media?

“syaikh... siapa Qaradhawi untuk malaysia?” soal seorang kawan bertitle ulama yang terlalu kepingin nak gabung dengan UMNO.

“no komen” ujarku ringkas.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 Rabiul Akhir 1431 – 26 mac 2010 * 7:35 pagi





[1] Min Fiqh Ad-Daulah fi Al-Islam : 315. dan Fatawa Maasarah : 3/432.
[2] Muslim : 4674.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz

1.perkataan 'paling' tak sesuai digunakan kepada orang yang masih hidup.

2.saya bimbang, satu hari pendapat Dr Yusof tidak memihak kepada ustaz dan rakan sepasukan.

3. Teringat saya ketika dulu, ada orang saya kenal puji TGHH dan TG Harun Din seperti ustaz puji Dr Yusof sekarang. Akhirnya beliau membenci TGHH dan TGHD

4. apapun saya meraikan pendapat ustaz

banyak menulis, banyak menambah pahala.

Wan Ziarahsufi

Tanpa Nama berkata...

Bgaimana plak dgn ini:

http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/03/al-bakistani-pula-yang-terlondeh.html

Nizam Mahmud berkata...

Salam.

Teringat pula saya dengan buku Zainab Al-Ghazali bertajuk Hari-hari dalam hidup ku.

Satu buku yang amat baik untuk di baca oleh mereka yang mengaku aktivis atau pejuang Islam

Saya masih ingat bagaimana beliau menceritakan tentang siksaan yang dialami sepanjang di tahan ala ISA oleh Rejim 'majoriti Arab-Islam' Mesir.

Dan bagaimana dalam buku itu beliau menceritakan telah ditawarkan jawatan Menteri (kalau tak silap saya Menteri Hal Ehwal Wanita) dalam kabinet kerajaan 'Arab-Islam' Mesir.

Tawaran itu telah ditolak.

Dan kalau tak silap saya, as Syahid Syed Qutb juga telah diberikan tawaran serupa.

as-Syahid lebih rela memilih tali yang bergantungan yang menjerut lehernya dari memilih jawatan dan perpaduan dengan 'saudara seagama dan sebangsa'.

Jelas lah Cikgu Pa bukanlah tandingan as Syahid Syed Qutb. Dan Hj Hadi bukanlah tandingan as Syahid Imam Hasan al-Bana.

Dahulunya, Hj Hadi lah diantara yang lantang berceramah bahawa agama duduk di atas, bangsa duduk di bawah.

Tapi hari ini, beliau sudah boleh bercakap tentang 'Melayu-Islam'.

Dah sama taraf kah wahai Hj Hadi?

Wallahualam.

FZY berkata...

kepada Nizam Mahmud..

anda adalah lipas nk kritik singa (tok guru).., tuduhan anda melulu. mana sumber anda, pimpinan mana anda rujuk? jgn main tuduh., yg mana menggambarkan kebodohan anda yg makin diketahui.

perbaiki diri anda dulu. peluru anda salah.

Tanpa Nama berkata...

bermula cerita seorang kolonel,

"saya yang memandu kereta pada malam itu ke residen paklah. bersama saya hj hadi, stopa ali dan nasha..."

tiba di destinasi, terserempak dengan seorang jeneral. terkejut beruk dia lihat aku...(mungkin dalam kepalanya tertanya2, kenapa mamat ni ada sama?"

cab