Jumaat, 26 Mac 2010

UMNO HAMPIR BERJAYA RAMPAS HULU SELANGOR

Muhammad Taib, adalah nama Calon UMNO untuk Parlimen Hulu Selangor yang sedang disebut-sebut.

Sami Vello sudah menamakan Palanivel sebagai Calon MIC untuk Parlimen Hulu Selangor. "undilah 1 Malaysia", mungkin itu yang disebut oleh Palanivel.

Hari ini, Tun Dr Mahathir menyatakan;

Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri.

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). (sila Klik)

Adapun dari pihak MIC pula, agendadaily melaporkan;

Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu sudahpun menamakan Timbalan Presiden Datuk G Palanivel,yang tewas masa pilihanraya umum lalu, sebagai calon

sambungan berita menyatakan;

Kalangan penduduk tempatan mendakwa bukti Palaivel tidak dapat diterima lagi sebagai calon jelas terbukti menerusi keputusan pilihanraya umum di kawasan itu dimana BN menang ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi tewas kerusi Parlimen. (sila Klik)

Mungkin kenyataan Mahathir itu sealiran dengan Najib, makanya Agendadaily melaporkan;

Calon Melayu di Hulu Selangor : Najib belum tutup pintu... (sila Klik)

Persoalannya, mengapa Najib 'tidak tutup pintu' dikala UMNO masih lagi mencari-cari calon yang tepat, walhal MIC sudah menamakan calonnya? Nampaknya, UMNO semakin berjaya merampas kerusi Hulu Selangor dari tangan MIC.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 Rabiul Akhir 1431 - 27 Mac 2010 * 1:24 petang





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TOK GURU HAJI HADI, BUKAN ANUAR IBRAHIM :
LUAHAN HATI DARI SEORANG AHLI JEMAAH ISLAM

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Muhammad merupakan seorang tokoh yang tidak asing dikalangan rakyat Malaysia. Beliau dikenali sebagai seorang ulama yang dikenali dunia, disamping merupakan seorang tokoh politik Islam Malaysia yang dihormati oleh kawan dan lawan.

Dalam akhir 70 an dan awalan 80 an, nama “Haji Hadi” telah bergema di Malaysia, dikala ulama-ulama pondok ketika itu mengajar di pondok-pondok mereka berkenaan hukum-hakam ibadat, tetapi kelainan yang dibawa oleh Tuan Guru apabila beliau telah membawa satu fikrah Islam yang selayaknya diterapkan dalam jiwa umat Islam, iaitu fikrah “Islam dan pemerintahan” tidak selayaknya di pisahkan.

Pemikiran ini telah menggugat pemikir-pemikir dan pendokong-pendokong fahaman secular yang bertapak didalam kerajaan, walaupun pada asalnya fikrah islam ini digemakan oleh tuan Guru sekadar di Masjid Rusila sahaja.

Rusila yang merupakan sebuah desa yang tidak dikenali sudah menjadi satu desa yang diserbu oleh ribuan rakyat terengganu dan rakyat luar terengganu pada setiap hari jumaat untuk mendengar kuliah tafsir dan khutbah jumaat, yang menjadi mimbar untuk Tuan Guru menyampaikan fikrah Islam beliau.

“HAJI HADI” DAN “RUSILA” : DUA NAMA YANG TIDAK BOLEH DIPISAHKAN

Pernah seorang wartawan yang berasal dari terengganu menceritakan kisah pertemuannya dengan seorang wartawan dari luar Negara, yang mana, dalam pertemuan tersebut, wartawan luar Negara itu bertanya kepadanya tentang dari mana asalnya, dia menjawab, “berasal dari terengganu, Malaysia”. Mendengar jawapan tersebut, wartawan luar Negara tersebut terus bertanyakan jarak antara rumahnya dengan Rusila.

Tujuan wartawan luar Negara itu bertanyakan tentang Rusila adalah untuk meminta bantuan dari wartawan terengganu itu membawanya berjumpa dengan tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, seorang tokoh ulama dan tokoh politik Islam yang mempunyai ucapan yang berani, tegas dan pintar[1].

Kisah ini mengambarkan betapa hebatnya “aura” yang ada kepada seorang tokoh hebat yang bernama Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, sehingakan Rusila merupakan sebuah desa yang tidak dikenali menjadi desa “rujukan” atau “universiti” dalam memahami politik Islam di dunia.

TAHUN 1999 : TAHUN PEMBUKTIAN KEMAMPUAN TUAN GURU

.........
Al-bakistani

baca lagi...
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2007/05/tok-guru-haji-hadi-bukan-anuar-ibrahim.html