Ahad, 6 Jun 2010

ERDOGAN - CERDIK DAN BERANI

[1]

"Anda selalu bercakap mengenai demokrasi, tetapi tidak pernah membenarkan HAMAS memerintah. Demokrasi jenis apakah ini? Saya tidak fikir HAMAS sebuah pertubuhan pengganas. Mereka pejuang yang mempertahankan kedaulatan rakyat Palestin" - Ucapan Tayyib Erdogan (PM Turki) di Konya, Turki 6 Jun 2010

"Merenung ucapan t...ersebut, saya teringat..... pada 30 Mei 2006, KERAJAAN MALAYSIA tidak mengizinkan kehadiran Menteri Luar Palestin (Dr Mahmoud Zahar - HAMAS) untuk mengikuti Persidangan NAM di Kuala Lumpur kerana desakan dari Amerika. Sedangkan waktu itu, HAMAS telah memenangi pilihan raya & menjadi kerajaan secara sah.
Lihat seterusnya.. " Tulis Saifuddin Ibrahim dari Kelate di Facebooknya.

[2]

Perbualan Telefon Menteri Luar Turki dengan Menteri Pertahanan Israel

Rakyat Turki dihebohkan perbualan melalui telefon antara Menteri Luar Negeri Turki, Ahmet Davutoglu dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkaitan kes penyerangan Israel keatas kapal bantuan kemanusiaan, Mavi Marmara.

Akhbar Turki, Habertürk ...Edisi Sabtu (5 Jun) mendedahkan transkrip perbualan tersebut. Berikut petikannya:

BARAK : Telah terjadi penyerangan kepada tentera kami dari pihak aktivis Mavi Marmara. Tentera kami cedera oleh pisau. Para aktivis merebut senjata daripada tentera kami.

DAVUTOGLU : Kami menunggu permintaan maaf dari pihak anda. Kamu telah melakukan kejahatan antarabangsa. Kamu harus segera menghantar mangsa dibunuh dan cedera kepada Turki.

BARAK : Apakah kamu menghendaki mangsa cedera?

DAVUTOGLU : Kami yang akan membawa dan mengambil mereka. Pihak yang membunuh dan mencederakan orang awam tidak mungkin mampu mengubatinya. Jika orang awam dipandang sebagai musuh, maka bagaimana dengan korban yang mati?

BARAK: Kami bergerak atas dasar kepungan yang harus dikuatkuasakan kepada Gaza sebagai pihak musuh.

DAVUTOGLU : Apakah mangsa yang mati itu adalah musuh?

BARAK : Terdapat banyak roket. Rakyat kami telah menerima ancaman roket itu sebelumnya. Kami berbeza dengan Hamas. Kami sendiri tak memiliki masalah dengan Gaza.

DAVUTOGLU : Apakah korban yang meninggal (di Mavi Marmara) itu menembak roket kepada kamu? Bagaimana boleh kamu membunuh rakyat awam itu? Turki bukan seperti mana-mana negara. Turki mempunyai kuasa besar yang boleh menjaga warganya.

BARAK : Kami sangat menghormati Turki sampai peringkat tertinggi, juga menghormati peranan yang telah dimainkan Turki selama ini.

DAVUTOGLU : Penghormatan macam apa yang anda maksud? Kamu telah membunuh rakyat kami di zon perairan antarabangsa. Tidak boleh ada satu pihak mana pun yang memperlekeh kehormatan bangsa kami. Kamu telah sesat selama lima tahun demi seorang tentera Israel (Shalit, red). Penduduk negeri kami juga, bagi kami selaku kerajaan sangat penting. Kamu harus memperlakukan mereka juga dengan penuh rasa hormat.
Lihat seterusnya..

sumber : saifuddin Ibrahim [FB]

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.Lepas ni!!hang akan keluarkan kenyataan edorgan sama dengan edorgan Pas la pulak!!
2.Mimpila oii!!

STANZA ALAM berkata...

Tahniah saudara... pandangan macam ni yang diperlukan... jangan peduli pendapat dan komen puak-puak UMNO tu, teruskan saudara.... kita perlukan seorang yang berani di alam cyber....

azman KK berkata...

Betul tu .... kalau kita ada 3 orang lagi pemimpin Islam macam Erdodan atau Ahmadinedjad... Israel dan Amerika akan dapat dihancurkan... begitu juga puak-puak Munafik , mereka tak senang duduk, mereka iri hati dan resah dengan kebangkitan Islam ( seperti Anony yang memberi komen pertama- puak munafik la tu... gerenti tak pernah sembahyang kalau perangai macam tu..)

BAC berkata...

Masalah Anon diatas adalah kepanasan sepertimana dirasakan oleh kalangan pengamal ilmu hitam apabila Ya sin dibacakan. Mereka mula meronta ronta dan melabun berbagai kata kerana hayat mereka kian dekat dan diri mereka telah mula dikenalpasti oleh ramai masyarakat. Walau pun berselindung di sebalik apa pun mereka kian di kenali oleh orang ramai terutama Jemaah PAS yang tak henti henti memohon dari Allah agar dibinasakan kalangan seperti mereka mereka tersebut.

Tanpa Nama berkata...

1.tuan Azman kk!!apa jasa mamat ni dalam menegakkan islam dimalaysia!hang tanya dia sat!yang nyata kerja dia ialah memecahbelahkan sesama islam!itu jee!!!
2.Kalau dulu ada abdullah bin ubai!yahudi yang dok pecahbelahkan umat islam dulu!!lani ada mamat yang berperanan seperti abdullah bin ubai!!dok pecahbelahkan sesama islam!!lebihteruk dia la ni dok jadi talibarut puak kapiaq harbi!!bukan main lagi dia dok promosi puak dap noo!!

Tanpa Nama berkata...

1.Yalah tu BAC!!
2.Hidup dirahmati oleh Allah bagaimana!kalau tiap tahu Allah turunkan bala!!tahun lepas disimbah cat!tahun ni cermin kereta dipecahkan!siap minta sedekah lagi!itu tanda hidup dirahmati Allah ka!!
3.Atau senanag jee!!hangpa akan kata itu cubaan Allah!!kalau orang lain yang tak sehaluan dengan puak hangpa!!bala Allah!!
4.mamat ni sebenarnya tidak ada ciri-ciri ustaz!tidak kena mengena dengan politik!pas atau umno sapa kisah!sapa yang jadi ahli pas!sapa yang jadi ahli umno!sapa kisah!hangpa nak kutuk umno!hangpa punya pasailah!hangpa buat survey la tenguk!!berapa ramai golongan pro.dinegara ni yang jadi ahli mana-mana parti politik!
5.sorrylah nak bertuankan !berketuakan ahli politik!dah lah tiada integreti!tiada kredebiliti!apa kelulusan depa!apa kelulusan najib!apa kelulusan hadi awang!!
6.Yang pasti!mamat ni tidak layak dipanggil ustaz!!itu saja!!hangpa nak kata apa pun!apa kisah!!

ahli baru pas berkata...

Tanpa nama umpana sabut di lautan, terapong apong, terhoyong hayang ke kiri kanan tak kira siang atau pun malam. Akhirnya menjadi reput tanpa memberikan manfaat kepada orang ramai. Kalau tuan orang PAS sejak sekian lama dan penuh ilmunya, saya selaku orang yang baru masuk PAS amat dukacita dengan cara penulisan tanpa nama yang sungguh tidak sesuai sebagai ahli pas. kalau kami yang bekas bekas ahli umno ini tulis pun tak sampai tahap seburuk itu, apalah yang boleh rakyat marhaen yang lain akan ikut kalangan seperti tanpa nama ini. Jangan harapkan Putrajaya.... naik bas srijaya pun orang meluat tengok.... piiiiirah .

abu abdullah berkata...

[25:63]
Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) kesejahteraan.

(^^) Allahu Allah~

Kepada yang asyik guna kata seru tak kena tempat tue, ASSALAMUALAIKUM (=