Selasa, 8 Jun 2010

JADILAH MEDIA UMNO, MUKTAMAR AKAN BAGI RUANG

[1]

Petang tadi, seorang kawan yang merupakan blogger dari negeri kelantan ada telefon. Dia memaklumkan dengan katanya, ”Siang tadi aku pergi ke PUTIK untuk dapatkan Pas Media, tapi hampa... kata pihak urusetia yang bertugas - pihak PAS tak sediakan Pas Media untuk blogger”

Dengan maksud, para blogger tidak diberi ruang untuk muktamar PAS pada kali ini. Keadaan ini berbeda sepertimana berlaku dalam kongres PKR baru-baru ini, yang juga dilakukan di Kelantan.

Memelikkan lagi, pihak muktamar PAS pada kali ini memberikan ruang terbuka kepada utusan untuk melaporkan sebarang perjalanan muktamar pada kali ini, disamping diberikan layanan istimewa. (sila Klik)

Sebentar tadi, ada pula seorang sahabat yang bekerja dengan PAS, yang dia juga berada di Kelantan menghantar SMS. Kandungan SMSnya adalah seperti berikut;

“Akhbar Utusan sejak dulu, sebelum ini dan sekarang masih berterusan cuba memecah belahkan perpaduan di kalangan pimpinan PAS. Mingguan Malaysia beberapa minggu ini memberi focus kepad Muktamar PAS dari sudut amat negatuf. Sejak dulu lagi, anjuran boikot utusan telah dilancarkan. Bagi memberi sedikit ‘tamparan’ kepada akhbar utusan, sewajarnya akhbar tersebut tidak diberi ruang kepada muktamar kali ini. Layanan istimewa tidak seharusnya seperti yang diterima oleh akhbar-akhbar lain [walaupun teruk, tapi tidak seterus utusan]. TQ, sekadar cadangan rakyat Marhaen”

[2]

sila baca laporan Utusan Meroyan seperti berikut;

Utusan Malaysia bebas buat liputan muktamar

KOTA BHARU 7 Jun – Wartawan Utusan Malaysia tidak akan dihalang untuk membuat liputan Muktamar Tahunan Pas kali ke-56 yang diadakan di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) di sini mulai Rabu ini.

Pengarah Muktamar, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak ada masalah untuk menerima kehadiran mana-mana wakil media bagi menjalankan tugas mereka.

“Kita parti yang matang,” katanya ketika ditanya sama ada wartawan Utusan Malaysia akan dihalang membuat liputan sebagaimana yang berlaku semasa Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.(sila Klik)

[3]

Nampaknya, belum lagi bergabung dengan UMNO, sudah ada sifat-sifat UMNO. Geng anti-UG, dihalang habis-habisan daripada terlibat program-program parti, waima geng anti-UG itu orang PAS sekalipun.

Mana mungkin dikatakan UG ini sudah tutup rapat, sedangkan program jemaah di peringkat Universiti, puak-puak UG sedang memburukkan pimpinan PAS dan aktivis-aktivis PAS yang anti-UG.

Mana mungkin dikatakan UG ini sudah tutup rapat, sedangkan pada 26 Mei 2010 baru-baru ini, ada pertemuan sulit antara seorang pimpinan PAS dengan Mufti Perak, Mufti Harussani di *** ****, Jalan A****, Kuala Lumpur. [gambar pun ada. Sampai masa dan ketika, akan didedah gambar itu]

Mana mungkin dikatakan UG ini sudah tutup rapat, sedangkan ada seorang pimpinan PAS dari negeri Selangor berbalas-balas SMS dengan Noh Omar yang merupakan seorang pimpinan UMNO Selangor. Dalam SMS itu, pimpinan PAS terbabit mengeluh bahawa sebilangan besar ahli PAS di DUNnya menolaknya. Persoalannya, kenapa mengeluh kepada Pimpinan UMNO? [transkrip sms itu pun ada. Sampai masa dan ketika, ia akan didedahkan]

[4]

Pesanan kepada pimpinan PAS yang sedang asyik menipu ahli-ahli PAS bawahan, jangan menganggap ahli-ahli PAS ini bodoh. Perlu diingat, ahli PAS bukan sedikit, sebaliknya terlalu ramai, sehingga menjangkau bilangan jutaan orang.

Justeru, sebarang pertemuan sulit yang dilakukan di hotel-hotel dan di mana-mana sekalipun, pasti akan ada ahli-ahli PAS yang terserampak, dan merakamkan segala perkara yang sempat mereka rakam.

Ahli-ahli PAS yang terserempak itu, bukan ahli-ahli PAS biasa, bahkan kadangkala mereka adalah pimpinan PAS di peringat cawangan-cawangan, malahan diperingkat kawasan.

Pesanan, cukuplah usaha hendak membodohkan ahli-ahli PAS yang dilakukan oleh sebilangan pimpinan PAS [bukan semua, tapi sebilangan].

[5]

Teringat kata seorang pimpinan PKR di Terengganu, "kalau PAS nak gabung dengan UMNO, PKR ada harapan nak jadi Menteri besar di Terengganu"

Ungkapan ini pelik, tetapi memberi seribu satu makna.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg Buloh
9 Jun 2010 * 2;45 Pagi

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah ya tuhanku ampunilah dosa aku dan jauhkan aku drp bersifat dendam dan busuk hati seperti ustaz yg menulis blog ini! Amin Ya Rabbil A'lamin!

Tanpa Nama berkata...

tak heran, aku akan masuk sebagai perwakilan, tapi jaga-jaga kami jenis blogger semangat Tok Guru Nik Aziz.
Pastikan : Tiada lagi kopiah PAS hati UMNO.

Tanpa Nama berkata...

"Mana mungkin dikatakan UG ini sudah tutup rapat, sedangkan pada 26 Mei 2010 baru-baru ini, ada pertemuan sulit antara seorang pimpinan PAS dengan Mufti Perak, Mufti Harussani di *** ****, Jalan A****, Kuala Lumpur. [gambar pun ada. Sampai masa dan ketika, akan didedah gambar itu]"

1.Memang sah!mamat ni talibarut puak kapiaq harbii!!
2.Hati busuk!!kerja dia pecahbelahkan sesama islam jee!!

Tanpa Nama berkata...

orang macam ko la Malaysia tak maju. Idea UG terbaik untu umat islam di Malaysia. UMNO tak kan tipu PAS punya.. UMNO ikhlas. jangan samakan UMNO dulu dengan sekarang!!

puak2 erdogan dalam PAS ni kerja nak pecah belah sesama Islam kat Malaysia jee.. termasuk Hang.

UMNO Kelana Jaya

Tanpa Nama berkata...

sudah la wan ji...
hal yg terjadi pada diri sendiri dan geng sekutu, tapi taip hal ini terjadi kpd semua ahli parti.

Sudah la, kami dah mual dgn isu2 dari kamu...
dulunya mmang ya, point2 kamu begitu tepat. tapi sekarang kamu dah terjerumus dlm lubang yang kamu korek sendiri...
minta2 ini bukan istidraj dari Allah...

Tanpa Nama berkata...

awal sangat ko tulis artikel ni... molek ha dalam harakah keluar berita pasal pas media ni...

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27023:blogger-pas-pakatan-boleh-pohon-pas-pemerhati&catid=1:utama&Itemid=50

(anak mersing)

Tanpa Nama berkata...

lagi... penulis blog ni nama je ustaz. tp hati dia busuk. aku dok perati dia je ustaz yang kuat serang UMNO gabung dengan PAS. Bodoh punyee Ustaz. busuk hati punyee ustaz..

UMNO kelana Jaya

Tanpa Nama berkata...

Ngok. Dah kena sound dulu, baru nak bagi pas. Tak leh pikir ke geng2 penerangan pas ni...

Ada Nama : Liza berkata...

tanpa nama...

boleh tunjukkan kecerdikkan diri tak masa menulis ni? tak yah membodohkan diri sendiri dgn tulisan2 maki2 nih... kita ada akal, guna,... OK!

Tanpa Nama berkata...

aikk...jumpa mufti pun dah jadi kesalahan dan berdosa ke????

nampak gayanya pimpinan PAS lepas ni kena buat pertemuan sulit dgn tok sami baru boleh kot????

Ibnu Rashid berkata...

hahahaha... inilah padah nya bila bloger kua kan artikel... yg mngomen t mcm2 orang... sb tu setiap artikel perlu berhati2... bila nak kuakan. sekadar renungan ustad...

FZY berkata...

salam.

Teruk sangat dendam Bakistani dgn pimpinan. nampak gayanya pimpinan PAS x boleh jumpa sesiapa, x boleh bercakap dgn sesiapa.

Setiap pergerakan kena report sama Maharaja Bakistani. Intai dari jauh, kutip maklumat tepi longkang, lepas tu terus taip di sini.

Siarla gambar pun perjumpaan mana2, itu bukan masalah, masalahnya hati kamu yg dah terlalu busuk.

Dengan Yahudi pun ada ruang yg boleh berurusan dgn mereka, x kan dgn UMNO langsung x boleh. Belajar adab la sikit. Jgn jadi kepala lutu wahai perosak PAS.

Wallahu'alam.

FZY berkata...

salam.

baca link ni. jgn asyik dendam dan serkap jarang je..

http://usahmadawang.blogspot.com/2009/06/isu-kerajaan-perpaduanunity-government.html

http://usahmadawang.blogspot.com/2009/06/isu-kerajaan-perpaduanunity-government_19.html

http://usahmadawang.blogspot.com/2009/06/kerajaan-perpaduan-sudah-mati_24.html

tambahan:

http://www.youtube.com/watch?v=OAOICs_FUQQ

http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=231:banyakkan-menerang-bukan-menyerang-abdul-hadi&catid=1:berita&Itemid=106

http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=224:blogger-jangan-syok-sebar-fitnah-presiden-pas&catid=1:berita&Itemid=106

Cukup x? kalau x maknanya iman Bakistani mungkin rosak.

Wallahu'alam.

hussin berkata...

mufti tu yang ajak ust mad awang gabung ngan umno di perak... persepsi maa

Tanpa Nama berkata...

Hahahaha... aku dah kata kita, sabar sikit jap lagi.. aku akan dedah, apa dan Siapa Budak kepala Lutut ni sebenarnya..

Hahahaha... poket dan mulut dah penuh duit umno.. hati penuh dengan hasad dengki..

TinKosong berkata...

yang penuh hasad dengki tu PAS.Dan termasukla juga takbur,angkuh kerana menang lebih kerusi pd PRU12.bygkan baru tu je yg allah bagi,mereka2 yg PAS ni macam dah lupa diri,dah berkecamuk tak tentu hala,cakap syok sendiri.HARUS DIINGAT KEMENANGAN ITU BUKAN BERMAKNA KAMU DITERIMA DENGAN BAIK,KEMENANGAN ITU ADALAH DISEBABKAN KELEMAHAN PIHAK YG DILAWAN MASA ITU.

perjuangan PAS itu tidak lebih seperti dimulut berkata tegakkan islam dihati jawap untuk kepentingan peribadi dan itulah keperibadian nik aziz sekarang