Khamis, 10 Jun 2010

LUPAKAH KITA KEPADA USTAZ HASAN SYUKRI?

Mungkin kita tidak lupa lagi dengan Ustaz Hassan Shukri. Seorang tokoh yang pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden PAS.

Beliau amat mudah untuk bersua-muka. Jika kita ke Dewan Fadzil Noor, Taman Melewar; tepat dengan masa dan ketikanya, pasti kita akan terlihat seorang lelaki tua yang kadangkala memakai baju pagoda dan berkain pelekat sedang menyapu sampah.

Bagi mereka yang tidak pernah mengenali beliau, pasti akan mengatakan bahawa beliau adalah ”siak” Taman Melewar, tetapi jangan tersilap, bahawa beliau pernah berada di jawatan yang cukup tinggi dalam parti Islam Se-Malaysia [PAS].

Jika mahu mengetahui sejarah PAS secara terperinci, berjumpalah dengan beliau. Beliau boleh nyatakan sejarah itu sekali dengan tarikh dan hari, nama beserta bin dan tempat kejadian tanpa membuka sebarang buku nota atau catatan.

Cukup pakar tentang perlembagaan PAS, malahan pernah menjadi tetamu kerajaan Brunai untuk memberi nasihat dalam usaha menubuhkan perlembagaan Kerajaan Brunei.

Mungkin kita lupa, bahawa jawatan Timbalan Presiden PAS yang disandang beliau ketika itu, dicabar oleh seorang yang sedang menjawat Setiausaha Agong PAS. usah diceritakan, bagaimana cara beliau diusahakan agar berundur, kerana ia amat menyedihkan. Pasal gambar beliau tidak dibubuh pada banner dalam muktamar? Tidak ada siapa pun yang membangkitkannya sehingga hari ini. Al-Maklumlah, siapa yang mengelolakan muktamar PAS ketika itu?

Ternyata beliau jatuh dari jawatan tersebut. Sejak kejatuhan beliau dari jawatan tertinggi parti itu, nama beliau semakin kurang disebut dan semakin hilang dari ingatan sebilangan besar ahli parti, menyebabkan, hanya sebilangan kecil sahaja mengenali beliau kini.

Namun, beliau seorang yang amat ikhlas dan jujur dalam kerja Islam. Walau pernah duduk dijawatan tertinggi parti, beliau tetap berkhidmat dengan Parti. Tidak percaya? Siapakah yang menjaga kebersihan Taman Melewar? Selain nama Abang Mat Zain yang disebut, siapa lagi jika bukan nama Ustaz Hassan Shukri, bekas Timbalan Presiden PAS.

Sekian

baca sama:
tiada gambar nasha di muktamar PAS (malaysiakini)

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg Buloh
11 Jun 2010 * 12:16 pagi

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hahhaha.. Wei Luncai Lutut.. Ustaz Hasan pun tak suruh kau tulis cerita pasal dia mcm ni!

Ko memang gila talak dah ni... Tak pasal nak laga-lagakan orang lain lak..

Hai, aku kesian ngan ko ni LUTUT.. hahaha

Kepala Lutut!

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman kau osstart, Khalid Samad lah yang beriya-iya lobi Almarhum Ust Fadhil Noor supaya Ust Hassan Sukri ditukar dari menjadi PJ Selangor satu ketika dulu semasa. Pernah YB Khalid Samad dengan biadap meningggikan suara (seolah mengherdik) Ust Hasan dalam mesyuarat Perhubungan Selangor. Kalau kau Osstart tak caya pergi check dengan YB Khalid. Inilah contoh terbaik sebenarya siapa yang biadap dengan pimpinan.

Tanpa Nama berkata...

ya saya masih ingat.. orang yg menjatuhkan beliau adalah khalid samad, dzulkifli ahmad, hatta ramli, lo'lo, mariah (sekadar menyebut beberapa nama). Orang yg sama yg engkau sanjungi sekarang ni.. ingatlah.. sejarah selalunya berulang..