Ahad, 2 Januari 2011

MELAYU – ISLAM ATAU ISLAM- MELAYU vs PAS – ISLAM ATAU ISLAM – PAS?

pernah Dato' Mahfuz berkata, "Keadilan islam perlu dibuktikan dalam perlaksanaan"

[1]

“Tak patut Dato’ Mahfuz letak jawatan. Kalau pun dia tak setuju dengan tender tertutup [rundingan, bukan tender terbuka], dia tak sepatutnya letak jawatan. Kerana, ia boleh memburukkan parti dan kerajaan negeri kedah” ujar seorang yang tidak bersetuju dengan keputusan Dato’ Mahfuz Omar, naib presiden PAS meletakkan jawatan dalam salah sebuah GLC negeri kedah baru-baru ini.

Ayat hampir sama sebegini, tidak pelik dituturkan dikalangan pemimpin UMNO juga. Aku tidak fikir, UMNO tidak mempunyai kehendak untuk menjaga parti dan kerajaan mereka. Lantaran tidak membaiki dari awal, segala penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan UMNO/BN, semakin hari semakin parah sehingga ia membusuk sehingga agak sukar untuk membendungnya lagi.

[2]

Mungkin kita perlu klasifikasikan isu ini kepada berikut;

1- Menjaga Islam.
2- Menjaga parti Islam.
3- Menjaga individu pemimpin islam.

Padaku, tiga perkara ini tidak sama. Kesalahan yang dibuat oleh parti islam dan pemimpin islam, ia tidak boleh disalahkan kepada islam. Mana mungkin islam salah, tetapi Parti islam dan individu pemimpin islam memungkin berlaku kesalahan.

Seseorang pemimpin Islam yang salah, yang dinyatakan dia bersalah, maka itu tidak memberi kecacatan kepada Islam. Ekoran itu, kita dapati ada sahabat Nabi SAW bernama Ubbadah bin As-Somit yang sanggup menegur Muawiyyah di khalayak ramai, iaitu ketika menunaikan solat jumaat. [lihat Siyar Al-‘Alam Wa An-Nubala’ : 2/5-7]

Begitujuga, Ibrahim An-Nakhaie [seorang tabiin yang hebat] yang apabila disebutkan sahaja nama Hajjaj bin Yusuf As-Saqafi, pasti dimulutnya akan menyebut dengan terang, “Ketahuilah, Laknat Allah terhadap orang-orang yang zalim”. [Tafsir Ibnu Abi Hatim : 8483]

[3]

Mengkritik pemimpin islam, ia tidak memberi kecacatan kepada Islam. Tetapi kecacatan itu berlaku, sekiranya pemimpin islam tidak mengikut aturan dan perinsip islam.

Peliknya kini, ramai yang menyalahkan kepada pengkritik terhadap sesuatu kesalahan pemimpin Islam, tanpa mereka sedar sebenarnya mereka telah mempertahankan sesuatu kesalahan yang dilakukan pemimpin mereka yang terbukti bersalah. Tindakan ini, diistilahkan sebagai assobiyyah, yang nabi SAW tidak akui sebagai umat. Ini kerana, maksud Assobiyyah yang disebut oleh nabi SAW adalah, mempertahankan kezaliman dan kesalahan yang dilakukan oleh saudara kamu. [lihat hadis riwayat Abu Daud : 4456]

Ekoran itu, perkara yang wajib difikirkan oleh anggota gerakan islam adalah, mereka perlu berfikir untuk memenangkan islam, seperti menjaga prinsip islam, bukannya menjaga parti islam atau individu pemimpin islam. Apabila islam menang, parti islam dan invidu pemimpin islam akan hebat. Tetapi, jika pemimpin Islam atau parti islam menang, belum tentu islam boleh menang.

Ia sama seperti kita mengkritik UMNO dan PERKASA dalam memperkatakan tentang melayu dan islam. Kita berkeyakinan bahawa menangnya Islam, maka melayu akan jadi hebat. Adapun jika menang melayu, belum tentu lagi islam akan menang. Cara berfikir kita ini, bercanggah dengan cara UMNO dan PERKASA berfikir.

Maka begitujuga dalam isu PAS dan Islam. Kita berusaha mempertahankan prinsip Islam. Kalau Islam menang, maka PAS akan jadi hebat, tetapi tidak sebaliknya.

Wallahu ‘Alam

p/s : Mungkin artikle ini tidak disenangi oleh Batuapi@suhaimi embong.

Sekian

Al-Bakistani

- Bandar Baru Sungai Buloh
2 Januari 2010 * 4:17 petang

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak pandai tulis email. Kalau saya hantar kat tranungkite, sure tak siar punye. Ni nak cadang satu artikel kat Ustaz, sebab Batu Api suka baca blog ini.
Tajuknya adalah: PETANDA-PETANDA PAS TEWAS DI TERENGGANU DALAM PILIHANRAYA KE-13
1. Ramai pemilih yang memilih PAS tahun 1999 masih hidup. Walaupun sedikit, 'jasa-jasa' PAS masih diingati mereka. Antaranya adalah menghentikan bantuan RM1000 kepada penghafaz Quran di Terengganu yang mana sebahagiannya terdiri dari orang buta yang mempunyai ramai anak. Banyak lagi contoh lain yang tidak dapat ditulis satu persatu.
2. PAS masih dipimpin oleh pemimpin yang sama yang ditolak rakyat tahun 2004 and 2008.
3. PAS masih menafikan bahawa kemenangannya tahun 1999 adalah kerana dua faktor utama iaitu: Lamanya Wan Mokhtar memerintah dan simpati pemilih terhadap Anwar. Mereka sangka kemenangan mereka tahun tersebut adalah kerana pemimpin dan kecekapan jentera pilihanraya mereka yang kuat.
4. PAS gagal meraikan perbezaan pandangan dalam kepimpinan negeri. Contohnya ADUN Batu Buruk, Dr Syed Azman tidak mempunyai sebarang jawatan peringkat negeri. Kalau tak silap saya ADUN bukit tunggal juga tiada jawatan peringkat negeri.
5. Ahli pertengahan dan bawahan sangat yakin bahawa mereka tewas dalam pilihanraya 2004 dan 2008 disebabkan oleh pengundi hantu dan wang ehsan. Mereka juga sudah bersedia dengan alasan yang sama sekiranya tewas dalam pilihanraya ke 13. Jentera peringkat ini tidak membuat culaan sebab semua yang mereka tidak kenal adalah pengundi hantu. Seolah-olah UMNO Kelantan yang PAS menang beberapa tahun itu sangat baik dan tidak mempunyai peruntukan kewangan.
6. PAS masih gagal menjadi pejuang rakyat. Perjuangan mereka masih berpilih terutama golongan yang mereka yakin sebagai PAS sahaja. Ahli/pemimpin PAS masih belum bergaul dengan UMNO dan masyarakat bawahan. Masih terdapat banyak masjid PAS dan Masjid UMNO/kerajaan di satu mukim. Ativiti PAS lebih bercorak 'untuk sesama kita sahaja' dan lebih kepada syok sendiri.
7. Pemimpin PAS sudah bersedia dengan kenyataan 'biar PAS kalah asal Islam menang' atau 'biar kita tidak ke Putra Jaya asalkan kita tidak menggadaikan Islam' sebagai alasan kalau tewas dalam pilihanraya ke 13.
8. Pemimpin PAS hanya dikenali oleh orang PAS sahaja. Sebahagiannya dikagumi ahli PAS seluruh Malaysia tetapi tidak dikenali oleh pemilih mereka di Terengganu. Ini yang peliknya apabila mereka cuba memilih jalan mudah dalam berdakwah dengan menyokong UG, bukannya kepada golongan marhaen. (Baca tulis Ust Zulkarnain Abidin).
9. Orang-orang yang membuat cadangan, komen, pandangan yang berbeza dengan pemimpin akan dilabel sebagai agen UMNO, anai-anai JIM, musuh Islam dsb., walaupun cadangan tersebut sangat baik untuk Islam. Pada mereka, orang-orang yang tidak bersama dengan PAS dianggap sebagai musuh PAS, walaupun hakikatnya mereka adalah golongan yang tidak mahu bermusuh dengan sesiapa.
10. Masih terdapat sentimen mendaftar pemilih di kawasan-kawasan tertentu seperti di Marang dan tidak menumpukan kepada keseluruhan Terengganu. (Ingat lagi masa student dulu, kalau budak-budak UKM, pasti disuruh daftar pemilih di Marang)

Kalu silap saya mohon maaf. Inilah pemerhatian saya yang mungkin pandangan inipun dianggap sebagai anai-anai. Kalau begitu, lain kali saya akan tulis pula Tanda-tanda Kemenangan PAS di Terengganu yang boleh membuatkan Batu Api sangat gembira.

kalo kritik pemimpin pas rosak = tak wala
lepas tu balik balik angkut ulang gambar nik aziz makan nasi bungkus dan kawasan sekitar rumah dia