Jumaat, 14 Januari 2011

BUKU ALI ABDUR RAZIK [WACANA]

Kenapa ada ulama-ulama tertentu, yang dilebel sebagai aliran liberal yang mengkritik kewujudan Khalifah, sehingga sampai satu tahap menafikan kewujudan khalifah seperti Ali Abdur Raziq?

Jawapan;

Pertama;

Kerana sesuatu pemerintahan khalifah itu sudah kelihatan bersifat teokratik. Sistem yang meletakkan, hak kuasa mutlak itu terletak pada khalifah, sehingga segala kesalahannya tidak boleh dipertikaikan lagi.

Kedua:

Apabila hilang hak kebebasan, ketika itu orang mula mengkritik sehingga sampai satu tahap menafikan sistem itu adalah dari islam. Ini kerana, secara termaktub secara sareh dalam Al-Quran dan Al-Hadis, bahawa di sana wujud hak kebebasan.

Firman Allah;

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ

Maksudnya;
“Tiada paksaan dalam agama.

[Al-Baqarah : 256]

Dalam perkara aqidah pun, tidak boleh dipaksa, inikan pula dalam perkara yang melibatkan kebebasan berfikir dan menyatakan pandangan.

Sabda Nabi SAW;

فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ

Maksudnya;
“Berikan hak kepada orang yang berhak.

[Al-Bukhari : 1382]

Kesalahan pemerintah, tidak boleh dikritik dan dipertikai. Malahan, sebarang krtikan dan pertikaian terhadap kesilapan pemerintah dinilai sebagai dosa dengan pelbagai lebel, seperti khawarij, munafiq, fasiq, pemecah belah dan sebagainya.

Dilema ini sama berlaku dalam dilema zaman kegelapan eropah. Golongan paderi dilihat mempunyai kuasa mutlak dan penuh, sehingga kelihatan mereka seperti tidak boleh dikritik lagi. Ekoran itu, lahirnya golongan pencerahan, seperti Amanual Kant dan banyak lagi.

Dilema ini menimpa Ali Abdur Raziq. Di zaman pemerintahan osmaniyyah, kita dapat lihat betapa hebatnya kemewahan yang diamalkan oleh pemerintah. Dapat dilihat, bagaimana kerusi yang disaluti emas menjadi takhta khalifah ketika itu. Ia dapat dilihat sehingga sekarang di Muzium Topkapi.

Ketiga:

Kalau dilihat dalam islam, ia wujud sistem hisbah. Dalam kitab Al-Hisbah, dinyatakan bahawa ia mempunyai dua unsur; [1] hisbah yang wajib ditubuhkan oleh kerajaan, dan [2] hisbah tatawwu’ [hisbah yang dilaksanakan oleh badan bukan kerajaan, tanpa mendapat kewangan dari kerajaan : mungkin di malaysia dikenali sebagai NGO].

Dengan tertubuhnya hisbah, ia tidak menafikan kebebasan dalam islam. Cuma, kebebasan ini dikawal dengan pensisteman, atau disediakan saluran yang terbaik bagi rakyat menyatakan sesuatu pandangan mereka terhadap kerajaan.

Kalau dilihat pada hisbah dalam kerajaan Al-Ayubi dan Fatimiyyin di mesir, didapati hisbah ini boleh didapati di pasar-pasar, sepertimana kita dapati Amil zakat fitrah di super-super market di Malaysia. Di buka meja, dan wakil hisbah kerajaan akan menunggu untuk mendapatkan laporan atau komplen dari pihak rakyat kepada kerajaan.

Sekian

Wallahu ‘Alam






Tiada ulasan: