Ustaz Zaharuddin ajak debat pada febuari 2010. Mungkin Doremon akan membantu kita dengan menggunakan "mesin cahaya masa" untuk ke tarikh tersebut
[1]
Sedang memandu ke Subang, satu sms masuk dalam inbox. Dia bertanya, apakah debat antara saya bersama Ustaz Zaharuddin, menantu Presiden PAS berlaku, dimana dan bilakah ia bakal berlaku.
Saya membalas SMS itu, dengan menyatakan bahawa Saya sedang menunggu jawapan balas dari menantu presiden itu. Lalu dibalas balik, menyatakan bahawa ustaz Zaharuddin telah menjawabnya dalam TKO.
Memandangkan lamanweb TKO ini, bukanlah lamanweb yang saya berminat hendak membaca (tidak seperti sebelum PRU yang lalu) menyebabkan saya tidak mengetahui langsung artikel jawapan oleh ustaz Zaharuddin.
Apabila membuka lamanweb terbabit, termaktub satu artikel yang bertajuk, "Saya menunggu Ustaz Wan Ji malam 1 febuari 2010" (?)
Sebelum saya menjawab satu persatu segala tulisan ustaz Zaharuddin tersebut, ingin saya nyatakan bebeberapa perkara.
Pertama :
Selepas kritik mengkritik antara saya dengan ustaz Zaharuddin dalam dunia maya ini, saya telah dihubungi oleh tiga orang yang berpengaruh, malahan berjawatan dalam PAS Subang, bahawa tidak menajamkan lagi pertembungan antara saya dengan menantu presiden itu. Saya berterima kasih dengan nasihat yang diberikan itu.
"Ustaz tak perlu layan 'dia' kerana sesetengah ulama PAS bukan boleh dikritik walaupun tak buat kerja," kata seorang pimpinan PAS kawasan.
Kedua :
Saya dihubungi salah seorang sahabat yang merupakan bekas pimpinan di Mesir [PMRAM] dahulu untuk bertemu. Tujuan pertemuan itu, dilihat seperti hendak mengetahui cerita sebenar pertembungan antara saya dengan menantu presiden tersebut. Saya telah menyatakan kesediaan tersebut.
Mengenangkan dua perkara ini, apabila membaca tulisan ustaz Zaharuddin yang merupakan AhlI majlis Syura Ulama PAS, sudah pasti saya berfikir banyak perkara. Namun, memandangkan ustaz zaharuddin sanggup menggunakan lebel "dayus", (seakan) "munafik", "fasik" dll, maka saya akan menjelaskan beberapa perkara yang saya akan nukilkan selepas ini.
[2]
Saya rasa, kita amat marah kepada UMNO/BN dalam sebarang Pilihanraya, kerana dalam Pilihanraya tersebut, UMNO/BN menggunakan segala jentera kerajaan untuk mengalahkan PAS, PKR atau DAP. Ekoran itu, tidak hairan ramai yang menganalogikan tindakan itu seperti, perlawanan bola sepak, yang mana pihak satu lagi memegang tiang gol yang boleh dicabut. Apabila pihak PAS, PKR atau DAP hendak merembat bola masuk ke dalam Gol, maka tiang gol diangkat demi menyelamatkan score gol itu dari memenangi PAS, PKR atau DAP.
Mungkin keadaan UMNO/BN melakukan ini, sama seperti yang dilakukan oleh "pihak" ustaz Zaharuddin. Ingin saya tegaskan, bahawa setelah majlis forum [istilah ustaz Zaharuddin sebagai elemen debat], saya sudah dipecat dari mengajar dari surau yang ustaz Zaharuddin mahu bertemu tersebut.
Kalau saya dipecat di surau tersebut selepas berdebat dengan "Zambree al-kudeta", saya tidak kisah sebab itu amalan Umno. Selepas berforum dengan seorang "ahli syura PAS" pun saya dipecat. Itu yang saya terkilan.
Saya sebenarnya merasa pelik, mengapa sebelum ini, saya tidak pernah mempunyai masalah dengan pihak surau tersebut. Tetapi, tiba-tiba saya menghadapi masalah selepas kejadian Forum pada malam itu. Malahan, tiga atau empat hari sebelum hari forum terbabit, saya telah dihantar SmS oleh kawan Ustaz Zaharuddin yang merupakan orang yang memaklumkan forum pada malam itu tentang cadangan tajuk tentang debat antara saya dengan Ustaz Fathul Bari.
Dari ini, ia menggambarkan bahawa tidak ada sebarang masalah pun berlaku antara kami sebelum ini. Tetapi, setelah kejadian forum antara saya dengan Ustaz Zaharuddin itu, keadaannya agak berlainan, malahan ia semakin negative sehingga saya dipecat.
Peliknya, ustaz Zaharuddin yang mendakwa melakukan siasatan tentang perkara ini, mendakwa bahawa mahu bertemu pada 1 febuari di surau terbabit, walhal ketika ini saya telah dipecat. Apakah seruan Ustaz zaharuddin ajak "bermuzakarah" itu merupakan tindakan untuk mahu menyatakan bahawa saya penakut untuk berhadapan dengan Ustaz Zaharuddin?
[3]
sebelum ini pun, saya "dikerat" di beberapa buah surau, sepertimana yang berlaku di surau Al-Azhar ini dengan alasan yang agak sama. Jika saya menulis perkara ini lebih awal lagi, mungkin "muzakarah" yang dicadangkan oleh Ustaz Zaharuddin ini akan berlaku lebih awal. [harap ustaz dapat menyatakan motif, kenapa ustaz ajak muzakarah, dan seakan-akan menolak debat tentang tajuk yang saya cadangkan].
[4]
Saya membaca seluruh tulisan ustaz Zaharuddin ini, saya menilainya sebagai pelik. Ini kerana, sebarang penjelasan saya dalam blog yang lalu, bukan saya hanya mendengar satu orang sahaja, tetapi mendengar banyak pihak.
Memang tidak dinafikan, saya mendengar dari saudara Azlan. Tetapi, ia tidak bermakna saya tidak mendengar dari orang lain sama. Walau saya mempercayai Azlan, tetapi dengan maklumat-maklumat yang dari pihak lain, menyebabkan keyakinan saya semakin jitu.
Apabila ramai menyatakan berita yang sama, saya menilai ia sebagai benar. Seperti penilaian sesuatu hadis yang didakwa doif, tetapi apabila banyak riwayatnya, maka ia sudah dinilai sebagai "hasan Lighairih", yang boleh dijadikan sebagai hujjah.
Ia juga, adalah method tulisan Sirah yang dikemukakan oleh Dr Said Ramadhan Al-Buti dalam kitab beliau yang masyhur, iaitu Fiqh Sirah. Dalam kitab terbabit, beliau menganalogikan bahawa walau ramai orang yang tidak berbangsa cina memaklumkan kepada kita bahawa wujud negara cina, maka menafikan kewujudan negara cina juga adalah perkara yang boleh disifatkan tidak tepat. Sebagai calon Phd, Sepatutnya Ustaz Zaharuddin tidak sembunyikan hal ini dalam tulisan beliau sebelum ini.
Justeru, apabila ustaz Zaharuddin menafikannya dengan sekadar mengatakan ia sebagai "Bohong" dan "Fitnah", maka ia adalah satu prkara yang ganjil dalam disiplin ilmu hadis [termasuk shariah compliance. Hahahah]. Ini kerana, dalam isu "pertemuan sulit" yang lalu pun, saya sendiri menelefon empat orang pimpinan PAS di peringkat pusat tentang wujudkah pertemuan itu atau tidak, seperti yang didakwa banyak blog sebelum ini, tetapi saya hanya dimaklumkan bahawa ia adalah "Fitnah" dan "bohong" sahaja.
Kepercayaan saya terhadap tuduhan itu sebagai fitnah dan bohong semakin kuat, apabila Dato' Mahfuz Omar dan Saudara Hanifa Maidin juga menafikan hal itu menerusi blog mereka masing-masing. Juga, ustaz nasaruddin Mat Isa, iaitu timbalan presiden PAS ketika itu "mengugut" untuk hendak saman terhadap blog yang melakukan tuduhan terhadap diri beliau yang didakwa hadir dalam pertemuan terbabit, menyebabkan saya amat meyakini dakwaan para blogger menerusi blog mereka adalah fitnah dan bohong.
Namun mengejutkan selepas itu, iaitu tidak lama kemudian, perdana Menteri Malaysia ketika itu, iaitu Pak Lah Badawi menyatakan bahawa sememangnya wujud pertemuan sebanyak tiga kali, disamping menyatakan juga beberapa isi perbincangan antara pimpinan PAS tertentu dengan beliau. Kemudiannya pula, disambut oleh Bapa Mertua Ustaz Zaharuddin sendiri, presiden PAS bahawa sememangnya ia wujud seprti yang diakui oleh Pak lah itu. Juga, diakui pula oleh ustaz nasaruddin mat isa, timbalan Presiden PAS yang sebelum ini menafikan wujud pertemuan terbabit, menyebabkan hati saya merasa cukup sedih. Ditambahi lagi, pimpinan PAS yang saya mendapat maklumat itu sendiri bermati-matian mempertahankan perkara ini kenyataan presiden PAS dan timbalannya, menyebabkan bertambah saya tidak percaya lagi dengan beberapa pimpinan PAS itu.
[4]
Berkenaan cepat atau tidak menjawab. Saya menghormati dan meminta maaf kerana mengganggu situasi ustaz Zaharuddin yang sedang belajar disamping sedang berusaha hendak menyebar luaskan dakwah di Malaysia.
Pada saya, kenyataan Ustaz Zaharuddin seakan-akan menghina ustaz Idris Ahmad yang "kerat" orang itu dan orang ini; yang tidak sehaluan dengan cara beliau dari menyampaikan dakwah di sekitar surau dan masjid di Selangor.
Saya harap juga, agar Ustaz Idris Ahmad tidak memanjanghkan fitnah sebagaimana yang ditujukan pada Zainulfaqar kepada ahli-ahli PAS yang lain dengan menuduh bekas wartawan PAS itu "bersekongkol dengan UMNO".
Cara coretan ustaz Zaharuddin itu yang kononnya memerlukan siasatan menyerlahkan ustaz Zaharuddin seakan terpaksa mengambil masa untuk menjawab. Tetapi, saya menilai ia sebagai cara ustaz Zaharuddin sedang "cover Line", atau mencari jawapan-jawapan yang boleh menembak balik terhadap saya. Ini boleh dilihat dari tulisan ustaz zaharuddin, sehinggakan perkataan "dipercayai oleh ustaz zaharuddin" dalam artikel lama pun di"spin" oleh Ustaz Zaharuddin.
Peliknya, saya melihat Ustaz Zaharuddin mendakwa ia sebagai ta'wil. Walhal, selepas Ustaz Zaharuddin mengupas ia dalam artikel sebelum ini, saya ada bertanya tiga orang kawan berkenaan apa yang mereka faham tentang ayat "dipercayai oleh Zaharuddin". Mereka semua menyatakan bahawa yang mereka faham adalah, tuduhan Azlan sebagai SB itu bukan dari Zaharuddin, tetapi dari MP Padang Terap yang dipercayai sendiri oleh Ustaz Zaharuddin. Pada saya, ustaz Zaharuddin tidak perlu membodohkan orang lain dengan memanipulasi tulisan saya sebelum ini. Ini kerana, projek memperbodoh orang sebegini, hanya dilakukan oleh UMNO sahaja [fokus di Malaysia].
Soal "lambat menjawab" itu yang saya bangkitkan sebelum ini, jika ia benar-benar ada dalam maklumat dalam ustaz Zaharuddin, sudah pasti agak mudah dijawab, sepertimana saya sudah mempunyai maklumat-maklumat itu yang sudah saya simpan sejak sekian lama.
Misalnya seperti, seorang yang sudah mengetahui tentang hukum solat, sudah pasti apabila ditanya, ia akan mudah dijawab. Atau, seperti orang yang sudah hafal surah Al-Fatihah, sudah pasti apabila diminta baca dalam mana-mana ayat [secara hafalan] sekalipun, ia akan mudah dibaca. Ia tidak sama seperti orang yang ingat-ingat lupa, atau sememangnya tidak menghafal surah Al-baqarah, yang apabila diminta dibaca, ia agak susah hendak menjawab terus, kecuali perlu "diseledik" atau "dibelek" dari mashaf terlebih dahulu.
Jika Ustaz Zaharuddin masih berdegil mahu menajamkan hal "lambat itu sebagai cermat", kedegilan itu seakan [ulang : seakan] menghina bapa mertua Ustaz Zaharuddin sendiri [TGHH]. Ini kerana, TGHH melontarkan idea kerajaan perpaduan tanpa terlebih dahulu mengkaji, menyelidiki atau melakukan siasatan, serta berbincang terlebih dahulu dalam mesyuarat PAS Pusat dan pakatan rakyat. Ini terbukti, ramai dari pimpinan PAS di peringkat Pusat yang tidak tahu tentang perkara itu, malahan dimaklumkan juga sebagai tidak tahu oleh parti-parti rakan [Pakatan Rakyat].
[5]
Tentang jemputan forum, saya ingin tegaskan bahawa tidak mengetahuinya, kecuali pada malam itu. Itu pun apabila sofa dikeluarkan sejurus solat sunat ba'diah Maghrib selesai, kemudian kelihatan wajah Ustaz zaharuddin bersama jemaah di belakang.
Saya menghormati ilmu ilmuan lain, dan saya tidak akan perlekeh ilmu yang ada pada Ustaz Zaharuddin, walau saya dipelekeh oleh Zaharuddin dengan mendakwa saya tidak habis MA.
Saya juga sedar, bahawa ilmu yang ada ustaz Zaharuddin itu lebih jauh tinggi berbanding saya. Saya tidak nafikan juga, memang saya tidak habis MA, tetapi saya tidak akan menolak keilmuan yang wujud orang yang berilmu yang lain.
[6]
Berkenaan debat, saya bersedia berdebat dalam perkara punca. Saya dimaklumkan, saya dipecat kerana didakwa "Wan Ji mengkritik pimpinan PAS". pada saya, isu ini adalah isu membarah, terutama melibatkan kepada istilah "Wala'" dan "siqah" yang saya sifatkan sebagai "dicandukan".
Apabila saya dimaklumkan demikian, saya terfikir apakah tidak boleh saya mengkritik pimpinan PAS sehingga saya dipecat dari berkhidmat di surau yang sudah saya berkhidmat lebih 6 tahun itu?
Ekoran itu, saya ingin berdebat tentang isu punca, iaitu isu "mengkritik pimpinan PAS", atau "gabung PAS – UMNO". Nampaknya, Ustaz zaharuddin tidak bersedia tentang itu.
[Ustaz Zaharuddin seakan-akan nafikan wujud usaha gabung UMNO – PAS. Apakah Ustaz Zaharuddin hendak membodohkan segala media-media yang melaporkan perkara ini? apakah ustaz Zaharuddin hendak membodohkan pimpinan PAS yang bercerita kepada kami tentang usaha jahat ini?]
Pada saya, kenapa kita hendak heret isu boleh atau tidak menegur pimpinan PAS atau isu gabung UMNO-PAS ini kepada jemaah surau Al-Azhar? Kenapa kita tidak pergi kepada wacana awam yang lebih sihat, seperti dilakukan di dewan China, iaitu tempat Ustaz zaharuddin mengkritik tulisan Dr Mujahid baru-baru ini, mungkin ia tidak melahirkan kesan kecelaruan.
Juga ingin saya tegaskan, saya menyebut bimbang melahirkan kekeliruan dari kalangan jemaah, bukan saya menafikan keilmuan orang yang berilmu yang hadir di surau untuk mendengar ceramah atau kuliah itu, tetapi ia tidak boleh dinafikan bahawa majority jemaah tidak mengetahui asal punca isu ini, iaitu "apakah tidak boleh mengkritik pimpinan PAS?" sehingga ia menyebabkan saya dipecat.
[7]
Nampaknya, ustaz zaharuddin hendak mengheret jemaah dalam isu punca. Jika Ustaz zaharuddin hayati tulisan awal saya, Ustaz zaharuddin akan faham bahawa perdebatan yang saya kemukakan adalah "apakah pimpinan PAS boleh dikritik atau tidak?" dan "gabung UMNO-PAS".
Pada saya, perdebatan terhadap tajuk yang saya cadangkan ini secara tidak langsung akan memberi menjawab terhadap persoalan pokok – [1] adakah tindakan saya mengkritik pimpinan PAS sebagai salah? [2] apakah tindakan saya dipecat oleh "pihak" Ustaz Zaharuddin itu sebagai betul?
Saya harap, ustaz Zaharuddin tidak memusingkan fakta asal. Apakah ustaz Zaharuddin mahu mengelak berdebat tentang dua tajuk ini? Apakah Ustaz Zaharuddin tidak mahu mencari kebenaran terhadap dua persoalan pokok yang saya cadangkan di atas.
Disebabkan itu, Saya tidak mahu bermuzakarah dalam isu yang tidak menguntungkan islam, seperti isu surau yang memecat saya. Setahu saya, apabila sikap orang tertentu berkeras hendak memecat saya, ramai jemaah yang terkejut. Ekoran itu, tidak hairan ada yang menelefon lalu bertanya khabar tentang hal itu.
[8]
Dalam isu lain, saya tidak akan mengulas, kerana bimbang mendedahkan banyak perkara lagi. Ia sudah pasti, mampu mencalarkan ustaz zaharuddin sebagai seorang yang berjawatan Ahli majlis Syura Ulama, dan menantu presiden PAS.
Setakat yang ustaz Zaharuddin jawab yang lain dengan melebel ia sebagai "bohong" dan "fitnah" pun, saya sudah nampak bagaimana ustaz zaharuddin hendak mengelak dari bincang perkara itu.
Cuma, sebelum akhir kalam saya, ingin saya nyatakan bahawa 1 febuari 2010 sudah berlalu tahun lepas, tetapi 1 febuari 2011 yang bakal menanti. Saya tak tahu la pula, kalau Ustaz Zaharuddin ada "nego" dengan Doremon untuk pinjam mesin cahaya masa untuk kembali kepada 1 febnuari 2010.
Dan satu lagi yang saya ingin nyatakan bahawa, 1 febuari 2011 [agaknya?] yang ustaz Zaharuddin mahu berjumpa di Surau Al-Azhar itu, sebenarnya waktu itu saya sudah tidak lagi berkhidmat disurau terbabit. Saya telah dipecat sejak awal januari lagi. Semuanya selepas dari forum yang saya sifatkan sebagai "perangkap".
Sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
- Seksyen 8, Kota damansara.
12 januari 2010 * 3:50 pagi
22 ulasan:
ulasan sy :
1. ustaz wan ji masih belum mdtgkn bukti sahih ttg 'kata nista' ustaz pd ustaz zaharuddin n kwn2 lain dlm posting awal dulu
2. ustaz wan ji tidak bersedia bdebat
3. maaf ustaz... ustaz mungkin ilmu byk.. tp sy rasa ustaz kurang ilmu cuci hati.. sedih bila ustaz mcm wan ji punya hati yg busuk pd org lain
aku rasa din ayam nak pekena hang lagi tu... baik hang hati2 dgn dia tu..... dia tu nampak je baik tp belakang kutuk orang kaw kaw punyeeeee.... baik hang hati2 dgn dieeee....
mat kepala bataih
Cuma, sebelum akhir kalam saya, ingin saya nyatakan bahawa 1 febuari 2010 sudah berlalu tahun lepas, tetapi 1 febuari 2011 yang bakal menanti. Saya tak tahu la pula, kalau Ustaz Zaharuddin ada "nego" dengan Doremon untuk pinjam mesin cahaya masa untuk kembali kepada 1 febnuari 2010...
malunya... adehh
kau orang ni macam budak-budak ting. 4.
Asyik nak berdebat aje, jgnlah nampak sangat kemaruk cari titik perselisihan. Banyak lagi titik persamaan yang ada diantara kita.
Senang saja petunjuknya: Masa dia memegang sementara YDP PAS Subang. LIhat apakah hasil dari tangan nya? Pemimpin Islam yang jujur dan ikhlas akan dapat dilihat dari tingkahlaku dan perbuatanya, pasti disayangi oleh ramai Jemaah dan penuh rendah diri. Lihat pada beliau... adakah sedikit daripada itu.... mana mungkin satu usaha untuk menghalang beliau memegang terus memegang YDP PAS Kawasan Subang dilaksanakan pada Mesyuarat Agong pemilihan tahun tersebut. beliau terus membawa diri.
1.asyik berdebat je puak burung tiong ni!!
2.patutlah ramai puak islam yang dok murtad!dok berzina!dok minum araq!!sebab puak burung tiong tak dak kerja lain!!asyik cari salah sesama islam je!!asyik dok lawan sapa yang lebih beriman!bertakwa!!
3.hoiii!!hangpa pi motong ka!!pi tebas rumput ka!!lebih afdal lagi la!!asyik dok bertekaq je hangpa ni!!
4.hoiii!!taraf keimanan!taraf ketakwaan!!bukan bergantung pada sijil berjela!!masters!Phd!! ramai lagi la!!puak islam yang tak dak sijil agama pun!!lebih beriman!lebih bertakwa dari hangpa!!
Al haqqu min Rabbik....
Ana tetap percaya bahawa orang yang benarlah yang pasti akan ditolong oleh Allah. Jadi kepada kedua-dua Ustaz Wan Ji dan Ust. Zaharuddin, bersihkanlah niat kalian masing2 dahulu sebelum kalian maju ke perkara2 seterusnya.
Ana melihat ini sebagai satu yg positif, sudah ramai para pemuda yg menjadi kuasa pendesak supaya dilakukan reformasi atas tubuh PAS dengan kembali kepada perjuangan asal iaitu mendaulatkan keadilan dan kesejahteraan. Namun, dalam beberapa hal ana juga agak sedih dan kesal kerana suara-suara pendesak ini bukan dibantu dengan memperjelaskan persoalan yg dibangkitkan, malahan ditekan dengan pelbagai tuduhan.
Namun jgn sampai musuh2 ambil kesempatan daripada keadaan ini.
p/s: ana bukan org politik apatah lagi org PAS, namun ana insyaAllah sangat concern dgn perkembangannya.
amaat,
wanji dulu aku minat tulisan hang tp skg tidak...byk fitnah dan menggunakan agama utk kepentingan hg dan kroni hg,,...sudah lah wan ji ramai dah meluat dgn hg...
pandai ust spin hehe..xmenjawab langsong..lebih kdp nak men'nyinis'...tu la,lain kali hati2 bila menulis,skang dah byk isu2 panas ko terselongkar..ckit2 org tau dah perangai ust..aduh,syg sekali..ilmu dah ada tp....?
wan ji , aku rasa zaharudin tu mangkuk paling ayun jadi hang tak yah buang masa layan dia
Sudahhhlahh... Ustaz,kurangkan percakapan mulut dan hatimu kearah kata dan mengata pada perkara yang tidak baik... kembalilah kepada fitrah kebaikan... UTAMAKAN YANG LEBIH UTAMA, BELAJAR DAN LATIHKAN BERLAPANG DADA, BANYAKKAN MULUTMU MENGINGATI ALLAH....
Dari,
Peminat Ilmu Ustaz Tapi tak minat dgn ADAB Ustaz..
dengar cerita ust din ayam nak merakam balik Azlan.. tapi Azlan terus tutup telefon dan berbalas sms..
pastu Din Ayam hubungi pada malam tu pulak, tetapi tidak dijawab oleh Azlan..
hai din ayam, tak lama dah nak jadi din babi bila ayam yang suci tercampur dengan babi(insiden ayam frozen + babi di kl dulu)
sudah-sudahla rakam orang din ayam.. baik ko bantu pak mentua hang jaga pakatan rakyat ni lagi baik..
atau din ayam nak jadi persis Khairy Jamaludin The Secondhand!
menjahanamkan Pas untuk kepentingan jiwa amarah syatan yang punyai perotnyer yang gedempoi tu..
Anak Haram DIN AYAM!
Pemuda Insaf
Masjid Kota Damansara
tanpa nama, baik hati (suci?) tapi bodoh taknak faham2.... pinjam ayat Umar ra "mahasuci Tuhan yg menciptakan engkau dan 'Amru ibnul 'As"
wanji.
ana rs ust din, xmampu berdebat berdasarkn hujah hatta walau dgn enta. jauh skali kalu ngan fathulbari. enta igt dk kes dia jampi di rmh penang dl. (mesir) apa dia xkata dkt ust shahul. dbt pakai emosi bleh la.
bosan la dgn ustaz2 PAS ni.. bergaduh je..
x perlu bg apapon alasan di blog... jwb jer " saya terima " atau saya x boleh .... atau "boleh tp di tempat lain" ..
masa debat tu bukak apa yg terpendam...
persepsi sy buruk perangai kalau seorang ustaz buat camni...
tumpang baca
ahli majlis syura buat kerja macam ni? takleh nak kata apalah kan. timbalan mursyidul am pun tak wala' dengan keputusan parti dalam isu penggunaan nama "Allah"! dijemput ke mesyuarat tak hadir tapi join kumpulan ngo yang "berfikiran macam saya berfikir"!
selamat bermuktamar pas!
apa lagi ustaz doraemon, org dah ajak tu....
http://tranungkite.net/v11/modules.php?name=AvantGo&op=ReadStory&sid=2200
"SAYA TUNGGU USTAZ WAN JI DI SURAU AL-AZHAR PADA 1 FEBRUARI 2011, SELEPAS MAGHRIB."
kalau jadi aku pon nak turun...
ANA SANGAT SETUJU DENGAN FRASA AYAT "SANGAT MEMINATI ILMU USTAZ WAN JI TAPI BUKAN ADAB/AKHLAK USTAZ!" UST WAN JI FIKIR2 KANN LAH...
Din ayam takut debat... pastu ajak muzakarah...
Din ayam ni nampak baik kat depan orang jeee. korg kena tipu ngan dieee... semua perancangan jahat dia org lain kena buat.... org lain kena dia selamat....
x-rusila '97
aku sokong ustaz wan ji... teruskan ustaz... jgn layan babi-babi yg dok menyondol... jgn peduli anjing-anjing yg dok melalak....
x-rusila '97
Catat Ulasan