Sabtu, 15 Januari 2011

BANTULAH SEBELUM ANDA MEMERLUKAN BANTUAN


RAYUAN Sumbangan Ikhlas Untuk Nur Farha Afifah.

Nur Farha merupakan anak kepada kakitangan Pejabat Dewan Pemuda PAS Kelantan (DPPNK) dan telah selamat menjalani pembedahan jantung di Hospital Gleanegal, Pulau Pinang.

Namun demikian, di sebalik kejayaan pembedahan tersebut, Nur Farha terpaksa menggunakan bateri khas untuk memastikan jantungnya terus berdenyut dan ianya memerlukan belanja yang agak besar. KOs pembedahan sahaja telahpun berjumlah RM45ribu dan ditambah lagi dengan kos bateri yang mencecah RM15ribu.

Justeru itu, pihak DPPNK merayu kepada mana-mana individu atau organisasi yang pemurah lagi dermawan untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluar Nur Farha ini. Sumbangan ikhlas anda boleh diberikan ke akaun Dewan Pemuda PAS Kelantan: 0301 801 0033 272(Bank Islam Cawangan Kubang Kerian).

Sumbangan anda amat dihargai dan didahului ucapan jazakallahukhairan kathira.

Terima kasih.

*Sebarang pertanyaan atau makluman lanjut, boleh menghubungi ditalian 09-7472732, 09-7481131 atau Ust Nazlan Hasbullah (0139270279)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mudahan beliau dan kedua ibubapanya diberikan kekuatan ...Ya Allah sembuhkan anak beliau ya Syafi...ya Syafi... ya Syafi .... la syifaa'a illa syifaa'uka... Amin