Ada satu hadis, bahawa Imam Al-Bukhari riwayatkan dari Aisyah R.ha berkata;
Sesungguhnya seorang perempuan dari bani Makhzum telah mencuri. Orang dari bangsa itu berkata, “sesiapa yang boleh berbicara dengan nabi SAW [agar nabi SAW tidak menjatuhkan hukuman kepada fatimah]”. Lalu, mereka bercakap dengan Usamah bin Zaid agar beliau mamujuk nabi SAW supaya tidak dikenakan hukuman mencuri terhadap Fatimah.
Apabila Usamah bin Zaid menyatakan itu kepada Nabi SAW, baginda SAW berkata;
يَا أُسَامَةُ إِنَّمَا هَلَكَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ حِينَ كَانُوا إِذَا أَصَابَ الشَّرِيفُ فِيهِمْ الْحَدَّ تَرَكُوهُ وَلَمْ يُقِيمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا أَصَابَ الْوَضِيعُ أَقَامُوا عَلَيْهِ لَوْ كَانَتْ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ لَقَطَعْتُهَا
Maksudnya;
“Wahai Usamah, sesungguhnya binasa bani Israel kerana apabila dikenakan hudud kepada orang-orang mulia, mereka lepaskannya, tanpa mereka laksanakan hudud kepadanya. Dan apabila dikenakan hudud orang-orang bawahan, mereka laksanakan hudud tersebut. Demi Allah [dalam riwayat lain], sekiranya Fatimah binti Muhammad [mencuri], aku akan potong tangannya”
[Al-Bukhari : 3453, Muslim : 3197]
Dari hadis ini, nabi SAW menyatakan bahawa terbinasa kaum terdahulu kerana “double standard” yang mereka amalkan. Jika keadaan ini berlaku kepada kita pada hari ini, ia tidak mustahil berulang kembali.
Sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah [b] Sg Buloh
11 januari 2010 * 1:47 petang

1 ulasan:
Menghormati guru adalah wajib. Suatu hari Imam Abu Hanifah bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang diusung di hadapannya. Muridnya menuntut jawapan mengenai tindakannya itu. Beliau menjawab, “Yahudi itu gurunya.” Muridnya mempersoalkan, “Bagaimana?” Jawab imam, “Yahudi itu pernah bertanya kepadaku mengenai cara untuk mengenali anjing yang sudah baligh. Aku tidak tahu jawapannya. Dia memberitahuku, apabila anjing itu mengangkat kakinnya ketika kencing.”
Abu Hanifah mengiktiraf Yahudi itu sebagai gurunya walau sekadar mengajarnya mengenai usia anjing baligh sahaja. Bukankah TGHH adalah guru kepada kita semua? Justeru, beliau wajib dihormati dan bertindak kasar terhadapnya adalah berdosa.
Untuk apa di Aduka ini cuba ‘menyakat’ TGHH? Katanya, untuk menuntut penjelasan. Penjelasan apa? Adakah tidak cukup dengan seribu penjelasan yang tersiar-siar dimana-mana sebelum ini? Saya percaya si Aduka ini berniat tidak baik, serong terhadap TGHH.
Bagi saya, si Aduka ini cuba memalukan TGHH, menjatuhkan maruahnya di hadapan orang lain, memperlekehkan wibawanya, bahkan memperkecilkan TGHH. Niatnya serong. Dia bukan berusaha menjernihkan keadaan dalam perkara yang dia tidak berpuas hati tetapi cuba memerangkap TGHH dengan jerat yang dipasangnya.
Bagi saya, si Aduka ini memang berniat jahat. Bahkan tindakannya, meluru, menyerbu, menyekat di tengah jalan dengan soalan-soalan provokatif (seperti yang pernah saya tonton di dalam video sebelum ini), adalah tindakan tidak beradab dan jahat.
http://sauhdibongkar.blogspot.com/
Catat Ulasan