walau kugan bersalah, Islam tidak menafikan hak keadilannya.
Sejak kecil lagi, aku dididik benci kezaliman. Ekoran itu, aku membenci UMNO/BN. Allah SWT tidak memberikan pertolongan untuk kemenangan kepada pihak yang melakukan kezaliman. Sebaliknya, pertolongan Allah datang kepada orang yang melakukan keadilan.
Ibnu Taimiyyah ada berkata;
الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة
Maksudnya;
“Allah SWT menolong negara yang adil, walau ia kafir. Dan tidak menolong negara zalim, walau ia mukmin”
[Al-Hisbah : 4]
Ibnu Qayyim pula menyatakan;
فَإِذَا ظَهَرَتْ أَمَارَاتُ الْعَدْلِ وَأَسْفَرَ وَجْهُهُ بِأَيْ طَرِيقٍ كَانَ ، فَثَمَّ شَرْعُ اللَّهِ وَدِينُهُ
Maksudnya;
“Apabila nyata keadilan dengan apa jua cara sekalipun, maka disitulah syariah Allah dan agama-Nya”
[At-Turuq Al-Hukmiyyah : 17]
Kezaliman wajib ditentang, waima sesiapa sekalipun yang melakukannya.
Ini dibuktikan, bagaimana Nabi Musa AS dibesarkan dalam rumah Firaun. Kemudiannya, Nabi Musa tinggal di madyan, bersama dengan Nabi Syuaib. Di Mesir, ketika Firuan sudah terlalu jahat sehingga melakukan kezaliman, maka Allah SWT menurunkan satu perintah-Nya kepada Nabi Musa.
Firman Allah;
اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى
Maksudnya;
“Pergilah kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas".
[Taha : 24]
Ibnu Asyur menyatakan dalam kitab maqasid As-Syariah Al-Islamiyyah, bahawa kisah ini membuktikan bahawa apabila berhadapan dengan orang bukan islam, ia tidak seharusnya dilawan, tetapi didakwah. Tetapi, lawan itu berlaku ketika pihak musuh sudah melakukan kezaliman.
Dalam kitab-kitab Islam, definisi zalim ini terlalu banyak. Ada sebilangan mendefinisikannya sebagai “meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya”, dan ada sebilangan yang lain [contohnya Dr Yusuf Al-Qaradhawi] mendefinisikan Zalim ini adalah, “tidak memberikan hak kepada yang berhak”.
Orang yang bersalah juga ada hak yang wajib ditunaikan. Seorang yang sabit kesalahan mencuri, maka hukumannya adalah potong tangan. Tangan yang diptong itu, sekadar pergelangan sahaja, tidak boleh melebihi sehingga sampai ke siku atau ke bahu.
Atas nama keadilan terhadap orang yang bersalah, potong itu dibenarkan sekadar pergelangan tangan sahaja. Melebihi dari kadarnya itu, dikira sebagai kezaliman terhadap orang yang bersalah.
Orang yang bersalah pun mempunyai hak yang wajib diberikan, maka terlebih wajib memberikan hak kepada orang yang tidak bersalah. Sebarang tindakan yang dilakukan melebihi dari batasannya, maka itu dikira sebagai zalim.
Atas alasan inilah, tidak hairan PAS, PKR dan DAP dilihat mempertahankan hak kugan, seorang yang dibunuh oleh polis, walau diakui bahawa dia memang ada melakukan kesalahan undang-undang dalam negara. Alasan kita, walau dia bersalah dari sudut undang-undang yang wajib dikenakan hukuman, tetapi melakukan tindakan kepadanya sehingga mati adalah perkara yang tidak sepatutnya.
Dalam kes Aminulrashid, seorang pelajar yang mati ditembak oleh pihak polis juga dipertikai oleh PAS, PKR dan DAP. Jika benar pelajar itu tidak mempunyai lesen memandu yang wajar dikenakan hukuman, tetapi tindakan pihak polis sehingga membunuh terhadap pelajar itu adalah tidak sepatutnya berlaku. Malahan, ia boleh disifatkan sebagai zalim.
Mungkin kes ini, melibatkan UMNO. Kalau melibatkan PAS, mungkin lain bunyinya…
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah [b] Sg Buloh
10 Januari 2010 * 4:05 petang

5 ulasan:
Batuapi dan angkat kaki lepas buat onar kepada Aduka Taruna. Jelas sikap dan ketakutan mereka mereka ini dan lari lintang pukang takut di pertanggungjawabkan tetapi ada hati nak jadi orang kanan dan penasihat presiden...
erm,bro Wan Ji ! aduka tak bersalah la . . . kiranya aduka dizalimi la ye,kesian aduka... Bagus ada pembela yg teguh macam you,bila orang baca ayat² dan keterangan ulama'dari you orang akan bangkit dan tentng kezaliman yg dilakukan ke atas aduka... aduka mesti dibela walau dia zalim,walau dia bersalah,walau dia pernah hina Isteri nabi,walau pernah hina Imam²,walau pernah kurang ajar bahasa bercakap pasal alam ghaib,kita patut bela dia...sehingga lah hajat dia tercapai,iaitu Langgar Hadi(mcm tu ye?)... siapa dibelakang aduka ye,dalam projek ni??? ooo ,itu tak perlu tahu, yg kena tahu dan bertindak sekarang aduka dizalimi . . . ada orang tanya,betul ke aduka kena lepuk 2 biji??? entah la,yg duk buat kenyataan lagu tu aduka je setakat ni,yg lain hanya ambik khabar dari Edyesdotcom dan juga sumber² yg lain yg post hari pertama berbeza dgn hari ke 3... berbelit fakta... aduh... bro ! ada orang tanya,boleh terima ke penyaksian dari orang yg pernah cerca dan hina isteri nabi??? Wan ji kata,kita kena support dia sbb dia dizalimi,aik... siapa menzalimi siapa ni... dalam artikel aduka,duk burukkan sepanjang artikel dia pasal haji Hadi tanpa kawan tu buat apa²,duk zikir je dalam blog dia tu,bangang la,pukimak la,boroi la... oo tidak,w'pun dia tulis tanpa adab,tapi kita tak boleh zalimi dia...sesekali tak boleh... walaupun dia pernah zalimi kita,Haji Hadi dan PAS...tak boleh,kita tak boleh zalimi dia... walau dia jahat sekali pun,kita tak boleh zalimi dia... aih,dari tadi duk ulang ayat sama... aduka kena zalim ke??? Ye la,kena zalim la,kena pukul,kena kurung dalam bilik,kena maki.... uihhh ,sape yg pukul??? sape yg maki??? sape yg kurung??? kenapa terjadi semua ni??? Wan ji pun pening...
Salam. kes Adukataruna. Manusia sentsa buat silap termasuk gedebe2 PAS.Muhasabah dan teguran perlu diberi sentiasa agar ahli2 PAS sentiasa dilandasan yg betul dan tidak melakukan kezaliman spt yg dituntut Islam.Pengajaran buat Aduka..mulut kena jaga sikit.Jgn 'puk...mak' sgt dgn PAS. Yang menjolok sarang tabuan, pasti kena sengat.
dalam kes aduka. klu hadi jadi PM Malaysia. PAS bakal jadi parti lebih ganas berbanding UMNO.
masa tu tak perlu bimbang sbb ada cukong2 kangkong akan pertahan. depa akan kata 'padan la kena pukul sbb dia nak tanya soalan kat hadi'.
quran kata - 'jangan kamu cenderung kepada orang yg melakukan kezaliman nanti kamu akan disambar api neraka'
UG kata - hadi buat zalim kena sokong
Catat Ulasan