[1]
Secara peribadi, aku mempercayai kepada kebebasan. Kebebasan dalam berfikir dan bersuara, adalah satu lumrah yang tidak boleh dinafikan. Jika wujud orang yang mahu menghalang manusia dari bebas berfikir/bersuara, orang itu boleh disifatkan sebagai “diktator dalam berfikir”.
Padaku, seseorang itu bebas mengeluarkan pendapat. Jika wujud tidak setuju, tidak ada salahnya pihak yang tidak bersetuju itu menjawab dan membalas balik pendapat tersebut dengan hujjah-hujjah yang bernas. Pihak yang mendengar pula, terpulang kepada mereka, hendak menerima hujjah dari pihak mana yang mereka mahu. Ini juga kebebasan berfikir untuk mereka.
Jika dilihat dalam sejarah Islam, kita dapati bahawa Al-Quran itu sendiri mengakui kebebasan berfikir. Antaranya adalah;
Firman Allah;
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ
Maksudnya;
“Tiada paksaan dalam agama, sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan”
[Al-Baqarah : 256]
Dalam perkara aqidah pun, Islam memberikan kebebasan, iaitu tidak boleh dipaksa. Inikan pula dalam perkara yang berkaitan dengan berfikir.
Dr Ahmad Ar-Raisuni pernah berkata;
فالدين والإكراه لا يمكن اجتماعهما، فمتى ثبت الإكراه بطل الدين. فالإكراه لا ينتج دينا، وإن كان قد ينتج نفاقا وكذبا وخداعا، وهي كلها صفات باطلة وممقوتة في الشرع، ولا يترتب عليها إلا الخزي في الدنيا والآخرة
Maksudnya;
“Agama dan paksaan, tidak mungkin bersatu. Apabila wujud paksaan, maka terbatallah agama. Paksaan tidak menatijahkan agama, malahan ia melahirkan nifaq, penipuan dan tipu daya. Semua ini adalah sifat-sifat yang batil dalam syarak. Ia tidak lain kecuali hanya kesengsaraan di dunia dan akhirat” [Sila Klik]
Juga firman Allah;
وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآَمَنَ مَنْ فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا أَفَأَنْتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّى يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ
Maksudnya;
“dan (bukanlah tanggungjawabmu Wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia Yang ada di bumi. (janganlah Engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang Yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka Patutkah Engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang Yang beriman?”
[Yunus : 99]
Dalam ayat ini, amat jelas bahawa dalam perkara keimanan pun, tidak boleh dipaksa. Inikan pula dalam berfikir. Dengan maksud, kebebasan berfikir ini sememangnya wujud dalam islam.
Malahan, jika kita perhatikan kepada hadis-hadis, juga atsar-atsar para sahabat, kita dapati bahawa wujud kebebasan berfikir ini, sehingga kadang-kala, ia melibatkan kepada wahyu. Antaranya adalah, seperti kisah Umar bin Al-Khattab.
Dalam suatu riwayat dikemukakan, Umar menerangkan bahwa pendapatnya bersesuaian dengan firman Allah di dalam tiga perkara, iaitu (1) ketika ia mengemukakan usul. "Wahai Rasulullah, tidakkah sebaiknya tuan jadikan maqam (tempat shalat) Ibrahim ini menjadi tempat shalat." Makan turunlah firman Allah;
وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِلنَّاسِ وَأَمْنًا وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَنْ طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ
Maksudnya;
“dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat Yang aman; dan Jadikanlah oleh kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari Segala perkara Yang dilarang) untuk orang-orang Yang bertawaf, dan orang-orang Yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang Yang rukuk dan sujud".
[Al-Baqarah : 125]
(Sejak itu maqam Ibrahim AS dijadikan tempat berdirinya Imam bagi orang-orang yang shalat di Masjidil Haram dan disunatkan shalat sunah thawaf di tempat tersebut).
Dan (2) ketika ia mengusulkan: "Telah berkunjung kepada istri-istri tuan orang baik dan orang jahat. Bagaimana sekiranya tuan memerintahkan agar supaya dipasang hijab (penghalang)." Maka turunlah ayat hijab, iaitu firman Allah;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتَ النَّبِيِّ إِلَّا أَنْ يُؤْذَنَ لَكُمْ إِلَى طَعَامٍ غَيْرَ نَاظِرِينَ إِنَاهُ وَلَكِنْ إِذَا دُعِيتُمْ فَادْخُلُوا فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَانْتَشِرُوا وَلَا مُسْتَأْنِسِينَ لِحَدِيثٍ إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ يُؤْذِي النَّبِيَّ فَيَسْتَحْيِي مِنْكُمْ وَاللَّهُ لَا يَسْتَحْيِي مِنَ الْحَقِّ وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ وَمَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا أَنْ تَنْكِحُوا أَزْوَاجَهُ مِنْ بَعْدِهِ أَبَدًا إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمًا
Maksudnya;
“ Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu masuk ke Rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan Dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu Yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang Dengan berbual-bual. Sesungguhnya Yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. dan apabila kamu meminta sesuatu Yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. cara Yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin Dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah”
[Al-Ahzab : 53]
Dan (3) ketika Rasulullah SAW diboikot oleh istri-istrinya karena cemburu, maka Umar ra berkata kepada mereka: "Mudah-mudahan Tuhan-Nya akan menceraikan kamu, dan menggantikan kamu dengan istri-istri yang lebih baik daipada kamu." Maka turunlah firman Allah;
عَسَى رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تَائِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سَائِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا
Maksudnya;
“boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri Yang lebih baik daripada kamu, - Yang menurut perintah, Yang ikhlas imannya, Yang taat, Yang bertaubat, Yang tetap beribadat, Yang berpuasa, - (meliputi) Yang janda dan Yang anak dara.
[At-Tahrim : 5]
Ternyata ayat ini, membenarkan peringatan Umar terhadap istri Nabi.
[2]
FIRAUN TOLAK KEBEBASAN BERFIKIR
Budaya “kerat” orang dari bersuara dan memberi pandangan, bukan dari budaya Islam. Malahan, dari sudut demokrasi juga, ia merupakan perkara yang salah.
Budaya mengongkong pemikiran manusia adalah budaya diktator yang zalim. Budaya ini tidak diamalkan kecuali dengan niat ingin membodohkan manusia; memandomkan orang bawahan dari berfikir.
Dalam Al-Quran, Allah SWT ada mendedahkan kepada kita tentang bagaimana Firaun yang zalim itu berjaya membodohkan rakyatnya dengan menyekat kebebasan berfikir dan bersuara. Cuma, firaun tidak ‘kerat’ orang di surau dan masjid, tetapi dia ‘kerat’ kebebasan berfikir dan bersuara rakyatnya dengan melakukan penindasan.
Firman Allah;
فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ
Maksudnya;
“(dengan Yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum Yang fasik - derhaka.
[Az-Zukhruf : 54]
Dalam menafsirkan ayat ini, Imam Ibnu Kathir menyatakan;
استخف عقولهم
Maksudnya;
“Firaun meringankan/menipiskan/membodohkan akal-akal mereka”
[Ibnu Kathir : 7/232]
[3]
Islam tidak mengajar manusia menjadi bodoh. Islam mengajar manusia menjadi cerdik. Dari sirah sendiri pun, kita akan dapati bahawa Nabi SAW datang dengan berhadapan dengan golongan yang mengongkong dari kebebasan berfikir. Namun, dengan istiqamah Nabi SAW dalam merempuh tembok golongan ‘kerat’ dari kebebasan berfikir ini, walau berhadapan dengan seribu satu halangan dan tekanan, menyebabkan nabi Saw berjaya meruntuhkan tembok itu. Dengan kejayaan itu, islam telah berjaya disebarkan kepelusuk dunia.
Budaya ini, sewajarnya disuburkan oleh semua pejuang-pejuang islam. Tindakan mengongkong berfikir, bukan budaya pejuang islam, sebaliknya ia adalah budaya kedikdatoran yang menjadi kewajipan pejuang islam menentangnya, bukan menirunya.
Sekian
Wallahu ‘Alam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan