Selasa, 27 Oktober 2009

KALAULAH TIADA PERTEMUAN SULIT ITU ?

mengapa blogger yang bukan orang PAS (malahan dakwaannya pro-UMNO) dijemput juga dalam pertemuan tertutup antara pimpinan PAS dengan blogger? mengapa perbincangan dalaman PAS dilakukan dengan para blogger tersebut?


KALAULAH TIADA PERTEMUAN SULIT ITU ?

Sejurus keputusan SPR diisyiharkan pada malam 8 mac, ramai rakyat Malaysia terkejut. Ini kerana, PAS berjaya menubuhkan dua kerajaan, Kelantan dan kedah, disamping membina kerajaan campuran bersama PKR dan DAP di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Pengisytiharan kemenangan Pakatan Rakyat di lima buah negeri, mengingatkanku kepada sirah perjanjian Al-Hudaibiyyah; perjanjian yang dimetrai sendiri oleh Nabi. Waima dilihat rugi diperingkat awal, tetapi ternyata kejayaan memerintah Mekah terbukti 10 tahun kemudian.

Dalam pemikiranku, dalam dua pilihanraya umum, Islam pasti akan berjaya memerintah di Malaysia; iaitu PAS diterima, DAP memandang positif pada islam, disamping PKR akan terus bersama memajukan kemenangan islam di malaysia.

Aku berfikiran sedemikian, kerana melihat dari sudut ruang dakwah yang telah terbuka menerusi Pakatan Rakyat. Keadaan ini tidak pernah terkecap, dikala UMNO memerintah dahulu.

Dalam perjalanan pulang dari Jerteh ke Sungai Buloh, tergambar menerusi khayalanku bahawa banyak program-program dakwah akan berjalan di Selangor. Bermula di peringkat masjid dan surau, sehingga ke pusat-pusat perniagaan.

Rupa-rupanya khayalan kemenangan Islam itu hanya sementara sahaja, apabila dikhabarkan pertemuan sulit oleh beberapa pimpinan PAS dengan beberapa orang pimpinan tertinggi UMNO, termasuk Presiden UMNO sendiri.

Diperingkat awal, ’khabar angin’ itu tersebar menerusi tulisan blog Pak Bakaq Haq, penarikbeca. Tetapi, beritanya amat mensangsikan apabila penafian demi pernafian dilakukan oleh pimpinan yang dituduh terbabit, sehingga sanggup hendak lakukan saman terhadap penyebar-penyebar berita angin tersebut.

”habis dah Pak Bakaq kali ni” ujar hati kecilku bila membaca ugutan saman dari salah seorang pimpinan PAS; yang kenyataanya termaktub menerusi lamanweb harakahdaily.

Sedang dakwaan itu bergolak dalam dunia internet; ada yang percaya dan ada yang tidak mempercayainya. Tiba-tiba Pak Lah Badawi mengeluarkan kenyataan bahawa sudah tiga kali wujud pertemuan sulit tersebut. Makanya, kelihatanlah kegelabahan pimpinan terbabit, sehingga Presiden PAS sendiri terpaksa mengakui wujudnya pertemuan sulit tersebut.

Sejak dari itu, ramai penghentam-penghentam Pak bakaq Haq mula kaget, dan mula mengakui kebenaran berita yang dilaporkan oleh beliau menerusi blog penarikbeca.

Sejak dari itu, isu gabung PAS-UMNO semakin hari semakin bergema. Kegemaan itu sehingga membawa dalam perbincangan dalam muktamar PAS di Ipoh. Akhirnya, muktamar memutuskan bahawa PAS tetap komited dengan Pakatan Rakyat.

Ternyata, keputusan muktamar itu sekadar keputusan yang ditaati oleh ahli PAS, tetapi tidak ditaati sama sekali oleh pimpinan tertinggi PAS tertentu. Sejak itu, usaha dakwah yang sewajibnya dilakukan terabai, sebaliknya khianat yang berlaku dari PAS terhadap Pakatan Rakyat semakin hari semakin teserlah berlaku.

Ia semakin parah, apabila isu Kerajaan perpaduan dimainkan. Mainan isu kerajaan Perpaduan, menyebabkan lahirnya dua kelompok dalam PAS yang amat ketara kelihatan, iaitu team Muqabalah dan team erdogan. Lontaran idea itu, semakin menjadi parah apabila wujud unsur ‘cakap pagi lain, cakap petang lain’.

Ramai kawan-kawan dalam pakatan Rakyat yang marah. DAP marah, PKR serba salah. Kemarahan dan keserba-salahan itu berlaku, disebabkan kerajaan perpaduan ditafsirkan sebagai kerajaan tanpa pembangkang, walhal lontaran idea itu disambut oleh UMNO, tanpa wujud perbincangan antara PAS dengan PKR dan DAP.

PKR dan DAP mula merasa sangsi terhadap PAS. Lebih parah, apabila Hasan Ali banyak melakukan tindakan-tindakan yang meragukan pakatan Rakyat dalam kebanyakkan isu.

Dalam kesangsian yang teramat sangat ini, hasan Ali tetap juga dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor setelah berlangsungnya muktamar PAS di stadium Shah Alam, Selangor.

Dengan banyak isu-isu yang meragukan Pakatan Rakyat terhadap PAS, menyebabkan non Muslim yang pada mulanya menunjuk sokongan mereka terhadap PAS, sudah semakin hari semakin kendur; PAS semakin hilang kepercayaan. Orang melayu yang menaruh harapan kepada PAS, sudah berpaling arah untuk rujuk parti lama mereka; memilih UMNO.

Nampaknya, pada peringkat awal, dijangka PAS ada harapan melaksanakan islam di malaysia dalam jangka dua penggal PRU lagi, bersama-sama dengan PKR dan DAP. Tetapi kini, segala jangkaan tersebut sudah terkubur, disebabkan ketamakkan sebilangan pimpinan yang sedang gian dengan candu UMNO- laknatullah alaih.

Sedihnya….

Sekian

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com





- Sri Indah (B), Sg Buloh
27 oktober 2009 * 11 :31 malam

6 ulasan:

Unknown berkata...

Kenapa perlu pertemuan sulit,kenapa tak buat dialog terbuka.Lagi satu kenapa perlu dedahkan semua konflik dalaman PAS kepada bloger2 termasuk bloger umno.
Bukankah tindakan tersebut macam membuka pekung didada,menunjukkan kurap di pungung sendiri.

Tanpa Nama berkata...

FIGHT, FIGHT, FIGHT!!!

jangan bagi chan puak munafik ini menghancurkan Islam.

kepada orang2 Islam terutamanya ahli pas, bukalah mata & bezakanlah mana satu kaca mana satu permata.

Jika masih buta & tersalah pilih, nescaya hancurlah Pas & rosaklah nama Islam.

lepas itu bermaharajalelalah UMNO kembali membuat kemungkaran & kezaliman.

jika itu berlaku, hangpa jawaplah dengan anak cucu kita nanti & yg paling teruk, hangpa jawaplah kat depan Allah nanti kat akhirat.

abuya37 berkata...

salam untuk ustaz,

Biar saya memberi sedikit pandangan tentang sikap pemimpin PAS yang berkenaan,disini kita nampak pemimpim sudah hilang perhitungan bagi menjelaskan keadaan yang telah berlaku,sedang berlaku dan akan berlaku.Teorinya mudah pemimpin PAS yang duatiga kerat cuba memberikan keyakinan dan penjelasan kepada bloggers alkononya mereka tak melakukan apa-apa kesalahan dalam erti kata lainya itulah keputusan bersama dengan pemimpin yang lain tapi mereka silap kajatuhan mereka semua semakin hampir kerana nahkoda dan layarnya telah semakin rosak ditendang arus dan badai yang cukup kuat yang pasti akan menghayutkan bahtera yang yang telah ditebuk sendiri oleh mereka itu.,simbolik dalam maknaanya mereka tak akan sampai ke destinasi yang sebenarnya tapi akan hanyut dengan sumpahan kebencian oleh ahli-ahli PAS sendiri umpana sitanggang yang lupa diri dan disumpah oleh ibu sendiri.SESUNGGUHNYA KEBENARAN AKAN DITERJEMAHKAN SEDIKUT MASA LAGI APA YANG PASTI NASA,HASAN,TAPA,ROSLAN DAN BEBERAPA KERAT PEMIMPIN YANG LAINNYA AKAN BERADA DILUAR KOTAK POLITIK PAS SENDIRI ATAU HALA TUJU POLITIK YANG MEMBERI PEPUASAN DUNIAWI KEPADA MEREKA ITU MAAF CAKAP MASIH ADA MASA UNTUK KALIAN BERUNDUR SEBELUM TERLAMBAT.

WASALAM-IKHLAS ITU UMPAMA SEMUT YANG BERJALAN DIATAS BATU DIWAKTU MALAM YANG GELAP GOLITA

Tanpa Nama berkata...

salam,
petikan surah hujurat ayat 12:Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.

wassalam
wan

Tanpa Nama berkata...

islam 1st?
nak laksanakn undang2 arak yg telah sedia ada utk islam pon kena mintak izin dr dap & pkr?
kalah d BP punca kapir x sokong di sebabkn isu arak?
org yg tegas nak laksanakn hukum arak utk umat islam je difitnah?

tuan guru yg kata" biar pas kalah asalkn islam menang " disindir utk menanam kebencian sebab kemaruk undi kapir

tuan guru-yg sindir melayu islam tp x seideologi dgn kata2 yg memanaskn puak musuhnya takpe plak,mcm undi melayu islam x laku je

hina sangat ke melayu islam yg yg sokong umno tu?

lawak betol ustaz2 yg pro erdogen ni ... adil la sikit dlm penulisan

puak kapir yg hina islam mcm karpal sing x nak pulak dibelasah dialam maya oleh pro PR khasnya pro erdogen , tidakkah ini jugak punca undi PR merosot & nampakkn perpecahan dlm PR

nak telanjang biar kena semua pihak jgn 1 je baru sok bro

tukang kacau je hahaha...

Tur berkata...

Yg puak2 DAP ni terus terang sesama mereka kutuk2 orang PAS ni, ostak tak kisah pulak..

ostak lebih salahkan orang PAS sendiri pulak sebab tak ikut cakap DAP.

ostak betullah erdogan ni.