Rabu, 28 Oktober 2009

SABAR BUKAN LEMBAB

perlukah falsafah sabar ala lembab penyu dijadikan pedoman?


SABAR BUKAN LEMBAB

Sabar adalah kalimah arab. Tok guru Nik Abdul Aziz terjemah sebagai “oook” dalam lorat kelantan bermakna “tahan diri”. Orang yang berpuasa pun disebut sebagai sabar, iaitu oook atau menahan diri dari makan dan minum.

Sabar merupakan satu tuntutan. Malahan, ia merupakan salah satu cara untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT. Pun begitu, Sabar tidak semestinya berpanjangan, kerana ia ada jangka hayatnya juga.

Ekoran itu, apabila seseorang suami berhadapan dengan masalah rumah tangga, Islam memberi galakkan agak suami tersebut bersabar. Bersabar tersebut, bukan bermakna berdiam diri, tetapi hendaklah melakukan beberapa perkara agar sang isteri akan meninggalkan perkara-perkara yang dibenci oleh suami. Seperti, tidak bercakap dengannya sebagai tanda boikot, tidak tidur sekatil, tidak benarkan tidur dalam bilik, pukul yang tidak mencederakan dan sebagaianya.

Memandangkan Islam adalah agama fitrah, islam mengakui bahawa wujudnya batasan dalam bersabar. Sehingga sampai satu tahap, apabila sudah terlalu ’tidak dengar kata’, sang suami sudah dibenarkan untuk menceraikan isterinya itu.

Kebenaran itu, menandakan islam mengakui bahawa sabar mempunyai batasannya. Bukan sabar itu berpanjangan, sehingga melahirkan mudharat yang lebih teruk.

BIJAK GUNA SABAR

Sabar ada beberapa jenis, ada sabar ketika melihat kemungkaran, iaitu berusaha menghapuskan kemungkaran tersebut. Sabar dalam melakukan taat, iaitu melaksanakan segala perintah Allah, dan tinggalkan segala larangan Allah.

Dalam bersabar, bukan bermakna kita tidak melakukan apa-apa pun. Sebaliknya, dalam bersabar, disuruh kita melakukan sesuatu. Contohnya, seperti kita melihat sesuatu kemungkaran, kita hendaklah bersabar dalam menghapuskan kemungkaran tersebut. Bersabar dalam menghapuskan kemungkaran, bukan bermakna, membiarkan sahaja kemungkaran itu terus berlaku, sebaliknya melakukan beberapa tindakan yang bijak, agar kemungkaran itu benar-benar terhapus.

Tindakan terus melempang orang yang minum arak, merupakan tindakan orang yang tidak sabar dalam menegah orang dari melakukan kemungkaran. Ini kerana, tindakan tersebut akan melahirkan mudharat yang lebih besar, iaitu peminum arak akan terus membenci kepada pencegah mungkar, disamping peminum arak akan terus minum arak di masa akan datang.

Sabar dalam mencegah orang minum arak ini adalah, dengan cara tidak terus menarik botol arak, sebaliknya berkawan dengan mereka sehingga menjadi kawan, dan sedikit demi sedikit diberi kefahaman kepadanya tentang bencana dan bahaya arak. (ini salah satu cara sahaja)

Cara begini disebut sabar dalam mencegah kemungkaran. Dan inilah kebijaksanaan dalam menggunakan sabar.

MUDHARAT BESAR

Kalau dibaca surah al-an’am ayat 108, Allah melarang mencela sembah-sembahan selain Allah, kerana bimbang orang bukan Islam akan mencela Allah dalam keadaan prejudis dan tiada ilmu.

Dalam ayat ini, dilihat satu gambaran yang wajib dipelajari. Iaitu, sesuatu tindakan perlu wujud sabar, terutama dalam menyeru manusia agar meninggalkan sembahan selain Allah.

Tidak dinafikan, sembahan selain Allah adalah syirik yang wajib diserang. Tetapi, cara serangan yang hendak dilakukan, perlu difikirkan kesan buruk yang akan menimpa. Mudharat disebalik tindakan, perlu diamati dengan baik, agar kemudharatan terhadap islam itu sendiri tidak terpalit.

Justeru, Allah SWT melarang dari mencela sembahan selain Allah, kerana tindakan sebegitu akan menghasilkan marah terhadap pencela, seterusnya mereka akan mencela Allah dengan prejudis.

Apabila sudah wujud prejudis, sudah pasti sebarang kebaikan sudah tidak kelihatan. Inilah mudharat yang akan menimpa disebalik tindakan yang tidak cerdik.

Begitujuga dalam bersabar. Bersabar adalah perlu, tetapi tidak bermakna bertindak lembab. Sabar yang dituntut adalah, bertindak dalam diam. Bertindak dengan segala kebijaksanaan yang ada, agar segala mudharat yang lebih besar tidak akan berlaku.

Dalam kes selangor, mudharatnya semakin hari semakin nyata dan kelihatan. Kebencian dan meluatnya non muslim kepada PAS ekoran tindakan beberapa pimpinan PAS di Selangor – terutama hasan ali – menyebabkan mudharat terhadap PAS telah banyak menimpa. Mudharat tersebut, bukan sekadar terpalit pada PAS, tetapi terhadap dakwah islamiyyah sendiri. Ini kerana, sudah dilihat PAS sebagai parti Islam, sudah pasti perjuangan PAS adalah perjuangan islam. dan mereka melihat, ini adalah tindakan islam, walhal ia tidak sama.

Justeru, sabar dalam menangani isu ini perlu dengan kesabaran, tetapi bukan bermakna tidak perlu melakukan sesuatu. Ataupun, bukan bermakna perlu bertindak dengan lembab, sehingga semakin hari persepsi rakyat terhadap PAS sudah merebak, lebih-lebih lagi apabila berhampiran dengan PRU akan datang.

Makanya, keputusan untuk diheret PAS Selangor ke disiplin parti, amat dialu-alukan. Ini kerana, sudah lama rakyat selangor bersabar dengan Hasan Ali, tetapi kini kesabaran mereka telah dilunaskan oleh kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, seterusnya melahirkan keputusan PAS Pusat yang bersidang semalam.

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
29 oktober 2009 * 11:47 pagi


3 ulasan:

camarputih berkata...

salam..sudah2 lah tu ust..sy ni dah naik heran bin pelik ngan ust..xpayah la komen dan kutuk hassan ali byk2..biar la lembaga displin yg uruskan..lagi bgs ust bg maklumat pe yg ust de..pastu diorg kena pecat, sy rs baik ust ngan kwn2 ust yg pegg kepimpinan pas selangor, sbb sy dah xnmpk org lain dah yg betol dan pandai dr segi strategi, pendekatan dan sglanya..melainkan ust, khalid samad dan yg lain2 sewaktu dgnnya..sbb kan ust selalu bw kaedah fikh, mengambil dhoror yg paling ringan..so dhoror hassan ali besar, dhoror ust plk kecik, tambah2 ust punyai pengalan yg byk dlm mengkritk dan memecahbelahkan ahli lama dan baru berjinak dlm pas..so lps ni andai ust d tawarkan kepimpianan tertinggi dlm pas selangor, jgn la pulak 'ishhh..ana xlayak la syeikh..' 'ishhhh..ana muda lg..'..jgn ye ust..biar kami plak nak tgk camner ust berdepan dgn ronnie, taresa, elizabth dan yg len..pe pun, tahniah bt ust, coz ngan tinta ust ni, ust telah melahirkan ramai ahli yg taksub dgn ust!!tahniah ust!!

aweali berkata...

salam,
iyer lerr... rasanya sudah2 la tu dgn kata2 negetif terhadap hassan ali.... pada setiap ulasan ust tentu ada yg tak baiknya dgn hassan ali.Kalau nak cari yg negetif...yg tak baik... maka itulah yg kita dpt....
Setuju ngan camarputih psl hassan ali tu biar lembaga disiplin yg uruskan.
Kalau nak cerita psl negetif pentadbiran PAS kelantan pun byk juga yg negetifnya.Takkan hampir 20 thn memerintah tak ada yg tersilap?.... Hampir 20 thn memerintah takkan tak ada yg tak betul?. Ibarat kata mana yg lahir pd masa PAS berjaya merampas kelantan dulu...skrg ni mereka itu semua dah besar pjg dah....dah nak masuk 20 thn dah.
Cuma dah terlanjur mengomen ni nak tanya juga mana dia larangan berniaga masa maghrib kpd peniaga2 pasar malam yg dikuatkuasakan dulu? skrg ada lg? Pasar Borong kat wakaf che yeh tu.... peniaga2 diarahkan atau dinasihatkan berhenti meniaga masa maghrib?
Pada awal pemerintahan dulu....antara perkara yg dibanggakan...pengasingan kaunter bayaran antara lelaki dan wanita, adakah skrg masih berkuatkuasa?
Begitu juga pd awal pemerintahan...begitu byk papan tanda tasbih yg dipsg ditepi2 jln... sekarang? ada lg?
Sebenarnya kalau nak dicari yg negetifnya byk lg.....
Seperkara lg Hassan ali juga acap kali disebut dan dikaitkan dgn kekalahan PAS di Bagan Pinang...tapi bagi saya kekalahan PAS telah bermula sejak dari Manik Urai lg....tapi kesalahan2 dan kelemahan2 PAS kelantan yg berjaya mengekalkan kerusi manik urai dgn majoriti 65 undi tidak disebut2 tidak diulang2. Ust Nasha dilrg berkempen... hanya poster nik aziz yg punyai nilai komersial... isytihat kemenangan PAS seawal 3 ptg lg.... itu semua antara tindakan2 tidak cerdik PAS kelantan yg menyumbang kemenangan 65 undi yg tidak diulang2 sebut.
Kalau nak cerita yg negetif byk lg....ld berhenti dulu sblm melarat......

lutfi berkata...

Salam,
Sedikit petikan dari 'The Biography of Abu Bakar As-Siddeq', by Dr Ali Muhammad As-Sallabee, pg 699, Darussalam berkenaan replacing the appointed leaders..

No governor, commander or leader of an army was guaranteed that he had a job for life; to the contrary, every government employee was constantly being judged and evaluated based on his job performance. If someone was neglectful in his duties, he would be fired on the spot. And even if someone was honest and did his best, but ultimately failed to accomplish his mission, Abu Bakar r.a. would consider firing him if someone else would be able to do better job. This was just and correct, for, according to Abu Bakar r.a. policy, the feeling of the individual were less important than the greater good of the masses. Such was the reality of public service during Abu Bakar caliphate, and such should be the reality in any government. Consider for instance, when Khalid ibn Sa'eed r.a. failed to complete his mission in Tabook. Khalid ibn Sa'eed was honest and upright; he did his best to complete his mission, but ultimately he failed. That did not make him any less of a person as a muslim, but it did raise the question whether someone else would be able to succeed where Khalid r.a. had failed. Abu Bakar r.a. thought this question over and decided to replace Khalid r.a. with Ikrimah r.a. In the end Ikrimah r.a. successfully completed his mission.
Also, when a man was qualified for a job, and even if he was performing it well, Abu Bakar r.a. would not hesitate to appoint someone who was better qualified. Al-Muthannah r.a was doing wonderful job in Iraq, but still, Khalid al-Waleed r.a. was more qualified and would be better able to win future battles.
And in Ash-Sham, Abu Ubaidah r.a. was very well-suited to lead the muslim armies in the region, but again, Abu Bakar r.a. thought it better to replace Abu Ubaidah r.a. with someone who was, if not a better muslim, then a better military commander - Khalid al-Waleed r.a.
Therefore, when it came to appointing and replacing leaders, Abu Bakar r.a. was concerned not as much with the feelings of individuals as with the greater good for the masses... the needs of the few do not outweigh the needs of many.

wamayakzakkaru illa ulul al-bab.