TUA UMUR, MUDA FIKIRAN
Orang Tua tidak semestinya pemikiranya tidak segar. Malahan, wujud juga orang yang muda, tetapi pemikirannya amat mundur ke zaman tua. Ada orang tua, pemikirannya kehadapan menjangkaui zaman. Ada orang muda, di era 2010, pemikirannya berada di era 80 an.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz seorang yang berumur, tetapi pemikirannya terkehadapan. Ekoran itu, dia menekankan kebersamaan dengan pakatan Rakyat perlu diutamakan, disamping tidak melakukan sebarang masalah dalam Pakatan antara PAS, PKR dan DAP.
Beliau amat marah, apabila wujud sebilangan pemimpin-pemimpin muda yang bertindak mengkhianati pakatan. Pengkhianatan tersebut, sama ada berbentuk dengan melakukan tindakan yang menggoyahkan kesepakatan Pakatan, ataupun jadi seperti ‘lembu kenyang’ ketika wujudnya tindakan yang boleh menggoyahkan Pakatan.
Kebersamaan dengan Pakatan Rakyat, merupakan tindakan orang yang berfikiran muda; pemikiran yang tidak berasaskan kepada bangsa dan perkauman. Sebaliknya pemikiran anak muda adalah, pemikiran yang mahukan keadilan sejagat. Adapun berfikiran dibawah kerangka bangsa, hanya dipelopori oleh orang-orang tua; seperti ubat yang sudah tamat tempohnya. Ia kini dipelopori oleh UMNO - laknatullah alaih.
Manusia yang berfikiran muda, tidak sekali-kali akan meletakkan pemikiran bangsa; pemikiran mereka adalah pemikiran Malaysia di era berbilang bangsa, bukan pemikiran di awal kemerdekaan yang majoriti rakyat terdiri dari kalangan bangsa melayu.
PERLU ADA PERUBAHAN
Kalau membaca buku pengurusan organisasi, antara sebab kemunduran sesuatu organisasi, apabila wujud pemikiran tidak mahu berubah. Iaitu pemikiran yang Reda dengan keadaan yang sedia ada dan keuntungan yang ada, waima zaman dan kehendak sudah berbeda.
Pemikiran sebegini, wajib dilempar jauh oleh pendokong-pendokong gerakan islam. Ijtihad moden, perlu dikehadapankan. Fiqh Waqi’ dan Fiqh Taghyiir perlu dilumati, agar perubahan yang hendak dilakukan tidak bersifat ‘matlamat menghalalkan cara’.
Untuk menghasilkan perubahan yang berjaya, memerlukan kepada pemikir-pemikir yang berfikiran dinamik dan kritis. Terlalu kritis, maka itu adalah lebih baik, kerana ia akan melahirkan kemajuan dalam sesuatu organisasi.
Disamping itu juga, berfikir secara pro-aktif, amat penting dalam kemajuan. Pemikiran re-aktif, tidak sewajarnya digunakan, kerana ia akan mengagalkan kemajuan bagi sesuatu organisasi.
Menurut Edward De Bono, “berfikir secara pro-aktif adalah berfikir dengan menggunakan segala keupayaan minda dalam membuat pelbagai ramalan untuk menjangkakan perkara-perkara yang kini belum berlaku. Adapun berfikir re-aktif bermaksud, jika tiada apa-apa yang berlaku, seseorang itu tidak ada sebab mahu berfikir”
Justeru, untuk kemajuan, berfikir secara pro-aktif amat perlu. Tetapi, jika kekal dengan berfikir secara re-aktif, sudah pasti kemajuan tidak akan tercapai, sebaliknya akan sentiasa berada terkebelakang.
Pemikir-pemikir yang berfikir secara pro-aktif perlu dikehadapankan oleh sesuatu gerakan islam. Jika ini berlaku, sudah pasti gerakan islam tersebut akan berada dihadapan, dan seterusnya dapat sokongan dan dokongan rakyat. Sudah pasti, istilah “kerajaan menunggu” tidak menjadi meluat oleh rakyat.
Pun begitu, jika pemikir-pemikir yang wujud hanya berfikir secara re-aktif, adalah tidak relevan bercakap tentang ‘kerajaan menunggu’. Jika diungkapkan juga, pasti rakyat akan meluat, bahkan ia tidak ubah seperti ‘politik mat jenin’ yang mahu jadi raja dengan sekadar memanjat pokok kelapa.
JANGAN BUNUH ‘HANG NADIM’
Jika kita membaca sejarah temasek, atau kini disebut sebagai singapore, pasti akan diketemui satu sejarah yang disebut sebagai ‘Hang Nadim’. Dalam sejarah itu, didapati Hang Nadim adalah seorang anak muda yang telah memberikan pendangan dan idea bernas kepada Sri Mahajara untuk mengatasi serangan todak yang berlaku diperairan Pantai Tanjong Pagar.
Idea yang bernas itu, diterima pakai oleh Sri Maharaja, seterusnya berjaya menghasilkan kejayaan yang gemilang dengan terselamatnya Temasik dari terlanda todak.
Ekoran idea bernas tersebut, Hang Nadim telah diberikan tempat yang mulia disisi Sri maharaja. Banyak penghargaan yang telah diberikan. Tetapi, ternyata tindakan itu menyebabkan sebilangan ahli majlis tertinggi di Raja berdengki.
Justeru, mereka telah bersepakat untuk membunuh Hang Nadim dengan cara mengsangsingkan keberadaan Hang Nadim, kononnya budak yang bijak akan mengugat kerajaan Sri maharaja di masa akan datang. Makanya, dengan arahan Sri maharaja, mereka membuangnya ke dalam laut dan dibiarkan Hang Nadim mati lemas. Akhirnya Hang Nadim telah menemui ajalnya di dalam laut akibat khianat pada umur semuda tujuh tahun
Kisah Hang Nadim ini, banyak pengajaran yang boleh dipelajari. Iaitu, berkaitan dengan tindakan sebilangan manusia yang dengki dengan kebijaksanaan sebilangan manusia, ternyata amat memberikan kerugian kepada sesuatu organisasi.
Keadaan ini wujud, dan sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Jika Hang nadim dulu dibunuh, berdasarkan propaganda bodoh sang pendengki. Tidak hairan, sekarang ini pembunuhan “hang Nadim” berlaku berdasarkan kepada lebel.
Jika ada orang yang bijak, malahan berjaya mengkehadapankan sesuatu organisasi, pasti orang itu akan dicantas. Keadaan ini berlaku, disebabkan bimbang habuan diri terlepas dari tangan sendiri. Jika ini terjadi, tidak mustahil kemunduran sesuatu organisasi pasti akan wujud.
Penyakit ini, boleh terkena pada orang muda berfikiran tua, tetapi susah hendak kena pada orang tua berfikiran muda.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani

- Sri Indah (B), Sg Buloh
27 oktober 2009 * 5:27 petang
3 ulasan:
Ni macam sama kes ana di UTP je ni. Syukran. Minta izin copy paste berserta syarah di blog ana.
aku lahir,
aku lihat manusia ramai sekali..
tapi aku tidak bimbang sedikit pun..
sebab aku lahir bukan untuk bersaing dengan mereka..
aku lahir untuk sayang mereka semua..
aku lahir untuk memberi..
aku suka lihat manusia gembira..
aku susah hati lihat mereka sedih..
aku kesian melihat mereka teraba2.. tanpa hidayah..
tapi apa aku boleh buat..
apa aku boleh bagi..
sebab, aku bukan alim..
nak kata muta'lliman pun tidak..
mustami'an pun jarang..
tapi aku muhibban..
kasih pada "ulama'"..
kau jangan kata tok guru aku nyanyuk..
jangan kata dia merapu kok se..
jangan kata dia ikut suka mu..
hujah mu kena balas dengan hujah..
mu boleh tak setuju dengan dia..
mu boleh kritik dia..
mu boleh bahas idea dia..
tapi jangan mu kata dia nyayuk..
jangan caci peribadi dia..
berapa ramai orang jadi baik asbab dia..
senang saja aku buat penilaian..
sapa kita perlu sayang dalam parti..
kalau orang sebut PAS, orang ingat sapa????
TGNA..
Salam,ustaz Al-Bakistani yang saya muliakan kerana ilmu yang masyaAllah hebat,tulisan yang hebat,saya mohon jasa baik ustaz tarik balik post ustaz tentang Tabligh,sebab ustaz banyak membuat fitnah dalam tulisan ustaz,,untuk keterangan lanjut mengenai usaha dakwah dan tabligh ,sila la datang untuk bermuzakarah dengan ulama2 keluaran deoband di masjid jamek,bandar bharu Sri Petaling....jagn main tulis je,,,ingat tulisan kita mengambarkan akhlak anda...dan satu lagi fitnah bahawa org2 yg buat usaha dakwah & tabligh x main politik,,ini satu lagi fitnah yang sangat besar kepada saudara semuslim/sekalimah dengan kita...Allahuakbar...kesian..,saya merupakan anak kepada Ketua Pas cawangan Pendang,,,,selalu bawa ayah saya hadiri mesyuarat PaS kaw Pendang,dan kebanyakan pemimpin2 Pas yang besar2 like TG nik aziz & TG Hadi Awang pernah singgah rumah saya,saya sayang Pas dan saya sayang PAS,,tak boleh ke kita saling tidak kritik antara satu sama lain demi kepentingan umat Islam..boleh ustaz....
Catat Ulasan