Khamis, 29 Oktober 2009

KEJATUHAN KERANA RAMAI PENGAMPU



KEJATUHAN KERANA RAMAI PENGAMPU

Sejarah telah memperlihatkan kejatuhan kerajaan Abbasiyyah pimpinan Khalifah Al-Muktasim Billah. Kejatuhannya bermula, apabila wujud pengampu khalifah yang bernama Umayidduddin, juga kebodohan khalifah Al-Muktasim Billah dalam mengurus kepincangan politik dalam negara.

Waima panglima Perang Kerajaan Abbasiyyah, Rukunuddin telah beberapa kali menasihatkan kepada Khalifah Al-Muktasim Billah, agar tidak mempercayai Umayiduddin yang merupakan pembantu Khalifah, ternyata Khalifah tidak mempercayainya. Alasan yang sering dikemukakan adalah ”bukti”, walhal sebagai khalifah yang bijak, selayaknya dia sendiri menghantar ”mata gelap” untuk memastikan dakwaan Rukunuddin tersebut.

Sebagai orang yang bijak dalam strategi perang, Rukunuddin sendiri telah melihat banyak qarinah yang memperlihatkan bahawa Umayiduddin ini terlibat dalam konspirasi bersama Hulagu Khan dalam usaha hendak menjatuhkan kota Baghdad yang merupakan ibu Kota pemerintahan Islam Dinasti Abbasiyyah.

Pun begitu, kehadiran Umayidduddin yang sering mengekori dan mengampu Khalifah Al-Muktasim Billah, segala qarinah-qarinah yang disampaikan oleh Rukunuddin tidak dilayan oleh Khalifah.

Dalam keadaan sedemikian berlanjutan, menyebabkan keadaan kota Baghdad sebagai gamat dan kelam kabut. Akhirnya, apabila kegamatan sudah terlalu teruk, baru Khalifah sedar betapa kehadiran Umayiduddin yang sering mengampu Khalifah, bukanlah seorang yang ikhlas, sebaliknya dia antara orang yang bertindak untuk menjatuhkan kerajaan Abbasiyyah, ekoran tawaran yang diberi dengan menjadi Perdana Menteri setelah kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah.

HITLER KALAH KERANA PENGAMPU

Jika kita menyelongkar buku sejarah-sejarah lama, kita akan dapati, bukan sekadar Khalifah Al-Muktasim Billah sahaja jatuh kerana pengampu, tetapi ramai penguasa yang lain, jatuh kerana pengampu.

Hitler yang dikenali sebagai tokoh yang hebat. Beliau berjaya membina kekuatan Jerman sehingga menyebabkan lawan-lawannya jatuh, tidak mampu berhadapan dengan kehebatan ketenteraan yang dipimpin oleh Hitler.

Walaupun Hitler hebat dalam menyusun strategi peperangan dalam menghadapi musuh, tetapi disebabkan beliau dikelilingi oleh pengampu-pengampu, menyebabkan Jerman tersembam ke tangan musuh. Ia berpunca, apabila pihak musuh sedang hebat menyerang jerman, tetapi para pengampu sering memaklumkan kepadanya tentang kebaikan dan kekuatan sahaja, menyebabkan akhirnya tentera pimpinan Hitler jatuh tersembam menyembah bumi.

PEMIMPIN PERLU BIJAK

Jika merujuk kepada kitab-kitab fiqh yang berbicara tentang pemerintah, sudah pasti akan ketemui syarat-syarat kelayakkan sebagai khalifah, atau pemimpin. Antara syarat yang termaktub adalah, seseorang pemimpin tersebut hendaklah orang mempunyai kehebatan berijtihad, disamping amat pandai dalam berfirasat.

Tidak dinafikan, syarat pandai berfirasat bukan syarat utama, tetapi dalam era perlumbaan dalam melawan musuh, kehebatan firasat adalah amat perlu. Tanpanya, sudah pasti sesuatu kerajaan akan menjadi mundur, seterusnya tidak mustahil akan dikuasai oleh musuh dengan cara yang senang.

Kepentingan ini amat perlu, terutama dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpilihanraya. ini kerana, sistem ini akan memperlihatkan betapa sesuatu pemerintahan itu boleh jatuh pada bila-bila masa, bahkan pihak pembangkang, bila-bila masa pun boleh membina kerajaan.

Sebagai pemimpin dalam mana-mana parti; dalam sesuatu kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi berpilihanraya, kebijaksanaan dan mempunyai firasat yang tinggi dalam mengawal suasana politik amat perlu. Ia bertujuan, segala kemenangan akan sentiasa berbelah pihak kita.

Lihatlah Ustaz Fadzil Noor yang mempunyai kehebatan ini. Waima Anwar Ibrahim ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri, seterusnya Timbalan presiden UMNO, Ustaz Fadzil Noor amat bijak bermain isu dan berfirasat dalam meramalkan keadaan politik di masa akan datang, dengan tidak melawan bekas Timbalan perdana Menteri itu, sebaliknya mengadakan kerjasama politik setelah kejatuhan dan pengaiban yang dilakukan oleh Mahathir terhadap beliau. Kebijaksanaan itu amat nyata kelihatan kejayaannya, apabila PAS berjaya merampas terengganu dari tangan UMNO/BN, juga berjaya mengekalkan pemerintahan Islam di kelantan.

Kebijaksaan seperti ini amat penting, terutama dalam mengaut keuntungan politik, disamping mendapat ruangan yang amat luas, dalam menyampaikan mesej islam kepada rakyat dalam sistem berparti, berpilihanraya dalam demokrasi.

Apabila wujud pemimpin yang bijak berfirasat seperti ini, tidak hairan kewujudan para pengampu tidak pernah melahirkan kelemahan pada parti. Ekoran itu, kemajuan demi kemajuan dapat dilihat, seterusnya sokongan rakyat semakin bertambah, dan kefahaman rakyat terhadap islam semakin hari semakin terserlah.

Kehebatan ustaz Fadzil Noor ini, agak susah hendak diketemui di zaman kini. Menyebabkan sehingga kini, kita masih menunggu pemimpin sebijak ustaz Fadzil Noor .. diharap PAS tidak dibenci rakyat selepas ketiadaan Ustaz Fadzil Noor.

Sekian

p/s : Dalam pertemuan Nasa, Hasan Ali dan Roslan SMS dengan blogger-blogger, termasuk Blogger UMNO, Mahaguru58 berkata, ”Sebenarnya tuan rumah @ Dato Dr Hassan Hj Ali telah meminta supaya kami yang hadir dimalam itu MEMEGANG AMANAHNYA supaya TIDAK MENGHEBAHKAN kepada umum akan isi kandungan beberapa PERKARA SULIT yang beliau terpaksa ceritakan kepada kami akan usaha pihak pihak tertentu DIDALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI untuk mengujudkan beberapa daerah dinegeri Selangor Darul Ehsan dimana ada perancangan yang bertentangan dengan ajaran Ad Deenullah” (sila klik)

PAS Selangor desak adakan siasatan kepada pembocor rahsia parti. (sila Klik). tapi, bagaimana pula kalau yang menjadi pembocor rahsia parti itu adalah PJ PAS Selangor sendiri? lebih parah, bocorkan kepada Blogger UMNO? kalau dengan blogger UMNO pun, ada cerita sulit tentang PAS, bagaimana pula pertemuan sulit dengan Khir Toyo?


Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
30 oktober 2009 * 4:11 pagi

12 ulasan:

Hamba berkata...

rasanya kurang sesuai Hitler dijadikan contoh pemimpin. Lebih-lebih lagi utk diperbandingkan dgn pemimpin Islam. Hitler bukanlah pemimpin yg bagus mahu pun baik dan kejatuhan Hitler dari tampuk pemerintahan bukanlah disebabkan pengampu tp sebaliknya hukuman Allah diatas kezaliman serta jenayah pembunuhan beramai2 ( walaupun yg dibunuh aadalah orang yahudi...yahudi berbeza dgn zionis). Harap boleh diperbetulkan fakta demi menjga martabat Islam tg tidak menyokong kezaliman mahupun pembunuhan beramai2.

Tanpa Nama berkata...

mmg ko ni penuh dgn dendam kesumat...bersdialah di akhirat esok...wahai manusia busuk hati...

Tanpa Nama berkata...

kalau ikut style Tan Sri Khalid lakukan siasatan terhadap pegawai beliau dulu, pegawai tu digantung dari tugas sementara menanti siasatan selesai. Itu kod etika professional oleh sebuah kerajaan yg dituduh oleh Hassan Ali sebagai membelakangkan imej Islam.

Dalam kes PJ selangor, apabila dia disiasat, bukan sahaja masih bebas dengan jawatan tersebut malah meminta orang yang buat tuduhan pun disiasat sekali. Sungguh Islamik sekali!

Ibnu Qalil berkata...

PAS jika dibenci rakyat pun selepas ketiadaan Ustaz Fadzil Noor adalah disebabkan oleh tangan-tangan orang seperti ustaz. Wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

Bagi akula,kalau nak buang buang semua sekali kalau mahu pas teguh..TIm,PJ,Khalid,Husam ,

Fadil NOr,ok kerana ada TIm Pres dan lainya ok waktu tu,tapi kali ni Pres tak ok,sebab ada org dalam PAS macam KO la ,

Kalau puak aku,abih segala dalil bubuh mai,kalau puak hang siap..la,poorah la

Mailgolok

Tanpa Nama berkata...

kihkihkihkih dalam sidang dewan dun kelantan husam musa telah mencadangkan kepada dewan satu bentuk kerjasama dengan wakil umno dengan cadangan supaya melantik adun dari umno kelantan sebagai timbalan exco kihkihkihkih dulu husam lah juga dengan lantang menentang sebarang kerjasama dengan umno menetang UG sekarang dia cadang plak kerjasama jugak dengan UMNO kihkihkih dulu tolak UG skang dia cadang GG kihkihkih bagi yang lupa 'UG' Unity Gobermen kihkihkih cadangan husam 'GG' Gila Gobermen kihkihkihkih

mz berkata...

jgn risau bukan semua org tak suka ustaz.. golongan tuh nak kata salah pon tak gak.. tp sebab dia mudah terasa kot.. dan gol2 tuh fikir golongan dia aje yg betul.. bila kita bg nasaihat dia pedulik ape sebab dia dah betul.. semua warak semua.. org lain tak sepenedapat ddgn golongan tuh sesat lah ustaz..hehe.. bagus golongan tuh..
tgk dekat selangor -sebab tak sependapat dgn golongan diorg, diorg akan pecat maa.. dan lantik golongan yg sependapat dgn dia aje dlm kepimpinan pas selangor..bila kes kepala lembu dulu pon, mane ade golongan tuh bersuara pon... sebab bukan berkaitan ngan golongan dia pon.. itulah bagusnya gerakan jemaah golonagn berkenaan dlm pas. yg tak sependapat dicantas... sekali imbas mcm perangai kelompok parti 50 thn memeruntah dah... mengata org ade kroni... tp tengok2 golongan2 dia pon sama aje...hahahaha.. takperler moga Alllah SWT tunjukkan sape yg benar suatu hr nanti..ku tak sabar menunggu...

wan berkata...

Waima panglima Perang Kerajaan Abbasiyyah, Rukunuddin telah beberapa kali menasihatkan kepada Khalifah Al-Muktasim Billah, agar tidak mempercayai Umayiduddin yang merupakan pembantu Khalifah, ternyata Khalifah tidak mempercayainya. Alasan yang sering dikemukakan adalah ”bukti”, walhal sebagai khalifah yang bijak, selayaknya dia sendiri menghantar ”mata gelap” untuk memastikan dakwaan Rukunuddin tersebut.

Ini saya setuju, tapi sebenarnya tak payah tunggu presiden buat mata gelappun. Cukup Pas dah ada ustaz, khalid samad, tulang besi dan penarik beca untuk jadi penyiasat sukarela.

Bawaklah bukti pergi jumpa Tuan guru ibrahim tuan man. Takkan nak jaja dalam blog jer? Tak menjiwai semangat rukunuddin langsung.

Bawah ni ada beberapa klue yang biasa geng-geng ustaz biasa laungkan. Punyalah berlagak mampus, tapi tak der seorangpun yang berani bawak bukti tuduhan dalam mesyuarat:

-Task force 2010 lah.
-Kajian ulama tentang perpaduan dengan UMNO hasil.
-Rumah ust Nasha
-

Istiqomah berkata...

Kenapa Ust. ada masuk youtube Ust Harun Taib. Sebenarnya Ust Harun Taib ada buat UG dengan umno Terengganu. Perjanjian itu berlaku kat kandang kambing dan sekor kambing terlibat sama.
Ust kena siasat segera. Mungkin kambing atau kulitnya masih ada lagi. Boleh bawa pada Ust tuan Man sebagai bahan bukti.

die berkata...

bile us nak buat kenyataan sokong husam ambik umno jadi timbalan exco

s.alam berkata...

iya la bila hujah2 pakistani nak kuar,mesti panjang bejele2 siap ngan aristotal kalmax entah2 aper 2 lagi nak jadi kan boleh.biase la keling mari

Tanpa Nama berkata...

hitler mmg kejam.. tp kiter pdang plak dr aspek care peperangan dia... klu disingkap.. hitler brperang mngikut care islam... dan klu korg kaji kat german brape rmai org islam... smase brperang hitler mmbenarkn tentera2 bragame islam utk solat di dataran berlin... perang hitler trhadap yahudi mmg perlu.. skrang ini kiter lihat sndiri bgmne yahudi buat kat palestin... sape ingin menentang... kiter patut sedar.. skrang... perlu ader kebangkitan umat islam... bukan kiter brbalah...