Rabu, 28 Oktober 2009

PEMBOHONG PERLU DIBUANG DEMI PERDAMAIAN

PEMBOHONG PERLU DIBUANG DEMI PERDAMAIAN

Pada peringkat awal, aku amat tidak percaya dengan dakwaan wujudnya usaha pergabungan PAS – UMNO selepas berlaku tsunami politik 8 mac 2008 yang lalu. Pendedahan Pak Bakaq Haq menerusi blog penarikbeca, padaku merupakan fitnah yang wajar dibuang jauh.

Pun begitu, setelah terbukti berlakunya pertemuan sulit yang dilakukan oleh pimpinan PAS tertentu, malahan diakui sendiri oleh presiden betapa wujudnya pertemuan sulit tersebut, menyebabkan aku terkejut. Ketika itu, bukan aku sahaja yang terkejut, malahan sebilangan pimpinan tertinggi PAS yang lain pun terkejut, seperti Mahfoz Omar dan Hanifa Maidin, yang mereka nukilkan sikap mereka menerusi blog masing-masing.

Aku mula hilang kepercayaan terhadap pimpinan PAS terbabit, malahan lebih hilang kepercayaan, apabila dakwaan bahawa kononnya tidak wujud usaha pergabungan itu, dinafikan oleh Bekas Naib Presiden PAS, ustaz Ahmad Awang dalam muktamar PAS yang baru lepas, dengan kenyataan beliau secara terbuka bahawa sebenarnya usaha hendak membina kerajaan yang menggabungkan antara PAS-UMNO sememangnya wujud. Ini dirujuk, bahawa wujudnya pimpinan tertinggi dalam parti yang menelefon beliau untuk diadakan gabungan parti PAS-UMNO untuk tubuh kerajaan.

BERDAMAI?

Berdamai sudah berlaku, iaitu setelah Presiden PAS mengatakan dikala sebelum keputusan pemilihan PAS dalam muktamar baru-baru ini, bahawa Kerajaan perpaduan tidak akan dibincangkan lagi, disebabkan rakyat tidak memahaminya. Begitujuga, kenyataan Mustafa Ali yang menyebut, Kerajaan perpaduan tidak akan berbangkit sehingga berlakunya pilihanraya ke-13.

Pun begitu, setelah keputusan pemilihan muktamar diumumkan, ketika itu juga Presiden PAS bercakap tentang kerajaan perpaduan. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Bukankah Kerajaan perpaduan tidak akan dibicarakan melainkan setelah rakyat memahaminya, atau setelah berlakunya Pilihanraya umum ke – 13.

Di masa itu, ramai yang kaget dengan apa yang terjadi, seterusnya pertembungan dan percanggahan sentiasa berlaku. Lebih parah lagi, apabila keputusan muktamar PAS memutuskan bahawa PAS akan kekal untuk memperkukuhkan Kerajaan pakatan Rakyat, tiba-tiba Hasan Ali sebagai pesuruhjaya PAS Selangor, sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan dan tindakan-tindakan yang dilihat mahu melemahkan kerajaan pakatan Rakyat, lalu disokong juak-juak manisan beliau.

Lebih menyedihkan, segala tindakan Hasan Ali ini tidak dilihat serius oleh Presiden dan Timbalan Presiden. Lantaran, lahir persepsi buruk dari kalangan pengundi-pengundi terhadap PAS.

TUTUP MULUT?

Pelik dengan pemikiran sebilangan ahli, malahan sebilangan pimpinan PAS yang marah kepada ahli yang bersuara dalam hal ini. Mereka menyuruh ahli menutup mulut, walhal tindakan bodoh ini dilakukan sendiri oleh pimpinan atasan.

Teruknya semakin bertambah, apabila wujud dari kalangan pimpinan atasan yang sanggup menipu ahli bawahan. Apakah pimpinan atasan ini tidak membaca sabda Nabi SAW yang berbunyi;

مَا مِنْ وَالٍ يَلِي رَعِيَّةً مِنْ الْمُسْلِمِينَ فَيَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لَهُمْ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ


Maksudnya;
“Tidak lah seseorang ketua yang melaksanakan urusan rakyat dari kalangan muslimin, lalu mati walhal dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan baginya syurga” (al-Bukhari : 6618)

Jika mahu menyuruh ahli PAS tutup mulut, pastikan pimpinan sendiri tidak melakukan tindakan bodoh tersebut; iaitu usah lagi mengadakan tindakan-tindakan yang meragukan ahli bawahan.

Lebih memelikkan lagi, apabila ada sebilangan ahli yang bersuara, pasti berbagai-bagai istilah arab digunakan, seperti tersebarnya istilah wala, istilah maslahah jemaah dan sebagainya.

Apakah mereka tidak sedar, betapa pimpinan PAS juga wajib memberi wala’ dengan keputusan muktamar yang mengatakan perlunya kuatkan Pakatan Rakyat, juga wajib menjaga maslahah parti dari dicerca dan dihilangkan undi dalam PRU akan datang.

Yang lebih penting, apakah mereka tidak sedar, bahawa tindakan mereka itu sebenarnya telah melahirkan mudharat pada dakwah islamiyyah sendiri, iaitu apabila rakyat yang tidak beragama Islam, akan merasa meluat dan benci terhadap Islam ekoran tindakan pimpinan PAS yang dipercayai mereka sebagai berjuang islam.

MELAKUKAN FITNAH?

Pelik bin ajaib, ahli yang bertidak bersuara, menentang tindakan bodoh dari pimpinan dianggap sebagai menabur fitnah, waima tindakan pimpinan tersebut telah terbukti; menerusi kenyataan media mereka, juga menerusi gambar yang terpampang.

Mungkin pertemuan itu mempunyai motif yang baik, tetapi peliknya, kenapa ia dilakukan secara sulit? Kenapa dinafikan wujud pertemuan sulit itu diperingkat awal, kemudian terbukti sebaliknya selepas dari itu?

Apakah salah berkata benar sahaja? Apakah salah, pertemuan itu dilakukan secara terbuka? Ini kerana, jika ia dilakukan secara terbuka, serta tidak wujud unsur pembohongan, sudah pasti segala kekacauan yang menimpa tidak akan berlaku sama sekali.

SIAPA MUNAFIQ?

Ahli yang bersuara pasti akan dianggap munafiq, tetapi pimpinan yang menipu tidak dianggap sedemikian. Mengapa?

Bukankah Nabi SAW sendiri menyebut hadis, bahawa orang munafiq itu adalah orang yang menipu apabila bercakap?

Sabda Nabi SAW;

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Maksudnya;
”Tanda orang munafiq ada tiga; apabila bercakap, dia menipu. Apabila berjanji, dia membelakangkan janji. Apabila diberikan amanah, dia khianati” (al-Bukhari : 32)

Pimpinan yang melakukan tindakan cenderung kepada UMNO ini, ternyata banyak melakukan tindakan yang menampakkan kemunafikan. Ini kerana, rata-rata mereka bercakap bohong, mengkhianati amanah rakyat yang telah diberikan kepada mereka, juga menyalahi janji agar tidak melakukan masalah dalam kerajaan pakatan Rakyat.

Waima perkara ini amat jelas berlaku, malahan terbukti dengan kukuh, masih ada lagi yang sengaja membutakan mata. Lebih parah, ahli bawahan yang bersuara akan dilebelkan sebagai munafiq.

Pelik sifir mereka itu..

PERTEMBUNGAN TIDAK SEWAJARNYA BERLAKU

Sepatutnya, pertembungan ini sebenarnya tidak sewajarnya berlaku. Tetapi, ia berlaku juga disebabkan wujudnya pertemuan sulit, disamping wujudnya penipuan dan pembohongan.

Ahli yang bersuara, itu menjadi hak mereka. Bukankah Nabi SAW ada bersabda;

فَإِنَّ لِصَاحِبِ الْحَقِّ مَقَالًا

Maksudnya;
”Sesungguhnya orang yang ada hak, hendaklah diberikan ruang dia bersuara” (al-Bukhari : 2141)

Ahli pasti tidak akan bersuara, jika tidak wujudnya pertemuan sulit dan pembohongan tersebut. Justeru, jika mahu ahli berhenti bersuara, usah lagi melakukan tindakan-tindakan yang meragukan; lebih-lebih lagi tindakan yang meragukan itu disokong oleh gambar dan kenyataan-kenyataan pimpinan terbabit sendiri.

Yang peliknya lagi, golongan yang tidak berpuas hati dengan ahli yang bersuara, selalunya tidak akan menjawab hujjah-hujjah yang dikemukakan, sebaliknya bertindak memaki hamun ahli tersebut, disamping lebel yang diberi. Apa motif mereka melakukan demikian?

Keadaan ini tidak ada beda dengan lebel ’zalim’ yang diberikan oleh kaum Namrud kepada Ibrahim, dikala Namrud bertanya mereka tentang siapakah yang meruntuhkan berhala sembahan mereka.

Seperti kisah yang dinukilkan oleh Allah menerusi Firman-Nya;

قَالُوا مَنْ فَعَلَ هَذَا بِآَلِهَتِنَا إِنَّهُ لَمِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya;
“mereka berkata, Barangsiapa yang melakukan ini (runtuhkan) terhadap tuhan kami, maka sesungguhnya ia dari kalangan orang yang zalim”

(Surah Al-Anbiya’ : 58)

Sekian

p/s : diharap pimpinan tertentu tidak melakukan lagi tindakan yang meragukan, demi perdamaian sesame ahli PAS, juga kawan-kawan dari pakatan Rakyat.

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
28 oktober 2009* 6:38 petang

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku rasa baik ko keluar sja PAS..

pastu ko wat parti baru..

pastu ko jd mursidul am!

cakap banyak tak guna!

ni ke standard "ahli" pas!..xreti lgsung nk hormat orang!

aku nak cakap kat ko, babi pun boleh belaja kat pakistan tau!

ikhlas dari aku yg bukan ahli pas tp jijik dgn benda2 yg ditulis di blog ini!

ALI MAIDIN berkata...

Sejak dulu lagi, dalam pas, pemimpin sentiasa benar dan ahli sentiasa salah. Banyak kesnya. Tanya pak Bakak kita tu...

Tanpa Nama berkata...

fedup dah aku dgn PAS ni.

senang cerita, cakap jelah samada PAS nak bersama UMNO or PR or nak keluar jadi independent.

kan senang kami rakyat pengundi yg hina dina ni buat keputusan tentang apa kami nak buat/hukum pas kat PR13 nanti

Unknown berkata...

Salam Sdr.

Bagus, bongkar yang mana terlindung. Hentam yang mana patut.

Tahniah sdr. saya sokong apa yang saudara tulis. Saya pun macam saudara, kecewa!

Tanpa Nama berkata...

maaf ustaz, awas sumber maklumat ustaz dr org munafik. saya hormati ustaz dan selalu hadir dlm kuliah ustaz. tapi fikrah politik ustaz terlalu cetek, fikrah yg melulu bahaya untuk ummah. matang kan diri jgn dok tulis tanpa siasat. bukan susah nak jumpa ustaz nasa dan hasan ali buat apa tikam mereka dr belakng

camarputih berkata...

slm..saya pun tak pasti selama mn ust dok tulis ni,ust ada trus berjumpa ngan pimpinan yg ust dok hentam tu..snng crt cmni la, slmn mn sy dok ikuti tulisan ust saya xnmpk pimpinan utama yg btul melainkan ust..so, Presiden pon slh..Timb pon slh..SU Agung pon slh..Pesuruhjy Sngr Pon slh..Ketua Pemuda Pon slh..ramai lg la yg slh dr kc mt ust..so sy mmg xnmpk org len la yg plg layak utk jd org tertinggi dlm Pas melainkan ust n Da Geng je la..sy optimis pas ni, PAS mesti POWER!!

abgBro berkata...

woit syeh...kan ust nasha dah bg tau prtemuan dgn paklah tu telah dimaklom kpd presiden...tak kan maklum kt hang dulu pulak...lu sapa?

lagi satu syeh, idea UG ni gabungan byk parti bkn umno pas ajer...yg hangpa duk belit2 habaq gabungan hanya pas umeno tu aper hal? tu yg sruh tutup mulut tu...kalu komen pun byk putaq alam! maklumlah duk shah alam...hahaha

hangpa sedaq ka nk bwk pas join umno memerlukan kputusan mesyuarat...bkn boleh 2 3 org sje yg buat kputusan...dan hangpa tlg bg bukti dgn jelas lg terang jika ade usaha ke arah itu...kalu setakat jumpak dgn umno tu dah kira nk join umno rentikanlah fitnah ni ya tuan syeh! amboi, tak kan xleh jumpa lnsung utk brbincang...

aku xpenah tgok hangpa duk ungkit pasai azmin ali komen secara trbuka mahu mnukar exco2 yg xjln tugas dgn baik satu ketika dulu...ni duk asik2 ungkit pasai hassan ali....hmmmmmm

Tanpa Nama berkata...

Antara sebab masalah bakal tak selesai sebab ko tak nak terima keputusan mesyuarat semalam. Itulah orang kata, kalau buat EGM pun,bogger2 macam ko tak kan boleh terima sebab keputusan bukan ditangan ahli mesyuarat tapi ditangan ko! Tak payah ngaku ahli PAS,ko buat parti sendiri pastu ko buat keputusan sendiri! Memangla pimpinan suruh tutup mulut sebab bukan ko yang layak untuk bercakap dalam hal ini. Pandangan ko dalam hal ini tak diperlukan. Banyak lagi ruang atau tempat yang ko bulih bagi pandangan untuk PAS, tapi hal ko bukan ahli mesyuaratnya.Cakap kena datangkan hujah, ko tulis tajuk hari ni pembohong perlu dibuang, tolong senaraikan dulu hujah untuk menuduh orang pembohong. Dan dapatkan jawapan balas dia.Kalau tak nak buat gitu, ko bulih masuk bertanding AJK PAS Pusat tahun depan.Aku yakin mesti ko menang

Ibnu Qalil berkata...

Salam,

Pening ana dgn ustaz ni. TGHH tak bangkitkan dh ttg Kerajaan Perpaduan la. Selepas pemilihan, TGHH sebut ttg UG sebab ade wartawan tanya. Xkan wartawan tanya ttg UG, pastu TGHH wak bodoh jer sambil korek2 lubang idung? Logik la sikit ustaz. Adeh, susah nk pahamkan orang bergelar ustaz tapi tertutup hatinya. Maaf kasar.

Tanpa Nama berkata...

Memang ust dah tertutup hati, belajar agama tapi tak pandai nak hayati agama, hanya kira persepsimanusia (pengundi) tapi tak kira persepsi Allah.

sekian terima kasih

anti wan ji berkata...

Memang patut, pencacai ni tak dijemput dlm pertemuan blogger tu. Kalau jemputpun bukan nak ambil yang baik tapi laporan perkara yg tak betul je... serupa dgn TV3 1/4... memang dasar pencacai... apalah sangat upah yg dapat dari anual bakri tu berbanding balasan Allah terhadap pencacai yg ambil berita dari munafiq... dahlah tuduh macam2, sebar pulak tu...