Selasa, 27 Oktober 2009

PERCAYA BLOGGER UMNO?


PERCAYA BLOGGER UMNO?

Meletup di alam maya, apabila wujud pertemuan sulit antara beberapa orang blogger-termasuk blogger UMNO- dan pimpinan PAS; Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali dan Roslan SMS.

Dari rangkap ini, ada beberapa persoalan yang perlu dijawab, iaitu; (1) kenapa diadakan secara sulit?, (2) kenapa menjemput Blogger UMNO?, (3) kenapa diadakan berhampiran dengan mesyuarat Khas?, (4) kenapa melibatkan 3 orang pimpinan PAS ini, yang sudah diketahui umum adalah pimpinan PAS yang bermasalah dari sudut hubungan mereka dengan pakatan Rakyat, ekoran kecenderongan mereka kepada UMNO.

Usah dinafikan, kononnya tidak wujud pertemuan, atau dikatakan ia sebagai perkara yang ‘perasangka’ dengan merujuk kepada surah al-hujurat ayat 12. Ini kerana, ayat tersebut bersifat umum; iaitu ia menyebut tentang larangan berperasangka dikala tidak wujud sebarang qarinah-qarinah yang mengkuatkan disebalik perasangka yang tertimbul.

Justeru, ayat tersebut perlu ada pengkhususannya; iaitu apabila wujud qarinah-qarinah yang dapat mendokong sesuatu perasangka, ketika itu, perasangka tersebut tidak haram, sepertimana larangan dalam kandungan ayat ke-12 dari surah Al-Hujurat.

Kalau orang yang belajar ilmu usul fiqh dan ilmu tafsir, pasti akan memahami konsep ‘umum’ dan ‘khusus’ dalam sesuatu nas, sama ada al-Quran, ataupun Hadis Nabi SAW, terutama menerusi ayat ini. Mereka yang sekadar membaca al-Quran dan Hadis tanpa roh dan kaedahnya sahaja akan merujuk kepada ayat ini tanpa melihat umum dan khususnya.

Berbalik kepada isu yang hendak dibincangkan, bukankah telah terbukti pengakuan Presiden PAS bahawa wujudnya pertemuan sulit antara pimpinan PAS dengan pimpinan tertinggi UMNO. Pengakuan itu dibuat sejurus Pak Lah mengakui wujudnya pertemuan sulit sebanyak tiga kali.

Begitujuga, dengan isu pertemuan sulit dengan blogger. Usah dinafikan lagi, kerana sudah terbukti wujudnya gambar, malahan pengakuan sendiri dari sebilangan blogger yang hadir dalam pertemuan tersebut.

Yang ingin kita dengar sekarang, pimpinan terbabit wajib mengeluarkan kenyataan tentang pertemuan tersebut, disamping perlu menjawab persoalan-persoalan yang penting, bagi menghilangkan keraguan ahli bawahan terhadap mereka.

Jika blogger yang dijemput itu sekadar blogger yang terdiri dari kalangan orang PAS, atau orang PKR dan DAP, ia tidak melahirkan problem yang terlalu besar, waima ada kesangsian sedikit. Mungkin tindakan tersebut, benar-benar mempunyai keikhlasan, untuk menyelesaikan kekalutan dan seterusnya dapat menghapuskan segala persepsi buruk yang terpalit terhadap mereka.

Persoalannya, persepsi apa yang hendak diperjelaskan kepada blogger UMNO itu?

Mungkin ada dari kalangan kita berkata, mengapa tidak boleh dijemput blogger UMNO, walhal mereka juga orang melayu beragama Islam? mengapa terlalu benci sangat dengan orang-orang UMNO?

Jawapannya adalah, sudah disepakati bahawa PAS akan bersama dengan Pakatan Rakyat, terdiri dari kalangan PAS, PKR dan DAP. Perlu diingat, UMNO tidak termasuk dalam pakatan Rakyat. Sebaliknya, UMNO adalah musuh kepada politik PAS.

Justeru, dalam hubungan ini, PAS sedang berkawan dengan PKR dan DAP, sedangkan UMNO merupakan musuh PAS.

Apabila keadaan ini berlaku, segala tindakan yang boleh meragukan PKR dan DAP sebagai kawan adalah terlarang sama sekali, bahkan ia diharamkan sendiri oleh Islam menerusi Hadis, Nabi SAW bersabda;

إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اثْنَانِ دُونَ صَاحِبِهِمَا فَإِنَّ ذَلِكَ يُحْزِنُهُ

Maksudnya;
“jika kamu bertiga, maka jangan dua darinya berbisik-bisik tanpa seorang lagi. ini kerana, ia akan melahirkan kesedihan pada dirinya” (sahih Muslim : 4054)

Hadis ini amat jelas, Nabi SAW melarang dari kalangan tiga orang yang bersama, tiba-tiba dua orang dari tiga itu berbisik-bisik, maka tindakan tersebut amat terlarang dalam Islam. maqasid disebalik larangan itu adalah kerana, bimbang hati orang yang ketiga itu boleh terganggu, sama ada akan melahirkan kemarahan, kebencian, keraguan ataupun kesedihan seperti yang termaktub menerusi hadis riwayat muslim ini.

Pimpinan PAS perlu memahami maqasid disebalik hadis ini, agar tindakan yang meragukan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat dapat dihindarkan. Sebaliknya, seperti yang dilakukan oleh 3 orang pimpinan PAS; Nasaruddin mat Isa, Hasan Ali dan Roslan SMS adalah amat bercanggah dengan konsep yang telah di ajar dalam islam.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
28 oktober 2009 * 12:21 tengahari



9 ulasan:

Kuda Perang berkata...

Tiada seorang pun dari kalangan pemimpin PAS yang pro kpd UMNO atau menjadi agen UMNO.

Usahlah kita turut sama dalam menyebarkan fitnah perpecahan dalam jemaah Islam yang kita sayangi ini.

Unknown berkata...

salam ustaz,

terima kasih kerana mengulas ayat 12 dari surah hujurat, insya Allah doakan saya agar dapat belajar ilmu2 yg ustaz sebut, niat saya keluarkan ayat tersebut ikhlas kerana Allah untuk nasihat, apa pun, pokoknya saya sbg seorang penyokong pas amat amat risau situasi semasa dengan, fitnah memfitnah, tuduh menuduh, pakatan sulit dll. kepada ustaz, saya yg dangkal ilmu ni minta dgn izin Allah bolehlah kiranya ustaz promotelah perdamaian antara pemimpin pas, saya amat sayang pas

wassalam
wan

Tanpa Nama berkata...

sudah-sudah la tu ustaz wan ji, sampai bila ustaz nak jadi orang suruhan annual bakri, orang semua dah tau dah ustaz kerja dgn sapa dan ditugaskan untuk buat apa..anak usrah ustaz "tulang besi' pulak jadi orang suruhan ustaz..berselindung dibelakang nama tok guru..ana kesian pada tok guru dengan keupayaan beliau yg terbatas..ustaz dan "pembantu2 sesat" terus buat kerja-kerja bodoh ini...

Tanpa Nama berkata...

saya cdgkn spya ustaz trs tnya pimpinan pas 2 sndiri..usah menabur fitnah n menambah koleahksi dosa yg sedia ada...sdgkan ape isi n motif sbnr pertemuan pun ustaz x tahu,ni kan pula buat andaian sdiri...moga2 Allah bg ptnjuk pd ustaz....jgn jd glgn munafik yg memecah belahkan antara saidina Ali n Muawiyyah...selidik dulu sblm mghukum....maaf byk2..

Tanpa Nama berkata...

Salam Ustaz,

kenapalah diorang ni nk sgt bergabung dgn puak2 ni... jika benar apa yg diceritakn seluruh kepimpinan pas setuju.. apa sebenarnya matlamat, kesepakatan bersama PR selama ni... Ya Allah..selamatkn lah ISLAM dan org2 yg inginkn kerajaan ISLAM sebenar.

rujuk dr:http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/bongkar-artikel-gomo-yang-dipertikaikan.html

Tanpa Nama berkata...

sudahlah ustaz...pakat2lah cari jalan perdamaian.

ustaz nak bagi tau siapa sebenarnya..

ustaz kan ahli pas, mesti tahu struktur dan organisasi PAS..

takkan apa yg ustaz tak puas hati pasal parti pun nak tulis kat sini..

gunalah saluran yang ada dalam parti..

InsyaAllah selamat...

Tanpa Nama berkata...

fedup dah aku dgn pas ni. senang cakap je samada nak UMNO or PR or nak keluar jadi independent.

kan senang kami rakyat pengundi yg hina dina ni buat keputusan tentang apa kami nak buat/hukum pas kat PR13 nanti

Tolibul Ilm berkata...

apa punya artikel daaa...macam tulisn budak-budak.

Minta maaflah ustaz, memang banyak benda saya tak setuju analisa ustaz ni. Mengarut!

hussin berkata...

Tenggelamkah PAS Pada PRU13?

Bahtera Islam yang dibawa PAS besar kemungkinan bakal tenggelam apabila tibanya PRU13 nanti. Peristiwa sekongkolan PAS di zaman Tun Razak masih belum luput dalam ingatan. Sekarang mahu dicipta satu lagi kes kerajaan perpaduan terbaru?

http://suwaritimur.blogspot.com/2009/10/era-najib-altantuya-tenggelamkah-pas.html

hohoho, hohoho,hohoho...