Rabu, 28 Oktober 2009

KUKUHKAH PAKATAN RAKYAT !!



KUKUHKAH PAKATAN RAKYAT !!

Keputusan hasil dari mesyuarat Khas yang perbincangan berlanjutan sehingga larut malam telah selesai. Secara umumnya, keputusan yang dibuat adalah, (1) heret PAS selangor ke siasatan lembaga disiplin, (2) tutup Kerajaan Perpaduan, (3) perkukuh kerajaan pakatan Rakyat, dan (4) adakan seminar Khas.

Setelah keputusan keluar, Aku meletakkan keyakinan, majority ahli PAS bawahan boleh akur dengan keputusan ini, tetapi aku lebih bimbang dengan sebilangan kecil pimpinan PAS sendiri yang akan melanggarnya.

Ini kerana, sudah banyak kali sebilangan pimpinan PAS yang melanggarinya, seperti tindakan hasan Ali yang berkali-kali melakukan masalah dalam kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, waima sudah ditetapkan PAS akan memperkukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Begitujuga, tindakan beliau menimbulkan masalah dalam isu Selcat, waima telah berjanji tidak akan melakukan masalah dalam majlis ‘perjanjian damai’ di Tropicana bersama Ronnie Liu dalam isu arak.

Justeru, keputusan yang lahir pada hari ini diwala’ oleh semua, disamping bersama-sama akan menguatkan dan memperkukuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat dengan tidak melakukan tindakan-tindakan yang boleh melemahkan Pakatan Rakyat, disamping pimpinan PAS tidak melakukan lagi tindakan yang meragukan; yang boleh melahirkan tanda-tanya berpanjangan di kalangan ahli bawahan, sama ada ahli PAS, ataupun ahli-ahli dari Parti-parti Pakatan Rakyat yang lain.

Sekian

p/s : aku tidak jawab serangan, sebab tidak mahu memanjangkan isu ini lagi. aku anggap, ia sudah selesai. Diharap sebilangan Pimpinan PAS tidak lagi melakukan tindakan yang meragukan, demi melahirkan perdamaian.

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
29 oktober 2009 * 10:14 pagi




15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

askm... kadang2 saya merasa pelik kenapa ustaz begitu antikan Hasan Ali... tak bolehkah ustaz bersabar sedikit daripada memberi komen ...tunggu dulu... kalau Hasan Ali betul langgar barulah ustaz komen....saya rasa confius ttg hadis2 berkaitan sabar yg ustaz mungkin beri dalam kuliah ustaz...bersabarlah bukankan Allah senantiasa bersama org yg sabar dan tidak tergopoh gapah

Tanpa Nama berkata...

ada orang kecek.. pertemuan blogger dengan Ustaz Nasa..hasan.. roslan bukan sulit.

batuapi royak;

Saya pelik datang daripada mana pertemuan sulit yang dimaksudkan oleh budak penulis ini? Setahu saya makluman untuk pertemuan ini dihebohkan dan tawaran untuk menyertainya telah dibuat beberapa hari sebelum itu. Saya terbacanya mengenai perkara ini.

minta komen sikit....

-abekaale-

joe penang berkata...

Takpalah. ini Komen saya terakhir berkenaan isu ug nih

Jika xde tindakan tegas terhadap geng ug ni. najib plak bubar parlimen sebelum muktmar tahun depan. Maka dijangkakan ubn akan menang besar. Kerusi campuran termasuk Parit Buntar dan selatan Kedah akan dikuasai oleh ubn.
Xpe. "Biar kita kalah, jangan islam kalah." Maka rakyat akan menderita lagi selama satu penggal

Al-Bakistani berkata...

pertama;

jika pertemuan ini bukan pertemuan sulit, mengapa ramai blogger-bloggers yang tidak tahu...

yang peliknya, mula2 sekali pecahkan isu ini adalah blog UMNO.. papagomo..

ramai yang tidak percaya. ana pun anggap itu adalah fitnah..

tiba-tiba blog orang PAS sendiri sebut ada pertemuan itu. tambah pula ada gambar sekali..

itu yang mensangsikan.. lebih terkejut, apabila ada blogger UMNO juga dalam tu... blogger UMNO bukan calang2 pulak tu.. ada jawatan pula tu.. sampai layak jadi perwakilan UMNO...

kedua;

ana ada baca jawapan Roslan SMS. dia kata pertemuan tersebut bawah Lajnah penerangan PAS Selangor. pulak tu pertemuan blogger2 tidak dikhususkan kepada PAS sahaja. UMNO, Komunis dll pun termasuk.. jadinya, mungkin terlepas pandang.

jawapan ana pula;

kenapa tidak dijemput juga blogger dari PKR dan DAP.. takkan itu pun boleh terlepas Pandang, sampai lebih nampak blogger UMNO??

ketiga;

kalau program melibat Penerangan PAS Selangor, kenapa buat kat rumah Hasan Ali. pastu, kenapa jemput Nasaruddin Mat Isa.. bukankah kewujudan tiga orang ini meragukan??

kalau program parti, kenapa tidak buat di tempat yang terbuka. kat markaz Pas ke?

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

asalamualaikumwarahmatullah
sebab x jemput semua pakat tau ust perangai macam umno..
kuliah tup..tup ..suruh sabar..ambil maklumat dari sumber yang betol..tapi ust yang buat macam tue..
ada orang kata ..orang tunggu masa aja dengan ust nie,..

Tanpa Nama berkata...

ustaz nampak guano pasal tok guru minta rakaman dialog ustaz nasa and the geng dengee blogger?

ada ore tulis, Aku ingat isu EGM sahaja ada orang kata orang guna Tok Guru Nik Abdul Aziz. Rupa rakaman itu pun sampai pengetahuan Tok Guru. Memang hebat-hebat pasal nak merosakkan parti. Cegas dan sanggup berjaga malam. Semoga Allah membalas setimpal dengan niat engkau orang semua.

minta ustaz komen sikit

- abekaale-

Tanpa Nama berkata...

kalau ada gambar dlm pertemuan sulit tu maknanya x sulit la tu...

Al-Bakistani berkata...

pertama;

tok guru minta rakaman? kalau tok guru minta, bagi je la.. takut apanye???

berani kerana benar, takut kerana salah.. kan itu pepatah melayu biasa didengari?

kalau ada yang takut, maknanya ada yang tak kena la tu...

kedua:

apakah tok guru nak dengar rakaman itu disebut sebagai prosak parti?

bukankah, kalau tok guru dengar sendiri dialog itu akan mengkuatkan parti?

kalau ada unsur burukan pimpinan PAS tertentu - seperti dakwaan burukkan husam, burukan tok guru sendiri (itu dakwaan, jangan percaya lagi) - bukankah bila didengari sendiri oleh tok guru akan terbongkar usaha memburukkan pimpinan PAS dihadapan orang UMNO..

tak perlu takut kalau tak burukkan pimpinan PAS dalam pertemuan dengan blogger UMNO itu....

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

pertemuan tu terbuka lah .... bloger UMNO tu dijemput oleh org lain kernan menyertai ahli gabungan bloger muslim bersama mahaguru... tolonglah ustaz....please... tolong dapat maklumat yg sahih.....please...pastikan maklumat usraz tu... kemudian tolong BACA ARTIKEL BATUAPI ....SAMPAI SKRG USTAZ MASIH BELUM JAWAP ARTIKELNYA SECARA ILMIAH!

Kuda Perang berkata...

SAYA TAK KENAL USTAZ TAPI BILA BACA KOMEN USTAZ NI, MEMBUATKAN BERTAMBAH RAGU DAN SETERUSNYA KURANG KEPERCAYAAN KEPADA PEMIMPIN DAN SETERUSNYA LAGI BELAKU PERPECAHAN DI ANTARA KALANGAN AHLI JEMAAH ISLAM PAS.. NAUZUBILLAH..

SAYA RASA BUKAN SEDIKIT DARI KALANGAN YANG MEMBACA TULISAN-TULISAN SEPERTI USTAZ NI AKAN JADI DEMIKIAN, MELAINKAN HANYA YANG BENAR2 WARAS DAN MENGGUNAKAN 'LATERAL THINKING' DENGAN BAIK DALAM MEMPROSES MAKLUMAT.

SAYA MENYERU KEPADA SEMUA TERMASUK DIRI SAYA, USAHLAH GHAIRAH BERBLOG DENGAN MENYIARKAN PENERBITAN YANG LAGI MENAMBAHKAN PERPECAHAN DI KALANGAN JEMAAH.

NIAT YANG BAIK MACAMANA SEKALIPUN KALAU MENGGUNAKAN KAEDAH YANG SALAH KESANNYA MENJADI NEGATIF.

YA ALLAH LIDUNGILAH JEMAAH KAMI DARIPADA BAHAYA PERPECAHAN DAN LIDUNGILAH KAMI DARIPADA MUSUH2 DALAM SELIMUT, ATAU JUGA MUSUH2 YANG TIDAK MENYEDARI DIRINYA MENJADI MUSUH..

Tanpa Nama berkata...

yg menjadi masalah adalah, kita lajak lebih dari pimpinan. itu masalahnya...

Ibnu Qalil berkata...

Betul, strategi pimpinan (jumpa Umno dll) pun nk suruh dibagitahu pd semua ahli. Takkan tu pun tak faham ustaz? Thiqah la pada pimpinan. Kalau kita sayangkan jemaah, pimpinan lagi la. Dorang banyak sakit dari kita dalam memacu jemaah. Orang kampung pun boleh fikir, tp ustaz yang ngaji agama tinggi pun xleh pk. Sedih.

mz berkata...

hehe..
ape aku nampak sekrg jelas ade dua golongan dlm pas ni.
masing2 menyalahkan antara satu sama lain..
dan bg aku pulak ade gak tak kena antara dua2 golongan ini-tp mungkin yg tak kena itu adalah ahlinya saje.

golongan yg Pro PR- ade silapnya skit bila hentam golongan satu lagi tak igt..hehe.. ade kalau org akan terasa melampau.

golongan yg tak pro-PR pulak.. lebih kurang sama.. cuam ditambah diorg igt diorg ni alim sgt. tak boleh dikutuk wooo.. semua dia buat betul-- org yg tak sama dengan dia semua salah dan sesat maa.. power gilos punya golongan ni..bila org kata perbuatan diorg tuh akan beri persepsi yg dia bukan pro PR (dan kalau tak pro pr akan jadi lawan seblaiknya)- diorg melatah melenting tak igt maa..strategy diorg ni bg aku FAIL miserably maa.....

seo antara dua golongan2 ni kalau diberi pilihan utk masa depan islam -demi dakwah islam- aku lebih pilih golongan pro-pr lagi walaupun byk gak masalah kat diorg ni.. tp bg aku golongan yg bukan pro-pr ni bg aku susah utk kembang islam lagi.. kalau nak maintain saje bolehlah -tu pon silap nanti org lari...takut maa jenis yg fikir diorg aje yg betul nie,,,,

mz berkata...

hehe..
ape aku nampak sekrg jelas ade dua golongan dlm pas ni.
masing2 menyalahkan antara satu sama lain..
dan bg aku pulak ade gak tak kena antara dua2 golongan ini-tp mungkin yg tak kena itu adalah ahlinya saje.

golongan yg Pro PR- ade silapnya skit bila hentam golongan satu lagi tak igt..hehe.. ade kalau org akan terasa melampau.

golongan yg tak pro-PR pulak.. lebih kurang sama.. cuam ditambah diorg igt diorg ni alim sgt. tak boleh dikutuk wooo.. semua dia buat betul-- org yg tak sama dengan dia semua salah dan sesat maa.. power gilos punya golongan ni..bila org kata perbuatan diorg tuh akan beri persepsi yg dia bukan pro PR (dan kalau tak pro pr akan jadi lawan seblaiknya)- diorg melatah melenting tak igt maa..strategy diorg ni bg aku FAIL miserably maa.....

seo antara dua golongan2 ni kalau diberi pilihan utk masa depan islam -demi dakwah islam- aku lebih pilih golongan pro-pr lagi walaupun byk gak masalah kat diorg ni.. tp bg aku golongan yg bukan pro-pr ni bg aku susah utk kembang islam lagi.. kalau nak maintain saje bolehlah -tu pon silap nanti org lari...takut maa jenis yg fikir diorg aje yg betul nie,,,,

Azman berkata...

Kembang islam ko cakap, kalau nak kompromi bab hukum maafla, bahkan nabi sendiri pon takkan kompromi kalau siti fatimah mencuri,
Tak da masalah nak bekerjasama dengan PKR dan DAP, tapi masalahnya kalau terlalu bertoleransi bila melibatkan agama dengan menggunakan modal siasah syariah.......asyik2 modal tu jer........
last2 umno pon guna isu tak laksana hukum islam pon sbb guna alasan siasah syariah...........