Isnin, 21 Disember 2009

APAKAH INI KEHIDUPAN? (14)

APAKAH INI KEHIDUPAN? (14)


"kenapa mak ngan ayah meninggal dunia?.. sakit tua ker?" soalku

"Mak dulu kerja sebagai pelacur" jawab Aini

Air mata Aini mula bercucuran lebat.

"oh yer ke… pastu ayah pula?"

"ayah makan hasil hidup mak melacur" jawab aini, "kalau tengok ayah, semua orang kata dia baik, tetapi sebenar dia tu syaitan rupa manusia" sambung aini lagi. Cara dia bercakap, dapat digambarkan seperti Aini amat berdendam dengan bapanya.

Aku melihat mukanya menerusi cermin kereta. Matanya mengalirkan air, tetapi wajahnya dilihat seperti orang sedang kemarahan. Terutama, apabila dia bercerita tentang bapanya.

"mak ngan ayah meninggal kenapa?" aku meneruskan soalan lanjut.

"mereka eksiden di kedah.. masa tu, mereka naik kereta bersama."

"lepas mak ngan ayah aini meninggal, sapa jaga Aini?"

"saya ada dua beradik. Saya tinggal ngan mak saudara saya di yan, kedah. Seorang lagi adik saya. Dia tinggal ngan mak saudara saya di Pahang" jawab Aini panjang lebar.

"ooo.. aini ada adik lagi,, berapa adik beradik Aini?"

"dua orang jer.. adik beradik kembar.. kalau ustaz tengok adik saya, mesti ustaz kata saya.. sebab muka kami hampir sama" jawab Aini. Kali ini, suaranya agak keriangan sedikit.

Aku melihat Aini menerusi cermin. Mata Aini sudah kurang mengalirkan air.

"Adik Aini tu, dah ada anak" Aini memaklumkan.

"oh yer ker… dia tinggal ngan suami dia ker?" aku cuba mengorek

"tak la.. dia duduk ngan mak saudara. Anak tu, dia beranak sebab dia kena rogol" jawab aini

"la haula wala quwwata illa billah" hatiku mengucap panjang.

"kenapa la adik beradik aini jadi macam ni.."

"entah la ustaz.. saya pun tak tahu, kenapa kami jadi macam ni" Aini menjawab. Kemudian menarik nafas panjang.

Kami diam seketika. Aku memfokuskan pemanduanku. Sedang memandu, tiba-tiba aku terfikir beberapa soalan.

"kenapa aini datang KL?" tiba-tiba aku melontarkan soalan.

Aini menarik nafas panjang..

"Eemm… saya datang KL sebab mak saudara saya di yan suruh datang. Dia suruh saya pujuk anak dia balik ke yan.. bila saya sampai, anak mak saudara saya kata, ada orang datang ambil saya kat KL Sentral…"

Aini menarik nafas lagi… kemudian menyambung, "masa saya tunggu kat KL sentral tu, ada sorang budak lelaki ambil saya. Dia naik kereta wira warna putih. Saya tak sangka jahat lagi… rupa-rupanya, malam tu saya kena rogol" Aini mula menangis lagi.

"emm… sabar aini.. sabar.. " aku memberi semangat.

"ini ke pertama kali Aini kena rogol? Ke sebelum ni, aini pernah dah buat kerja jahat ni dengan sapa-sapa?" aku soal.

"saya ni budak tak elok ustaz… " aini mengakui, "saya pernah buat kerja tak senonoh ni, tapi kena rogol ni. Inilah pertama kali" jawabnya.

"kenapa Aini buat kerja tak senonoh tu dulu?"

"saya percaya kat seorang lelaki tu.. saya percaya kat dia"

"aini.. aini… apa nak jadi ngan awak ni" aku mengeluh. Waima mengeluhku itu dengan suara yang perlahan, tapi aku yakin, Aini mendengarnya.

Tanpa disedari, kami sudah sampai di Kuala Lumpur. Aku terus menelefon Zul.

"zul, jom kita pi keluar makan. Budak ni pun, dia cakap dah tiga hari tak makan"

"ok.. hang tunggu aku turun" jawab zul.

Sesampai sahaja kami di kediaman Zul, sudah kelihatan Zul sudah menunggu.

Zul dilihat seperti marah. Dilihat dia seperti nak menampar Aini.

"rilex la zul.. apa hal hang ni marah ikut dan.. dengar cerita dulu" aku beri peringatan kepada zul.

Zul reda. Aini kelihatan takut apabila melihat zul.

Zul naik atas kereta, "sekarang kita nak makan kat mana?" soalku.

"hang rasa kat mana ok?" soal zul pula.

"aku rasa nak makanan melayu.. kita pekena di Kampung baru je la" cadangku.

"Ok.." jawab zul ringkas.

Kami terus menuju kampong baru…

Bersambung…




Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
22 Disember 2009 * 12:18 Tengahari.




2 ulasan:

wnorhaslina berkata...

Salam

Hem menakutkan.
Masa dapat tawaran belajaq di Melaka dulu saya takda ahli keluarga yg menghantaq harap kawan kepada kawan anak saudara. Ingat lagi masa tu takut tapi kena berani sampai bus stop kul 5 pagi. Kawan kepada anak saudara tu lelaki. Dia tak sembang langsung dengan saya. Dia langsung hantaq saya ke tempat belajaq. Betul-betul rasa dalam perlindungan Allah.
Bukan kita nak kata ya. Iktibar ni citer ni. Apa benda jahat yg kita buat kat dunia ni Allah beri bayaran tunai. Sudah diberi petunjuk pada umat manusia selagi engkau berpegang kepada Al-Quran dan sunnah maka hidup kita diredhai Allah. Mudah ja. Tapi kita tak nak. Kita nak hidup heppi2 nak senang. Tapi pun tak senang jugak kita sendiri yang melingkupkan masa depan kita dan zuriat keturunan kita.
Mohon diberi petunjuk Allah kepada generasi sekarang yg jauh hidupnya daripada cara hidup muslim.

Tanpa Nama berkata...

"Mak dulu kerja sebagai pelacur" jawab Aini

Air mata Aini mula bercucuran lebat.

"oh yer ke… pastu ayah pula?"

"ayah makan hasil hidup mak melacur" jawab aini,"

terigat watak salina dan abdul faqar karya pak samad..