Rabu, 23 Disember 2009

ULAMA PERLU MEMBAWA INSPIRASI RAKYAT


ULAMA PERLU MEMBAWA INSPIRASI RAKYAT

Perjuangan ulama-ulama terdahulu, cukup dikagumi oleh rakyat, sejak dahulu, sehingga kini. Siapa tidak kenal Tok Janggut, Maulana Abdullah Nuh India, Abu bakar Al-Baqir, Dr Burhanuddin Al-Helmi dan banyak lagi nama-nama ulama-ulama yang disayangi rakyat.

Rakyat menyayangi mereka, disebabkan mereka membawa inspirasi rakyat. Ketika itu, mereka inilah pencetus suara rakyat, iaitu mahukan kepada kemerdekaan dan terhindar dari penindasan dari penjajah.

Dalam keadaan kebencian rakyat terhadap penjajah, ketika itu datang ulama mengepalai usaha menjatuhkan penjajah disamping diambil peluang yang ada, diserapkan kefahaman islam kepada rakyat. Itulah kehebatan perjuangan ulama terdahulu.

UMNO

Di Malaysia kini, semua mengiktiraf bahawa rakyat sedang dijajah oleh sebuah parti bangsa yang sesat lagi menyesatkan, bernama UMNO. Kezaliman terhadap rakyat atas nama undang-undang yang diciptakan mereka dijadikan amalan bagi parti UMNO. Justeru, Apabila ini berlaku, sudah pasti Perjuangan menjatuhkan UMNO akan mendapat sokongan dari rakyat.

Ulama-ulama yang kehadapan menjatuhkan UMNO, sudah pasti akan mendapat sokongan rakyat. Tetapi, jika ada ulama yang terlibat dengan UMNO, ataupun ulama yang dilihat seperti "sayangkan" UMNO, sudah pasti ulama itu akan dihina, dimaki dan dibenci.


Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- sri Indah (B), Sg Buloh
24 Disember 2009 * 3:41 petang.

2 ulasan:

MALAYSIABARU berkata...

Asalamualaikum ustad,

BOLEH USTAD MENGULAS SKIT PASAL ULARMAK SESAT

takan takde ularmak sesat kat dunia ni... tolong list down mereka.

syukran

from www.malaysiabaru.com

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum... kita semua mesti sayang sesama manusia,orang kafir,samaada sayang juteru kita ajak mereka masuk islam atau jahil mcm umno justeru dakwah mereka dgn "hikmah" juga tidak lupa dgn org pas sendiri,semua mereka mesti kita sayang,cuma berbeza cara... mcm anta sayang anak yg degil dgn anak yg baik,cara sayang tu lain2.