SIAPA ULAMA SEBENAR?
Dari sudut bahasa, ulama diterjemahkan sebagai orang yang mengetahui. Adapun dari sudut istilah, tidak ada definisi yang jamik dan manik (konprehensif) bagi maksud ulama.
Jika dirujuk kepada kitab tafsir, seperti at-tafsir al-kabir, Imam fakhruddin Ar-razi mendefinisikan ulama sebagai orang yang mendalami ilmu tafsir. Jika dirujuk kepada kitab hadis pula, ulama didefinisikan sebagai Al-Mutaahhil bi ilmi Al-hadis (orang yang berkelayakkan dalam bidang ilmu hadis). Dibuka pula kitab-kitab fiqh, didefinisikan ulama sebagai orang yang berkemahiran dalam bidang fiqh.
Lebih parah lagi, jika merujuk kepada perlembagaan PAS; yang mana ulama didefinisikan sebagai orang yang mempunyai pendidikan agama, sekurang-kurangnya sanawi 4.
Apa yang dapat dilihat, definisi ulama dari sudut istilah syarak pun, tidak diketemui satu kesepakatan dari kalangan pendefinisi-pendefinisi. Yang wujudnya adalah, pendefinasian itu lebih kepada sentiment kepada pendidikan masing-masing. Jika mereka berkepakaran dalam bidang tafsir, mereka akan mendakwa ulama adalah orang yang berkemahiran dalam bidang tafsir. Begitulah bagi mereka yang mendalami hadis, fiqh, usul fiqh dan sebagianya.
Justeru, dalam pendefinisian ulama ini, perlu dikaji balik dan perlu mendapat satu ketetapan dan pendefinisian yang bersifat jamik dan manik, dengan merujuk kepada kandungan Al-quran dan As-Sunnah sendiri, agar ia tidak dicandukan oleh golongan-golongan tertentu, terutama bagi mereka yang mencari "jawatan" dengan gelaran "ulama".
Baca sama:
Ulama?
Ulama PAS perlu ada jati diri
Kepimpinan ulama tercabar?
Kepimpinan ulama atau kepimpinan bertaqwa
Sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Danau Kota
25 Disember 2009 * 11:16 malam.

3 ulasan:
as salam!
saya setuju dengan article ini. jangan sempitkan tafsiran ulamak hanya kerana kepentingan diri, jawatan & kuasa.
Apa guna jika ulamak itu hanya ahli agama & ahli tafsir tetapi tidak tahu mentakbir & menguruskan ekonomi??? takkan nak suruh rakyat jelata wala sahaja???
Assalamu'alaikum dILA ... saya berharap anda tidak mengeluarkan komen yg tidak layak anda keluarkan,jika anda indin juga memberi komen,sertakan hujah anda,tafsiran tentang ulama' itu apa dia ,sertakan hujah...
Catat Ulasan