Rabu, 23 Disember 2009

ULAMA?


ULAMA?

Kalimah ulama, diterjemah sebagai orang yang berilmu. Tidak kira apa jenis ilmu sekalipun yang dimiliki, maka ia dikenali sebagai ulama, waima ilmu kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya.

Dari sudut istilah Al-Quran, kalimah ulama disinonimkan dengan ketaqwaan. Jika seseorang yang mempunyai ilmu yang banyak sekalipun, tetapi tidak mempunyai ketaqwaan, maka ilmu yang banyak itu tidak melayakkan dia mendapat gelaran ulama.

Firman Allah;

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

Maksudnya;
"hanyasanya, yang takut kepada Allah adalah ulama"

(Surah Fatir : 28)

Mempunyai sebarang ilmu, waima pengajian ilmu kedoktoran, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya, lalu dengan ilmu itu dapat menjadikannya semakin takut kepada Allah, maka orang tersebut sudah cukup digelar sebagai ulama.

PENGAJIAN AGAMA?

Ada pihak mendakwa, pengajian dalam bidang agama sahaja, sudah melayakkan seseorang itu menjadi ulama.

Pengajian agama merupakan tuntutan fardhu ain. Tetapi, mendalami secara mendalam, hukumnya adalah fardhu kifayah, sepertimana hukum pengajian ilmu kedoktoran, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya.

Jelas dari neraca ini, bahawa menentukan sekadar pengajian agama sahaja sebagai neraca dalam menentukan seseorang itu sebagai ulama adalah tidak tepat.

ILMU AGAMA

Orang yang mendalami dalam bidang hadis, disebut sebagai muhaddis; orang yang mendalami pengajian tafsir disebut sebagai mufassir; orang yang mendalami ilmu fiqh, disebut sebagai fuqaha'; orang yang mendalami ilmu usul fiqh, disebut sebagai usuli.

Seseorang yang mendalami banyak ilmu sehingga melayakkan dia berinstinbatkan terus dari Al-Quran dan as-Sunnah, disebut sebagai mujtahid.

Keadaan ini tidak ada beda dengan orang yang mendalami ilmu kedoktoran, disebut sebagai tabib; orang yang mendalami ilmu kejuruteraan disebut sebagai muhandis; orang yang mendalami ilmu ekonomi disebut sebagai iqtisadi; orang yang mendalami ilmu falsafah disebut sebagai filosofi.

Apa yang pasti, apakah semua kepakaran yang dikuasai itu boleh membawa kepada ketaqwaan atau tidak? Jika mampu membawa kepada ketaqwaan, ia sudah cukup untuk melayakkan seseorang itu digelar sebagai ulama, waima tidak berkepakaran dalam bidang yang disebut "bidang agama".

Sekian

p/s : jangan kritik ulama PAS, nanti dilebel najis mughallazah. maklumlah, maksum !!!


Wallahu Alam.

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Danau kota
24 disember 2009 * 2:26 pagi

5 ulasan:

FZY berkata...

"jangan kritik ulama PAS, nanti dilebel najis mughallazah. maklumlah, maksum !!!" (Wanji)

Kenapalah Ust ni jenis cepat melatah dgn kerenah org/audience/anak murid?

Saya berharap ini semua adalah proses kematangan dlm hidup. Mudah2han bila ust dah tempuh satu tingkatan umur nanti., ust akan berubah kpd lebih matang, bijak dlm arena dakwah.

Wallahua'alam.

Tanpa Nama berkata...

hah....hah...mengaku pun kamu nih... bukan orang PAS.....itulah yang ku fahami bila kamu tulis....`JANGAN KRITIK ULAMA PAS.....'...maknanya yang ku fahami disini...kamu nih bukan sebahagian dari PAS...MUNGKIN UMNO...OR....MUNGKIN MUNAFIK...

bab....ulama...nih....janganlah mendefinasikannya dalam istilah bahasa......memang istilah bahasanya ulama itu adalah orang2 yang berilmu tak kira ilmu agama atau ilmu duniawi.....TAPI....adakah ini yang dimaksubkan didalam alquran dan hadis2 nabi s.a.w??.....kalau kita buka kita2 ulama yang muktabar....ULAMA yang agama maksubkan adalah ulama yang berilmu dengan ilmu agama..!!!... betul tak????......tak kanlah yang ini pun wan ji tak tahu????...

Tanpa Nama berkata...

selidik dahulu baru komen...

Jemaah Masjid BBSB

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum... Selama mana pimpinan keluarkan suatu pandangan,ianya masih boleh dikritik,dan bila sudah diproses menjadi arahan,disitu perlunya wala'... wala' ini samada dlm perkara yg dipersetujui @ tidak,klu dlm perkara yg dipersetujui x dipanggil wala'...
hakikatnya kita x mampu memuaskan hati semua manusia...

zali berkata...

apa la hang ni wan ji.. aku nk panggil hang ni ust pun malu.. cara tulis mcm budak2 merajuk

hang jenis mgaji tinggi ko.. aku ni setakat spm je

ahli kuliah s.18 s.alam