Sabtu, 16 Januari 2010

KELANTAN DI ERA ARIFFAHMI

KELANTAN DI ERA ARIFFAHMI

Jarang sekali membaca blog Kickdefella. Bukan tidak mahu membaca, tetapi bimbang hati ini berbolak balik. Jika tidak percaya, dirasakan seperti benar. Jika mahu dikatakan benar, seperti tidak benar. Tetapi, apabila blog itu mendedahkan sesuatu yang memahitkan - terutama berkaitan dengan Arif - mengapa tidak dinafikan, ataupun mengambil sikap untuk saman Kickdefella?

Kenapa Kelantan yang dikagumi sejak 1990 itu, tiba-tiba berubah wajah di tahun 2010? Kenapa imej Tok Guru nik Abdul Aziz yang cukup kita sayangi, dilihat semakin tercalar dikeranakan wujud seorang menantu?

Arif orang cerdik dan bijak. Jika tidak, masakan ada IR. Kalau dia berniaga, sudah pasti dia akan kaya. Tetapi, kenapa masih lagi mahu ”bergantung dengan jubah” bapa mertua?

Masa bertemu dahulu, dia seringkali berkata, bahawa dia amat tahu kehendak Tuan Guru dalam membina Kelantan. Tetapi, kenapa membina kelantan di era arif ini dilihat imej tok guru semakin hari semakin tercalar?

Jangan membangun bersama Islam di Kelantan di era Arif menyebabkan Kelantan kalah dalam PRU akan datang – Wal ’iya zubillah.kesiankanlah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan angkatan exconya sejak sekian lama yang telah penat lelah membangunkan kelantan..

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
17 Januari 2010 *1:49 petang

3 ulasan:

sudirumusibarat berkata...

salam ustaz,


kebaikan dan bencana adalah anugerah-Nya
sebagai ujian untuk memurnikan jiwa/jumaah

kejayaan bukan hanya pencapaian melalui benda-benda
kejayaan utama ialah kesabaran menempuh ujian
dalam mempertahankan apa-apa yang telah dibangunkan/benda/konsep
seandainya kejayaan yang kita bangunkan diruntuhkan oleh orang lain
janganlah rasa kecewa kerana orang lain juga sedang diuji
agar kita tidak lupa
jangan bergantung kepada amal meski amal itu perlu jangan berbangga dengan amal
bergantunglah kepada rahmat-Nya bergantunglah kepada-Nya kepada-Nya
DIA

Bagi para pejuang mesti sabar
Kerana hati seringkali ia berbolak balik
redha bukanlah dengan berdiam diri
redha ialah dengan cara mengurai simpulan kekusutan
cermat dan berhemah agar tidak putus
di antara simpulan kebaikan dan bencana
itulah amanah yang ditanggung
oleh para pejuang

Kerana hati seringkali ia berbolak balik

Go head go stani berkata...

Kesiankan Tok Guru ke...kesian kan diri sendiri bakulstani? Penat penat tulis buku pasal TG Nik Aziz, tiba-tiba timbul isu Niz Aziz dengan Kroninya...mana "KESEDERHANAAN" sepertimana tajuk buku anta tu? Nampaknya...tak lakulah buku terbaharu Bakulstani..silap timing anta start buat marketing buku anta tu...cuba lagi..mungkin lepas ni buat buku pasal bos anta yang kena pecat tu...anbakri....pasti buku tu best seller nanti...ceritalah pasal apa TG Nik Aziz pecat dia...

Syeikh YB berkata...

siapa boleh terjemah?