Isnin, 25 Januari 2010

CADANGAN DEBAT TERBUKA, KHALID VS ZUL KULIM


CADANGAN DEBAT TERBUKA, KHALID VS ZUL KULIM

Semasa wacana terbuka yang dibuat di rumah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam isu Allah, aku juga hadir. Kelihatan ramai tokoh-tokoh ilmuan yang hadir, seperti Prof Kamal hasan, Dr Osman bakar, Dr Farid, dan ramai lagi ilmuan islam Malaysia yang hadir.

Ahli-ahli politik juga ramai yang hadir. Sama ada dari parti PAS, mahupun dari Parti PKR sendiri.

Orang yang awal sekali mengemukakan pendapat adalah Prof Kamal Hasan. Beliau mengambil sikap tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim dengan hujjah-hujjah beliau. Begitujuga beberapa cerdik pandai yang lain.

Aku sendiri juga mengambil bahagian untuk memberikan pandangan. Ekoran pandanganku yang tidak sealiran para cerdik pandai negara, menyebabkan pihak kerajaan negeri Kelantan telah perkenan untuk menjemputku untuk memberikan pandangan dalam isu kalimah Allah ini di kelantan pada 4 Febuari ini. Dan aku digandingkan dengan seorang tokoh ilmuan yang agak terkenal di Malaysia dan nusantara melayu, iaitu Dato’ Dr Siddiq Fadhil.

Dalam wacana di Rumah Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu, dilihat Khalid Samad agak banyak bercakap dalam mempertahankan pendapat dan pendiriannya. Tetapi peliknya, Saudara Zul Kulim yang betul-betul berada dibelakang Khalid tidak bercakap dalam memberikan pandangan, mahupun mengkritik pendapat yang dikemukakan oleh Khalid Samad.

Yang lebih parah, perbedaan pendapat itu melahirkan krisis luaran sehingga wujud unsur laporan polis dan sebagainya. Padaku, pertembungan sebegini tidak akan menyelesaikan masalah, melainkan melahirkan lagi kekeliruan sahaja dikalangan rakyat, terutama mereka yang mengundi Pakatan Rakyat.

Justeru, dicadangkan kepada mana-mana pihak, sama ada pihak surau, masjid, NGO-NGO tertentu, ataupun mana-mana badan politik agar mengadakan satu debat terbuka antara Khalid Samad dengan Zul Kulim dalam merungkai isu ini dengan lebih ilmu dan mantap.

Islam telah menyediakan jalan penyelesaian yang paling baik. Penyelesaian itu, tidak lain dan tidak bukan adalah penyelesaian menerusi ilmu.

firman Allah yang bermaksud;

"katakanlah, datangkan hujjah kamu, sekiranya kamu adalah orang yang benar"

(Surah Al-Baqarah : 111)

Sekian

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
26 Januari 2010 * 2:53 petang

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz,

masalahnya mamat sekor dari kulim ni penakut, dia berlagak dari jauh ja, dari blog, akhbar pengampu, takkan pkr, pas tak nampak dan sedar lagi? , kami rakyat naik jelak dengan sikap dia ni, pi jaga kulim bandar baru hang tu cukup la. mangkak!

Ibnu Ali berkata...

UMNO berjaya dengan plan "kalimah Allah" ni...