Jumaat, 29 Januari 2010

INI RAHSIA PARTI ITU

Ini bukan Pengerusi JawatanKuasa Disiplin PAS

Hasan Ali dikenakan amaran keras sahaja. Khalid Samad digantung semua jawatan-jawatan dalam parti. Alasannya, Khalid Samad telah mendedahkan rahsia parti kepada umum.

Persoalannya, apakah rahsia parti itu?

Setelah diselidiki, dalaman PAS memaklumkan bahawa rahsia itu adalah berita berikut;

KRONI UMNO TAJA MUKTAMAR PAS?

Selepas tamatnya muktamar agung PAS hujung minggu lalu, kini timbul persoalan di kalangan pemimpin dan penyokong parti itu tentang pihak yang menaja persidangan itu.

Satu sumber memberitahu, 12 pemimpin tertinggi parti itu ditaja penginapan mereka oleh individu yang tidak dikenali, diragui mempunyai kaitan dengan Umno.

Manakala satu sumber yang lain memberitahu Malaysiakini, hanya sembilan bilik pemimpin atasan parti ditaja oleh pihak luar.

Sumber-sumber berkata, pembayaran untuk sewaan bilik di sebuah hotel lima bintang di Shah Alam bagi tempoh tiga hari sejak hari pertama muktamar 5 Jun lalu dibuat atas nama seorang bekas peguam dari Perlis.

Selain dakwaan pembabitan orang Umno dalam penginapan hotel, Ahad lalu, seorang perwakilan mempersoalkan tindakan PAS menerima tajaan sebuah syarikat besar untuk menjayakan muktamar tersebut..
Khalid Samad, juga yang dipertua PAS Shah Alam, melontarkan tuduhannya ketika membahaskan usul menggesa penubuhan suruhanjaya diraja siasatan kes rampasan kuasa BN di Perak awal tahun ini.

Beliau, juga ahli parlimen Shah Alam, mempertikaikan syarikat konsesi air Puncak Niaga – yang bertegang urat dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dalam isu air – yang meletakkan iklannya di bahan muktamar.

"Apalah sepanduk Puncak Niaga berbanding mashaf al-Quran di hujung lembing? Apalah iklan Puncak Niaga di hadapan majalah yang diedarkan berbanding degan mashaf al-Quran di hujung lembing?" katanya.

"Kita kenal lawan kita. Mereka sanggup membelanjai (membiayai) segala perbelanjaan kita (bermuktamar) pada hari ini dan hari-hari sebelum ini, membayar hotel-hotel kita kalau perlu."

Beliau menyindir usaha pengendalian muktamar oleh PAS Selangor dengan mengambil iktibar sejarah perang Siffin antara puak Muawiyah Abu Sufian dengan angkatan Ali Abu Talib dalam perebutan kuasa khalifah.

Muawiyah, seorang ahli politik yang licik, mencadangkan majlis tahkim atau perundingan di tengah-tengah perang di luar Madinah dengan mengangkat kitab suci di hujung lembing sebagai lambang gencatan senjata yang akhirnya memecah-belahkan kumpulan tentera Ali.

Pada hari terakhir muktamar PAS Ahad lalu, satu risalah berukuran tabloid yang melaporkan perjalanan sepanjang persidangan tiga hari parti itu diedarkan kepada lebih kurang 1,000 perwakilan dari seluruh negara dan petugas media.

Dalam bahan edaran itu, disiarkan iklan besar Puncak Niaga di bahagian bawah muka depannya.

Sementara di luar tempat persidangan sekitar Stadium Malawati di Shah Alam, tempat muktamar itu berlangsung, syarikat konsesi itu turut menggantungkan kain rentangnya.

Puncak Niaga juga membuka pondok pameran mereka di kawasan gerai-gerai jualan bersempena muktamar itu.

Sumber-sumber bagaimanapun tidak jelas berhubung nilai tajaan yang diterima PAS bagi menganjurkan muktamar itu, termasuk bayaran iklan Puncak Niaga.

Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan tuan rumah muktamar, PAS Selangor tidak berhasil setakat ini.

Difahamkan pesuruhjaya negeri itu Datuk Dr Hassan Ali sedang menghadiri sebuah program sewaktu dihubungi sebentar tadi.

Ketua Penerangan PAS Selangor yang juga setiausaha presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir enggan mengulas isu ini sewaktu dihubungi petang ini.

sumber : Malaysiakini.



p/s : menunggu penafian tipu yang syarie.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana nak komen Roslan SMS sebab dia terlibat langsung dalam skandal ini

Tanpa Nama berkata...

Teliti dulu situasi ni dgn baik....mgkin insiden kepala lutut terjadi semula...tahniah n takziah

SearchForHeaven berkata...

pecahkan jer laa rahsia itu..
dok lok2 lak2 konon rahsia..

kata tak nak Wala membabi buta..
pecahkan jer laaa

nak tanya ustaz..

ada ke wala membabi Buta??
konsep wala tu..

saya hairan.. Bila Khalid samad, ustaz.. kata.. kita tak suka wala membabi Buta..

So.. nak tanya lagi.. ada ke wala babi Buta??

siapa yang keluarkan istilah ini??

adakah ahli itu parti itu yang tidak disetujui oleh ahli ini parti itu??

setahu saya.. taat membabi buta.. mungkin logik..
wala membabi buta??? hahahaha..

abis tu.. wala dan thiqah tu konsep apa??

adui...

Tanpa Nama berkata...

Seronokla ye dapat maklumat dalaman yg orang lain tak dapat...
Serba tak kena manusia ni ye,buat itu tak kena,buat ini tak kena.
Apapun,semoga Allah tunjukkan yg terbaik untuk kita dan jalan yg lurus...

Ali Zaidan berkata...

Kau ni main redah je. Konfem betul ke itu rahsianya? Atau ada rahsia lain?

Contoh, bagi engkau yg kenkonon ustaz ni nak tau,contoh Khalid tu dedahkan isi mesyuarat Pas ialah:

http://www.khalidsamad.com/2009/09/mesyuarat-badan-perhubungan-pas-negeri.html

Tanpa Nama berkata...

Macam ni ke etika kewartanan ustaz, sumber melaporkan,dari sumber yang dikatakan sahih, dan sumber dari Malaysiakini..bla,bla,bla...Ust Wan Ji, ust Wan Ji...Betul sangatlah etika kewartawanan ust ni..!!??

ajk caw pas dalam s alam berkata...

adakah mereka2 ini,roslan sms dan ketua penerangan shah alam,bakar chik,samsuri,kayu n gang ug sedang bersuka suka skarng? Ingat lah Allah tetap maha melihat,malaikat nya tak pernah alpa mencatit,dari Allah kita datang dan pada nya jugalah kita akan kembali,bye2 pas ana tawakuf 6 bulan.

pendengar berkata...

ana cadang ustaz la yg ganti hassan Ali tu..