Sabtu, 30 Januari 2010

KEZALIMAN PASTI AKAN KALAH

KEZALIMAN PASTI AKAN KALAH

Islam menyuruh kepada Keadilan. Kezaliman adalah perkara yang amat dilarang, bahkan diminta untuk di lawan dan diserang.

Kezaliman ini, adalah satu sifat yang boleh melekat kepada sesiapa sahaja, waima mereka bertitle ilmuan sekalipun. Justeru, ia amat membimbangkan.

Mungkin kita kurang mendengar nama Bal’am bin Ba’ura’ di zaman Nabi Musa a.s. Beliau seorang ’Abid (Ahli Ibadat), segala doanya dimakbulkan oleh Allah SWT serta-merta, tetapi disebabkan kezaliman yang dilakukan terhadap dakwah Nabi Musa, dia telah mati dalam keadaan kufur kepada Allah.

Ekoran itu, jika kita membaca kitab-kitab Islam, kita akan dapati bahawa Islam itu datang dengan membawa sesuatu sistem ilahi, yang ia mampu membentuk manusia. Ia bertujuan, untuk menyelamatkan manusia daripada sesuka hati melakukan dan membuat sesuatu keputusan, yang memungkinkan mereka melakukan kezaliman.

Sebagai muslim, atau daripada mana-mana gerakan Islam sekalipun, kebencian terhadap kezaliman merupakan perkara yang wajib. Bukan sekadar benci, bertindak untuk berhentikan kezaliman juga adalah perkara yang amat dituntut.

Sabda Nabi SAW;

انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ

Maksudnya;
“Tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang dizalimi. Seorang lelaki berkata, aku boleh tolong jika ia dizalimi, apa pandangan kamu jika ia zalim, bagaimana aku membantunya? Sabda Nabi SAW; hendaklah kamu mencegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara kamu membantunya
[1]

Orang yang melihat sesuatu kezaliman, lalu dibiarkan sahaja, tanpa melakukan apa-apa tindakan agar kezaliman itu diberhentikan, maka itu merupakan kezaliman pada diri mereka sendiri.

Waima mereka mendakwa menyayangi sesuatu organisasi, lalu apabila kezaliman itu berlaku pada organisasi tersebut tanpa berusaha untuk berhentikan kezaliman tersebut, maka ia merupakan orang yang mahu menghancurkan organisasi itu.

Kezaliman tidak pernah menang. sampai suatu ketika, kezaliman akan dihancurkan oleh Allah SWT.

Firman Allah;

لَنُهْلِكَنَّ الظَّالِمِينَ

Maksudnya;
“Pasti kami akan binasakan orang-orang yang zalim.”

(Surah Ibrahim : 13)

MENILAI KEZALIMAN

Sesuatu hukuman dalam islam, ia mesti mempunyai maqasidnya tersendiri. Dalam fiqh Jinayah Islamiyyah, apabila sesuatu hukuman yang hendak dilaksanakan, perlu kepada dua unsure, iaitu Zajirah dan Radiah.

“Radiah” bermakna mencegah pelaku jenayah daripada mengulangi jenayah yang telah dilakukan. Adapun “Zajirah” pula adalah mencegah orang yang belum melakukan jenayah, agar tidak melakukan jenayah.

Atas asas maqasid ini, terbentuk hukum hudud, qisas dan Ta’zir. Bermakna, jika tanpa dua unsure ini, sesuatu hukuman itu tidak berasaskan kepada Islam, malahan ia merupakan kezaliman.

Sesuatu keputusan yang dibuat – khusus dalam kes jawatankuasa disiplin PAS baru-baru ini - kedua-dua unsure ini sememangnya tidak wujud. Ini kerana, kelihatan keputusan yang dibuat ini, melahirkan satu keizinan secara tidak langsung dari pihak parti, agar dilakukan beberapa perkara yang tidak sewajarnya berlaku, seperti pertemuan sulit dengan UMNO, mengadakan pertemuan sulit dengan Blogger UMNO untuk burukkan keputusan PAS bersama Pakatan Rakyat, dan sebagainya.

Apabila ini berlaku, sudah pasti keputusan tersebut tidak terwujud sama sekali unsure keadilan, bahkan ia akan membawa kepada kebinasaan PAS di masa akan datang.

Apakah kita sayang PAS?

Orang-orang tua dahulu sering kali berkata;

”sayangkan anak, tangan-tangankan, sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan”

Persoalannya sekarang, bagaimana sayangkan parti? mungkin jawapan kita adalah, "angguk-anggukkan" sambil mulut berkata, "Yes Bos, Yes Bos"

Sekian

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
31 Januari 2010 * 2:34 petang








[1] Al-Bukhari : 6438.

2 ulasan:

Muiz Nasrallah berkata...

Sayangkan UG, wala'- wala'kan, sayangkan anak Ali thiqah- thiqahkan.

bila PAS nak berubah? Ini bukan zaman 1985, ini tahun 2010. Politik kian rencam. Ingat pengundi PRU12 dari UMNO yang menyokong PAS akan kekal wala' untuk PAS pada PRU13?

jangan sampai org kata, "PAS dan UMNO 2x5 je!"

Tanpa Nama berkata...

seingat saya watak macam wan ji lah antara faktor kekalahan di tempat yang pernah menang dulu.. masa kalah nak menang , bila menang terserlah macam-macam perangai buruk .