Sabtu, 30 Januari 2010

PERKARA-PERKARA HALAL DALAM PAS


PERKARA-PERKARA HALAL DALAM PAS

PERTAMA;

Pimpinan PAS dibenarkan mengadakan pertemuan dengan Blogger UMNO, kemudian dedahkan kepada mereka tentang dalaman parti, seperti Baiah Talak isteri.

KEDUA;

Pimpinan PAS dibenarkan melakukan sebarang tindakan yang boleh mengugatkan kesepakatan dalam tiga parti dalam Pakatan Rakyat; PAS, PKR dan DAP.

KETIGA;

Pimpinan PAS dibenarkan mengadakan pertemuan sulit dengan UMNO, waima ia bakal membawa perpecahan dalam PAS.

KEEMPAT;

Pimpinan PAS dibenarkan menipu ahli-ahlinya, juga rakyat Malaysia keseluruhannya. Jangan bimbang, ada nas yang menghalalkannya.

KESIMPULAN

Segala kebenaran-kebenaran ini, tidak boleh diingkari. Mengingari segala ini, pasti akan dikenakan tindakan Disiplin sehingga melayakkan dipecat dari sebarang jawatan dalam parti.

Syarat sah menjadi pimpinan PAS, perlu jadi penyokong Tegar Kerajaan Perpaduan.

Bangganya aku jadi ahli PAS...

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
31 Januari 2010 * 1:58 pagi

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JGN ULANGI INSIDEN KEPALA LUTUT SEKALI LAGI..JGN NANTI SHBT2 LAMA PAKISTAN DEDAHKAN AIB ENTA

Tanpa Nama berkata...

Salam dari Mujahid yg sentiasa bersedia menumpahkan darah Halalnya Demi Islam.

Kpd One G ooiii, jgn jd Barwa laaa..awat hang semakin hari semakin LokLaqq haaaaaa....awat ingat hebat sgt kaaa...hang ingat sekali lg hang ulang benda mcm ni..tunggu laaaa...nak tgk langit ni tinggi rendah...apa punya org ni...kalau tak mau malu pd Ulamak pun malu la pd Allah yg sentiasa melihat...jgn sampai org htr kepala babi pulakkkkkk...
Shbt2 Pakistan bersedia mendedahkannya......

Keyman berkata...

Kpd Tanpa Nama...

Ugut mengugut tu budaya UMNO. Amat malang kalau ugutan itu dibuat oleh orang mengaku ahli PAS.

Kalau tak puas hati, ajak aje One-g berdebat.

Apa yang pasti puak UG=UMNO sedang menguasai PAS.

Tanpa Nama berkata...

yo oo la mu ji

Tanpa Nama berkata...

yo oo la mu, ji

Tanpa Nama berkata...

Mungkin inilah sebabnya ALLAH s.w.t belum lagi memberi kemenangan mutlak kepada PAS. Insiden Dr.Hassan Ali & Khalid Samad seharusnya membuka mata dan minda para pejuang Islam.
Rupa-rupanya, daripada deretan pimpinan PAS yang melata di bumi Malaysia ini, hanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan yang sealiran dengannya sahaja yang benar-benar dilihat ikhlas untuk mendaulatkan Islam di Malaysia. Yang selebihnya... tak ubah seperti pimpinan UMNO sahaja.. yang syok sendiri dan mementingkan tembolok masing-masing.
Aku sudah mula cemas.. kerana sudah mula kedengaran suara-suara yang sumbang yang menyatakan bahawa tidak ada bezanya menyokong Umno atau PAS... (Perangai mereka sama sahaja).
Kalau ini tidak dibendung... InsyaAllah PR akan tumbang di Selangor. Dan manusia yang wajib dipertangungjawabkan ialah Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan LDPP. Kerana mereka gagal mengambil peluang terbaik ini untuk merawat dan membuang barah yang semakin parah dalam PR.

Wallahu 'Alam.

sudirumusibarat berkata...

Salam Ustaz,

1,2,3&4 jangan LOMPAT
Mari duduk rapat-rapat !

1 sindiran dari dalam lebih baik daripada 1000 puja & puji dari luar.
Perit & pahit itulah hakikatnya namun harus diterima dgn hati terbuka.
Sepatutnya Puak kita berusaha mengELAKkan persamaan dengan puak mereka bukan mengGALAKkan persamaan.

Pertemuan tidak boleh dihalang sesama Parti atau tidak.Kerana hidup seperti di atas petak SILANGKATA.Saling lengkap melengkapi untuk menjunjung AYAT-AYAT DEMOKRASI yg kita bentuk?

PERTEMUAN boleh tetapi jangan DEDAHkan rahsia Parti !Dalam leka atau seronok seringkali dengan tidak sengaja RAHSIA bukan lagi RAHSIA.Hendaklah berHATI-hati. Jangan meletakkan SANGKA BAIK dalam BINGKAI IKHLAS yang CERMINnya untuk ditatap umum .Ada benda boleh dicerita/diperlihatkan dan ada benda yang boleh didiamkan/dipendamkan saja. Pejuang Islam harus tahu itu. Kerana itulah ada AHLI dan ada PENYOKONG.AHLI terikat manakala PENYOKONG tidak terikat.
Perjuangan kita masih di PHD dan SJilTKO serta ASTRO merupakan satu pakej lengkap.
Perasaan Hasad Dengki dan Suka Jaga Tepi Kain Orang serta ASTRO(lambang orang yang mula2 tahu dan menyebarkan berita tanpa usul periksa).
Disebabkan PAKEJ itulah rahsia tidak boleh dinamakan RAHSIA lagi .

Kita harus sedar perjuangan kita masih diTAHAP MENYERANG(Serangan dari pelbagai penjuru untuk menjatuhkan dan memusnahkan lawan masing-masing)bukan di TAHAP MENERANG(menerang dan mempamerkan keindahan idea dan perbuatan ).
Biarpun begitu kita harus MENGELAK menyerang membabibuta(dalam gelap gelita) seperti puak mereka disamping cuba menjadi penerang kerana kita pendokong perjuangan Islam.Serangan kita lebih beradat itulah yang harus kita tonjol.
Biar jelas jangan sampai orang KELIRU

Jangan sampai orang KELIRU untuk pilih yang BARU (tak nampak jelas) atau yang LAMA(-+50 tahun nampak biarpun -+)

Bangganya aku jadi PENYOKONG Pas !

Biar semua orang faham sindiran sendiri WJ, kalau tak faham jugak tak tau le!

Ibnuqalil berkata...

Salam,

Artikel yg menampakkan kesengalan ustaz....maaf ustaz kalau kasaq.

abdrahim kassim berkata...

Haram Dalam Pas

1. Menunjukkan sokongan yang kuat kepada PR, walaupun keputusan telah dibuat oleh muktamar.

2. Tidak sebulu dengan pandangan pemimpin UG.

3. Kritik PAS Terangganu...

Shahr Albatnani berkata...

anta nampak lain g.....ana bimbang anta jadi duri disebabkn openmind pimpinan. anta kena hati2 dgn mainan musuh..takut anta jadi kambing hitam. hati2 g

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Saya dah naik meluat dah dgn tuan, dulu agak setia, selalu dtg ofis ana bg kuliah tapi skrg sy tak join lagi dah kuliah tu. harap maaf. moga tuan berubah sikap. TQ

Tanpa Nama berkata...

tak habis2 lagi ustaz wan ji.. cuba ulas dalam hati..jangan papar. nak musnah PAS mudah, nak bina kembali susah.

susahlah kalau orang dah mempertuhankan AT..

wan ziarah

SearchForHeaven berkata...

Assalamualaikum.

saya punya pandangan berbeza dan suka nak huraikan.

Pertama:
Itulah kelemahan Peribadi tersebut selepas dihentam kiri dan kanan. tetapi pendedahan sudah pun dibuat oleh sumber2 gelap yang tidak diketahui namanya sebelum mereka melakukan kesilapan itu.
Siapa sumber pecah isu muzakarah/muqabalah??

KEDUA:

ISu ini tentu kepada individu yang dlm isu PERTAMA.. tak berbangkit untuk diulas lagi.

KETIGA:

Isu ini pun melibatkan individu dlm ulasan Pertama.

KEEMPAT:

individu dlm ISu PERTAMA Terlibat. Nak tanya apa NAS yang dikeluarkan mereka??

Selepas meneiliti semua isu2 dlm article ustaz di atas adalah yang hanya melingkari pemimpin2 yang Ustaz menentang dari dulu. Jika diteliti, isu mereka ini melibatkan mereka yang mendakwa dan mereka yang didakwa dlm tindakan disiplin.

Cuba fikir sejujur-jujurnya..

Kenapa Ada pimpinan Tertinggi PAS condong untuk BErmuzakarah dengan UMNO?? kerana nak bersatu??
kerana Duit??
Kerana Perempuan??
atau kerana kelangsungang undi majoriti ISLAM??

UStaz Wan ji..
Kalau dengan NON MUSLIM kita berlembut dan mengajak berhujah??
Tidak bolehkah Kita Berlembut dan Mengajak Berhujah sesama Muslim walaupun pada hakikatnya mereka tak mengamalkan ISLAM secara menyeluruh..
Tetapi tanggungjawab dakwah tetap ada..

Takkan selama-lamanya sesama ISLAM kita mahukan politik Agresif??
Mana nilai flexibility dalam Politik ISLAM??

Ya.. kita kena bijak mengambil hati undi non ISLAM..
TETAPI tidak harus melupakan undi MUSLIM..

Tengok sejarah Nabi Muhammad SAW.
Mengapa berhijrah Ke Madinah?
Kenapa Nabi Tidak menumpukan Dakwah kepada Mekah, kerana di situ Masih ramai Yang Tidak Faham ISLAM..

kenapa pergi kepada AUs dan Khazraj di Madinah?
Bukankah kerana Kaum itu majoritinya MENGUNDI UNTUK ISLAM???

Nabi berhijrah ke Madinah.. Kerana AUs dan Khazraj sudah memahami ISLAM dan menunggu Nabi SAW untuk memimpin mereka dlm ISLAM!!

Ustaz belajar di Pakistan, di India..
takkan memahami perbezaan geography, disiplin ilmu dan sebagainya...
jgn hanya berbangga belajar di sana.. tapi Ustaz gagal menilai tindakan Politik PAS sebelum ini dari semua sudut??

Takkan selama-lamanya mahu agresif kepada parti Lawan..
parti Lawan ada penyokong..
Yang Kita mahu agar penyokokong Parti Lawan berpaling kepada kita..
jadi Bagaimana cara supaya mereka berpaling kepada Kita??
adakah dengan terus membunuh?
atau menghulurkan pendekatan ISLAM yang lebih diplomasi bila berhadapan sesama ISLAM??

Unknown berkata...

ustaz wan ji,kami ingin menjemput tuan ke usrah gabungan di cawangan kami di hulu langat.bole sekiranya tuan beri HP tuan kepada saya di alamat magn2196@google.com

saif al mansur berkata...

Kenapa perlu takut dengan hujjah ust one G. kalau anda di pihak yang benar jawab lah dengan hujjah yang baik.

Jangan jadi macan UMNO, penakut bila di ajak berhujjah.

Teruskan usaha..
-almansur-

Tanpa Nama berkata...

ramai sungguh yg buat kerja UMNO...org UMNO tak payah dah buat kerja untuk jatuhkan PAS<tp org PAS sendiri secara sukarela menjatuhkannya...
Saya nak tarik perhatian pembaca,ingat tak kenyataan TGNA yg baru² ni pasal cah keting??? kita pakat² doa la,supaya minafiq @ yg terpengaruh dgn munafiq dibersihkan Allah adri PAS sebuah gerakan Islam... Apa yg beralaku skrg sememangnya proses nak bersihkan PAS dari anasir munafiq pun,mereka semakin menyerlahkan diri mereka...
Semoga Allah lindungi kita dari fitnah yg dahsyat..
wassalam