Jumaat, 19 Februari 2010

JANGAN BELAJAR SAHIH AL-BUKHARI DI MALAYSIA, BAHAYA


JANGAN BELAJAR SAHIH AL-BUKHARI DI MALAYSIA, BAHAYA

Muwatta’ adalah kitab hadis yang paling sahih di zaman Imam malik. Kemudian itu, lahir pula kitab Sahih Al-bukhari yang ditabalkan sebagai kitab hadis yang paling sahih.

Dalam pengajian Islam, pengajian kitab Sahih Al-bukhari merupakan perkara utama dalam pengajian ilmu hadis. Sebarang hukum yang mahu dikupas, apabila disebut hadis riwayat Al-Bukhari, pasti tidak ada perdebatan lagi tentang status sanad hadis tersebut.

Pun begitu, di Malaysia pengajian sahih Al-Bukhari merupakan satu kesalahan. Ekoran itu, kelas pengajian sahih Al-Bukhari mengakibatkan sebilangan pelajar di UIA ditangkap.

Sila baca berita ini;

Dengan berlinangan air mata, Bashirah Abdul Salam - seorang rakyat Nigeria - merayu kepada Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Siva Subramaniam supaya membantu membebaskan suaminya yang kini ditahan bawah ISA.

Bashirah, 27, (foto - berpurdah) berkata suaminya itu, Luqman Abdul Salam, tidak bersalah dan oleh itu, pelajar warga Nigeria itu tidak wajar ditahan.

"Tolonglah, bebaskan suami saya supaya dia dapat meneruskan pengajian dan menjaga kami sekeluarga," katanya yang hadir bersama Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) yang menghantar memorandum bantahan kepada Suhakam pagi ini.

Luqman adalah antara 12 orang yang ditahan pada 21 Januari lalu selepas serbuan dilakukan ke atas sekumpulan 50 orang yang sedang mengikuti satu kuliah agama di sebuah apartmen di Gombak, Selangor. Tiga puluh lapan daripadanya sudah dibebaskan.

"Saya harap pihak berkuasa dapat mengembalikannya semula. (Luqman) perlu diberi peluang untuk meneruskan pengajiannya dan mempertahankan diri (di mahkamah)," kata Bashirah yang memangku anak perempuannya.

Sementara itu, Abdul Ghani Luqman (kanan) - adik ipar Hassan Barudi dari Syria - berkata dia sendiri tidak pasti mengapa saudaranya itu ditahan di bawah ISA sedangkan mereka hanya menghadiri satu kuliah agama.

"Kami sedang berkumpul selepas solat Isya di ruang tamu apartmen ketika diserbu sepasukan polis," kata Abdul Ghani. Hassan adalah pelajar sebuah kolej swasta di Petaling Jaya.

"Saya juga ditahan tapi dibebaskan semula pada pukul 3 pagi. Sehingga sekarang kami tidak diberitahu apakah sebab kami ditahan.

"Kami hanya mengikuti kuliah berdasarkan kitab Imam Al-Bukhary, tiada langsung kaitan dengan pengganas," katanya lagi.

Tambahnya, kuliah di premis yang dinamakan Darul Ilmu itu disampaikan oleh Sheikh Aiman Al Dakkak, seorang pelajar peringkat ijazah kedoktoran di sebuah universiti tempatan, yang turut ditahan di bawah ISA.

"Setakat ini belum ada mana-mana pihak berkuasa yang menghubungi kami. Semasa kami ditahan, itulah kali terakhir saya bertemu dengan Hassan. Saya mahu tahu apa yang berlaku kepada dia sekarang," kata Abdul Ghani lagi
.

sumber : malaysiakini

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.kalau rasa diri berani!nak berjihad!pergila keafghan!keiraq!ramai saudara seislam dok kena bunuh!pi la tolong!sapa pun tak kata apa!!tunggu apa lagi!!
2.Kalau nak wahabi! pi la ke Perlis!Sapa pun tak kata apa!nak cakap pasaii bidaah!sapa pun tak kata apa!!
3.Yang dok pecahbelakan sesama islam kenapa!!
4.Tok guru pondok!pengikut beribu dulu!bidaah ka!!Puak yang ngaji kat Al-Azhar!pegang pada Syafie!bidaah ka!!Tok kenali!tok bahaman!tok janggut!mat kilau!!bidaah ke jugak!!
5.Yang dah meninggal!!Fadzil Noor dulutu bidaah ke jugak!!Asri macammana pulak!kena hasut syaitan ke jugak!!
6.Yang menyebar agama islam ke asia dulu!sampai hangpun jadi islam lani!bidaah ke jugakk!!

Muiz Nasrallah berkata...

Subhanallah! Penghinaan kepada hadis Nabi yang mulia! Betapa mereka buat sejarah akan perjuangan Imam Bukhari!

PlugRosak berkata...

Ni yang aku geram dengan kerajaan ni.. suka sangat jadikan orang lain kambing hitam... Mereka tu semua ikhwan kita.. kita kena bantah tindakan kerajaan ni..

Nas Tantawi buat apa?

Mai-mai BANTAH ISA ni, bukannya dok kalut pasal perpaduang