Sabtu, 8 Mei 2010

BANTU PEMIMPIN YANG TIDAK MENIPU


Dalam Al-Mukjam Al-Kabir li At-Tibrani, dinukilkan satu hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda;

إِذَا كَانَ عَلَيْكَ أُمَرَاءُ مَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ، وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ، فَلَيْسَ مِنِّي وَلا أَنَا مِنْهُ، وَلا يَرِدُ عَلَى الْحَوْضِ، وَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَلَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ، وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ، فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ

maksudnya;
"Sekiranya wujud pemimpin di kalangan kamu; barangsiapa yang masuk terhadap mereka, dan membenarkan penipuan mereka, dan membantu mereka terhadap kezaliman mereka lakukan, maka dia bukan dari kalanganku, dan aku bukan dari kalangan dia. Dia tidak layak masuk ke kawasan kolam, dan barangsiapa yang masuk ke atas mereka, dan tidak membenarkan mereka terhadap penipuan mereka, dan tidak membantu mereka terhadap kezaliman mereka, maka dia daripadaku dan aku daripadanya" (15692)

Juga hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, daripada Ma'qil berkata bahawa dia dengar Rasulullah SAW bersabda;

مَا مِنْ وَالٍ يَلِي رَعِيَّةً مِنْ الْمُسْلِمِينَ فَيَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لَهُمْ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

maksudnya;
"tidaklah sesoerang yang menjadi pemerintah/ketua/pemimpin yang mengurus urusan orang Islam, lalu dia mati dalam keadaan dia menipu (akan rakyatya/orang bawahnya), kecuali Allah haramkan atasnya Syurga" (6618)


3 ulasan:

Anakkampong berkata...

Macam mana dengan penembak babi?
1. Adakah kerja nya juga seperti kerja babi?
2. Adakah penembak babi terlibat dengan urusan kebabian
3. Lebih elok kah cari pekerjaan lain?


Banyak persoalan nampaknya bila bersekongkol dengan perkataan babi ni ye!.

Tanpa Nama berkata...

Salam...
yg ni berlaku kat kelantan ... apa kategori pemimpin ini dan selamatkah dia dari tuntutan di Padang Masyar nanti kerana dia sibuk ke sana kesini ....

Ibu 9 anak di bangsal lembu.apo PAS Kelantan buat selama ni?

http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=45257#820401

Tanpa Nama berkata...

Juga hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, daripada Ma'qil berkata bahawa dia dengar Rasulullah SAW bersabda;

مَا مِنْ وَالٍ يَلِي رَعِيَّةً مِنْ الْمُسْلِمِينَ فَيَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لَهُمْ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

maksudnya;
"tidaklah sesoerang yang menjadi pemerintah/ketua/pemimpin yang mengurus urusan orang Islam, lalu dia mati dalam keadaan dia menipu (akan rakyatya/orang bawahnya), kecuali Allah haramkan atasnya Syurga" (6618)

Nota: bimbang2 Pak Nik Aziz termasuk kategori ini ... dia patut baca artikel ni ... dok seronok mengajar orang ..... lupa nak muhasabah diri sendiri ....