Berdiri ketika minum, menandakan kurang adab ketika minum. Lantaran itu, ada satu hadis daripada Abi Said Al-Khudri berkata;
أن النبي صلى الله عليه وسلم زجر عن الشرب قائماً
Maksudnya;
“sesungguhnya Nabi SAW melarang minum air dalam keadaan berdiri[1]”
Cegahan berbentuk larangan dari nabi SAW dalam hadis ini, bukan larangan yang berbentuk haram, tetapi sekadar larangan yang boleh menjadi makruh. Dengan erti-kata yang lain, larangan itu menggambarkan adab yang ditekankan ketika sedang minum.
(a)
Adab bukan sesuatu perkara yang dimestikan agar dilakukan. Ia sekadar galakan agar dilakukan supaya ia mempamerkan satu suasana yang indah dan murni pada diri seseorang manusia.
Apabila disebut gambaran tidak elok bagi mereka yang minum air dalam keadaan berdiri, maka terlebih buruk jika seseorang itu minum air dalam keadaan sedang berjalan dan berlari.
Cuba bayangkan, bagaimana keadaan kita minum air dalam keadaan sedang berlari. di kala kita berlari, kita sedang bernafas dengan agak laju, lalu kita minum air, sudah pasti agak memudahkan seseorang itu tersedak ketika sedang minum air.
Adapun ketika sedang duduk, unsur ketenangan itu wujud. Bernafas juga tidak begitu laju, menyebabkan laluan dalam tengkok kita ketika kita minum air agak senang.
Minum air sehingga tersedak, bukanlah satu gambaran yang baik. Dilihat oleh manusia, pasti manusia akan terfikir seribu satu tafsiran negatif.
(b)
Dalam buku ”Al-Quran kitab kedoktoran : rahsia kemukjizatan sains[2]” karangan Prof. Dr Yusuf Al-Haj Ahmad berkata;
”Dr Abdurrazak Al-Kailani mengatakan, Makan dan minum sambil duduk lebih menyehatkan, lebih aman, lebih nyaman dan lebih nikmat. Sebab, apa yang dimakan dan apa yang diminum akan melahir ke dalam dinding lambung dengan perlahan dan lembut”
Dinyatakan juga, ”sedangkan makan dan minum sambil berdiri membuatkan minuman dan makanan langsung mengalir ke dasar lambung dengan deras. Jika ini berlaku berulang-ulang, maka lambat laung kinerja lambung akan menurun dan semakin lambat sehingga ia akan melahirkan masalah pencernaan”
Dinukilkan juga perkataan Dr Ibrahim Rawi;
”ketika seseorang berdiri, saraf-saraf tubuh manusia akan menegang dan sistem keseimbangan dalam pusat-pusat sarafnya juga mengalami hiper-aktif sehingga orang tersebut mampu mengendalikan seluruh otot tubuh untuk melakukan proses equilibrasi dan berdiri tegak”
”apabila manusia berada dalam keadaan sedemikian, manusia tidak akan mampu memperolehi ketenangan fisik yang merupakan syarat penting yang harus dipenuhi ketika makan dan minum.
”ketenangan ini tidak akan terhasil melainkan dengan duduk; iaitu ketika seluruh jaringan saraf dan otot berada dalam keadaan tenang dan santai. Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti sistem pencernaan pun meningkat”
Dr Ibrahim Rawi menambah lagi, ”makan dan minum dalam keadaan berdiri menimbulkan gelombang retroaktif saraf yang sangat kuat yang dilakukan oleh hujung-hujung saraf vagus yang tersebar dalam lambung. Jika gelombang retroaktif saraf berlaku secara kuat, ia akan melepaskan kontrol saraf yang berbahaya, yang memberi kesan pada jantung; yang boleh menyebabkan pengsan dan mati secara mendadak”
Ditambahi lagi, ”kebiasaan makan dan minum dalam keadaan berdiri akan memberi bahaya pada keselamatan dinding lambung dan memungkin terjadinya pembusukan dalam lambung”
(c)
Tidak semua keadaan minum air itu terlarang dalam keadaan berdiri, malahan dalam beberapa keadaan, minum air berdiri adalah digalakkan. Antaranya adalah, ketika sedang minum air zam zam.
Dalam kitab As-Syamail Al-Muhammadiyyah, Imam At-Tarmizi ada mendatangkan satu hadis daripada Ibnu Abbas berkata;
أن النبي صلى الله عليه وسلم شرب من زمزم وهو قائم
Maksudnya;
”Sesungguhnya Nabi SAW minum daripada air zam-zam dalam keadaan berdiri[3]”
Apakah keistimewaan air zam-zam sehingga Nabi SAW minum dalam keadaan berdiri? Tidak diketahui hikmatnya; diserahkan kepada Allah yang maha mengetahui.
Namun, mengikut pengkajian saintifik didapati air zam-zam mempunyai keistimewaan yang cukup besar.
(d)
Sepertimana diketahui umum, air zam-zam adalah satu telaga yang asal dijumpainya oleh Hajar bersama anaknya, Nabi ismail.
Dalam sejarah telah tercatit, bahawa Ibrahim AS mempunyai seorang Isteri yang bernama Sarah. Namun, sarah tidak dapat memberikan zuriat kepada Ibrahim, menyebabkan Sarah sendiri telah mencadangkan kepada Ibrahim supaya berkahwin dengan Hajar.
Hajar merupakan seorang perempuan yang dihadiahkan oleh Raja Mesir kepada Ibrahim. Setelah dibawa pulang, Ibrahim telah memberi hadiah Hajar kepada Sarah, untuk dijadikan dayang[4].
Perkahwinan antara Nabi Ibrahim dengan Hajar, menyebabkan mereka dikurniakan seorang anak yang bernama Ismail. Disebabkan Hajar telah memberikan anak kepada Ibrahim, menyebabkan kemesraan antara Ibrahim dan Hajar ini agak berlainan dengan Sarah. Rupa-rupanya, ia merupakan bibit awal ketidakpuasan hati Sarah menyebabkan dia meminta Ibrahim agar menjauhkan Hajar dari penglihatan matanya.
Permintaan Sarah itu, diminta oleh Allah agar dikabulkan oleh Ibrahim. Berbekalkan ketaqwaan dan tawakkal hati kepada Allah, Ibrahim telah membawa isterinya, hajar dan anaknya, Ismail kearah tempat yang tidak mempunyai destinasi pun.
Apabila sampai di satu padang pasir yang dipenuhi dengan batu-batu, tanpa terdapat sumber makanan, waima saluran air; ketika sampai di situ, Ibrahim AS diarahkan oleh Allah agar ditinggalkan isteri dan anaknya di situ.
Dengan berat hati, Ibrahim terpaksa meninggalkan anaknya, Ismail dan isterinya, Hajar. Alangkah sedih dan cemas hati Hajar apabila ditinggalkan ditempat tersebut bersama dengan anaknya. Dalam keadaan menangis, Hajar telah memegang kuat baju Ibrahim memohon belas kasihan agar tidak ditinggalkan.
Perasaan sedih dan tidak tergamak itu muncul dalam hati Ibrahim AS. Namun mengenangkan ia sebagai arahan Allah, dalam keadaan berat hati, Ibrahim tetap berkeras meninggalkan anak dan isterinya disitu.
Setelah meninggalkan anak dan isterinya, Ibrahim menyerahkan semuanya kepada Allah. Ibrahim AS berdoa;
رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ
Maksudnya;
”Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur”
(Surah IBrahim : 37)
Berkat doa Ibrahim AS itu, maka dikurniakan oleh Allah ditempat itu sebuah perigi yang sejak dahulu sehingga kini tidak pernah kering, iaitu Zam Zam.
(e)
Setelah peninggalan Ibrahim, banyak kejadian-kejadian berlaku kepada Hajar dan anaknya, Ismail. Bekalan makanan yang ditinggalkan sudah kehabisan, menyebabkan Hajar mula merasa beban hidup yang harus ditanggungnya.
Anak kecil yang sedang menyusu itu mula menangis. Susu hajar sudah mula mengering disebabkan ketiadaan makanan, menyebabkan kesusahan hati hajar semakin memuncak. Dia mula berlari ke safa dan marwah untuk mencari air.
Ketika berada di safa, di lihat seperti wujud air di Marwah, maka terus dia berlari ke arah marwah. Sesampai di marwah, tidak kelihatan langsung air, tetapi kelihatan seperti wujud air di safa pula.
Ternyata, semua itu adalah fatamorgana, menyebabkan dia keletihan sehingga hatinya sudah berputus asa, dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah.
Dalam keadaan demikianlah, Allah telah mengutuskan Jibril memancutkan air di satu lembah, menyebabkan hajar merasa lega dan gembira. Dia terus berlari ke arah air dan terus membasahkan bibir anaknya, Ismail dengan air tersebut[5]. Itulah, air zam zam yang diberikan Allah banyak keberkatan dan keistimewaannya.
(f)
Jika kita meneliti hadis, banyak sabdaan Nabi SAW menyebut tentang kelebihan air zam-zam. Antaranya adalah, Nabi SAW ada bersabda berkenaan air zam-zam dengan kata Baginda;
إنها طعام طعم وشفاء سقم
Maksudnya;
“Ia adalah makanan yang dimakan, dan ubat bagi penyakit”[6]
Juga hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda;
ماء زمزم لما شرب له إن شربته تشتفي به شفاك الله وإن شربته لشبعك أشبعك الله
Maksudnya;
“Air zam-zam itu bergantung maksud diminumnya. Jika kamu minumnya, kamu akan sembuh dari penyakit dengan sebab Allah yang menyembuhkannya. Jika kamu minumnya, kamu akan berasa kenyang yang Allah kenyangkan dengannya[7]”
Menurut buku “Al-‘Ijaz Al-‘Ilmi fi As-Sunnah An-Nabawiyyah” dalam juzuk pertama, karangan Dr Zaghlul Najar ada menyatakan bahawa, air zam-zam adalah air karbonat yang tajam dan kaya dengan unsure-unsur dan komposisi kimia bermanfaat yang mencapai sekitar 2000 Miligram perliternya. Jika dibandingkan dengan gram di air diluar Makkah, ia sekadar mencapai 260 miligram perliternya sahaja[8].
Dalam buku “Quran Saintifik[9]” karangan Dr Danial Zainal Abidin ada menukilkan satu sejarah yang berlaku pada bulan april 1960. iaitu, ada seorang Doktor bernama Dr Ahmad Muhammad Kamal daripada kaherah menulis dalam majalah Ad-Doktor.
Dinyatakan bahawa air zam-zam pernah dicemari dengan teruk sehingga memberi merbahaya kepada kesihatan. Ini terjadi, disebabkan factor telaga zam zam berada di paras yang rendah, menyebabkan kotoran-kotoran dari kawasan yang tinggi masuk dalam telaga.
Tulisan Dr Ahmad Muhammad Kamal ini tersebar di akhbar-akhbar barat sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam. Lantaran, Raja Faisal telah mengarahkan kementerian pertanian dan Sumber Air Saudi Arabia bertindak mengambil sampil-sampil air zam zam bagi diuji kaji. Sebagian daripada sampil-sampil itu dihantar ke makmak-makmal di eropah.
Setelah kajian dibuat, didapati air zam zam mengandungi kadar kalsium dan magnesium yang tinggi. Hal ini memberi jawapan persoalan mengapa jemaah haji sentiasa kelihatan segar selepas minum air zam-zam. Air zam zam juga, didapati mengandungi kadar fluoride yang tinggi berbanding sumber air yang lain.
Kajian ini menakjubkan, terutama air zam-zam tidak pernah dirawat dengan menggunakan klorin atau seumpamanya, namun ia selamat diminum sehingga ke hari ini.
Dalam buku yang sama juga ada menyebut, bahawa satu kajian berhubung air zam zam dilakukan oleh empat orang pakar dari suruhanjaya kuasa Atom Bangladesh (Bangladesh Atomic Energy Commission), iaitu M.A Khan, A.K.M Sheriff, K.M. Idris dan M. Alamghir. Dalam kajian mereka, didapati bahawa air zam zam jika mahu dibandingkan dengan air paip dan air yang dikeluarkan menggunakan alat pengepam berkuasa solar (solar pump Water). Pakar-pakar itu mendapati air zam zam wujud secara tabi’I dalam bentuk alkali. Ekoran itu, ia dapat mengawal kesan sampingan yang disebabkan oleh lebihan asid dalam perut, sekaligus mampu mencegah penyakit gastric.
Tambahan lagi, didapati dalam air zam zam terdapat kadar iodine, magnesium, natrium (sodium) dan kalium (potassium) yang tinggi. Dengan itu, ia lebih memberi banyak keselamatan dari sudut kesihatan manusia, berbanding mereka minum air mineral yang lain.

2 ulasan:
Salam USt Wan JI,
terima kasih artikel TIDAK MINUM BERDIRI ... lebih banyak hasilkan artikel sebegini yg ada kaitan dgn kehidupan harian .... terlalu ramai orang bercakap dan menulis tentang politik .... kami dahagakan bahan2 sebegini di internet selain hadir tazkirah di surau/masjid ..
Semoga Allah memberikan Ustaz dan keluarga rahmatNya ... Ya Rahman Ya Rahim ......
Ustaz One G,
Ulasan yg sgt menarik.
Terima Kasih.
Nizam Shazali
nizamsha19@gmail.com
Catat Ulasan