Isnin, 3 Mei 2010

MASJID BUKAN GEREJA

Noh Omar berkata;

“Orang Islam di Selangor faham agama. Kalau Nik Aziz tidak datang ceramah di Selangor, pegangan Islam orang Selangor tak kurang hebat juga darinya.

“Kita juga ada ulama-ulama kita sendiri.

“Janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor. (Sila Klik)

KOMEN:

(1)

Apabila disebut masjid, sudah pasti ia disebut sebagai rumah Allah. Allah SWT menurunkan Islam; agama yang syumul, merangkumi semua perkara, termasuk ekonomi, budaya, politik dan sebagainya.

Mengatakan bahawa tidak layak bercakap politik dalam rumah Allah, sama seperti mengatakan bahawa Agama Allah ini tidak cukup sempurna. Justeru, mana hendak diletakkan maksud Firman Allah SWT;

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

maksudnya;
"Hari ini, Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku cukupkan atas kamu nikmat-nikmat-Ku, dan aku Redha bagi bagi kamu islam sebagai agama"

(Surah Al-Maidah : 3)

(2)

sejak 1511 lagi, tanah melayu telah dijajah oleh pemikiran selain Islam. Bermula dengan Portugis, belanda, Inggeris, Jepun dan akhirnya UMNO/BN/APCO. Mungkin kebekuan pemikiran barat ini, menyebabkan orang memahami islam ala paderi @ kristian. Apabila disebut agama, maka difahami fungsi masjid seperti fungsi Gereja.

Inilah yang disebut sebagai "agama suku, politik suku". Pemikiran halus ini wajib dihapuskan. Jika ada ulama yang mengatakan bahawa masjid tidak boleh berbicara politik, maka pasti ulama itu adalah ulama berfikiran penjajah. Ia sesat lagi menyesatkan. Mereka tidak ada beda dengan paderi di gereja-gereja.

(3)

Islam ini bukan dilihat datang dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz atau tidak. Kebenaran islam dirujuk kepada sumber yang asli; Al-Quran dan As-Sunnah. Apa yang dibuat oleh nabi, maka itu adalah kebenaran.

Jika ada ulama yang mengeluarkan fatwa tidak sealiran dengan nabi, pasti ulama itu adalah ulama songsang. persoalannya, apakah nabi SAW menggunakan masjid untuk politik?

ya, Politik nabi SAW adalah politik Islam. politik nabi bukan politik perkauman seperti UMNO. Politik Nabi SAW bukan politik penindasan. Politik nabi bukan politik jual negara. Politik nabi SAW adalah politik menuju kepada kejayaan umat di dunia dan di akhirat. politik nabi SAW adalah politik keadilan sejagat.

Justeru itulah, nabi SAW bercakap politik dalam masjid. UMNO tidak relevan bercakap politik dalam masjid, kerana politik mereka perkauman, penindasan, jual negara dan banyak lagi.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

- Bulatan Pahang
4 Mei 2010 * 12:35 pagi


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tok Guru Wan Ji,

Gambar2 tgNA di gereja ... bila nak ziarah atau tanya khabar lagi ....

http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1980632

kalau TGNA mati macamna agaknya nak jawab kalau ada rakyat kelantan sendiri tak pernah TGNA lawat dan tanya khabar .... berat tu jadi pemimpin ....

Tanpa Nama berkata...

Salam Ust Wan ji,

bagi tau pok nik aziz.... pi balik kelate ... oghang kelate/rakyat kelate lebih perlu tok guru di sano ...jgn dok sibuk pi gereja ... udah le tak sihat ... bawa berihat ... pandang langit ... muhasabah diri ... tak2 pasal malaikat bedal bila mati nanti ... kesalahan sendiri tak nak tengok ... dok asyik kato "baso bodoh payoh nak ajar …ini lah orang yang amal politik suku agama suku’... dia sorang yg cerdik dan beragama ... kalau dia cerdik memerintah dah lamo rakyat kelante tak payah terima zakat ... kayo2 belako .... tak yah duduk kat Sri Indah (B), Sg Buloh..cari make ... tak gitu ustaz ...

Tanpa Nama berkata...

Inilah yang disebut sebagai "agama suku, politik suku". Pemikiran halus ini wajib dihapuskan. Jika ada ulama yang mengatakan bahawa masjid tidak boleh berbicara politik, maka pasti ulama itu adalah ulama berfikiran penjajah. Ia sesat lagi menyesatkan. Mereka tidak ada beda dengan paderi di gereja-gereja.


komen: sebab tu sibok pi melawat gereja ....



masjid/pondok2 kat kelante tu banyak lagi perlu bantuan menteri besar ... pi la tengok ... jengok ... ni nak jaga hati orang lain
dah habis pusing kelantan ??????

Tanpa Nama berkata...

politik Nabi bukan suruh undi bagi sokongan dekat geng musuh Islam.

pandai pula kaitkan dengan Nabi bila ada sesuatu berkaitan Nik Ajih.

ada Nabi lantik kerabat Baginda dalam pentadbiran kerajaan ke?

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Islam ini bukan dilihat datang dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz atau tidak. Kebenaran islam dirujuk kepada sumber yang asli; Al-Quran dan As-Sunnah. Apa yang dibuat oleh nabi, maka itu adalah kebenaran.

nota: "bodek Nik Aziz lagi"

setiap kali ust pas bagi kuliah/tazkirah yg selalu bodek nik aziz akan sebut perkara2 berikut:

- nik aziz tak duduk rumah kerajaan, dia duduk rumah sendiri ... ptg dia bercucuk tanam/mencangkul .....pagi2 dia mengajar/bagi kuliah subuh ...

pertanyaan saya: banyak masa tok guru ..... kalau cam ni bila tok guru nak berhadapan dgn rakyat dan dengar sendiri rintihan rakyat ...bukannya melalui wakil rakyat yg mungkin cerita2 benda baik2 sahaja ....

mati besok susah la .... kalau sorang pun dah cukup tuntut keadilan tok guru di akhirat ....... jgn leka dgn pujian terutama dari al bakistani ....rosak dan merosakkan...

Tanpa Nama berkata...

takutnya aku, apalah nasib kita kelak, mcm mana agaknya persinggahan yg pertama kita di alam kubur ? kurangkan membaca didalm blog tetapi lebihkan pergi ke masjid dan tempat2 menimba ilmu agama... aku takut, tu yg aku nak ingatkan... korang tahu Nabi S.A.W suka warna apa? warna biru pekat dan cair bukan klu xsilap.. apa ekk?

Tanpa Nama berkata...

Nabi suka kaler hijau...tapi takde kaitan dengan Pas.Pas perasan je lebih

tapi Nabi pun hapuskan berhala di sekeliling Kaabah.kelantan pulak berhala buddha punya banyak.

tahap tu je la pemikiran geng liPAS.Nabi suka warna apa pun mahu dikaitkan.bongok punya otak lembu PAS

yang Nabi musnahkan berhala tu takmau tengok.Nabi satukan umat tu takmau tengok.

tahap haramjadah betui pas

Tanpa Nama berkata...

Kepada 2010 Mei 4 20:47

"korang tahu Nabi S.A.W suka warna apa? warna biru pekat dan cair bukan klu xsilap.. apa ekk?"


kalau nak kira 'warna baju" , pasukan bolasepak nigeria pun pakai warna hijau... apa lah manusia nak buat perbandingan dengan warna....


"cara nabi berdakwah, cara nabi layan musuh yg benci nabi, akhlak dan tutur kata halus nabi Muhammad s.a.w "

semua ni tak nak banding dengan cara pas "nak bawa Islam" ... pas sebenarnya PEROSAK ISLAM ... jawab di akhirat nanti .....

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua ...

masjid bukan gereja TETAPI ada masjid di Eropah merupakan bekas gereja .. ustaz dan geng2 bawa ziarah ke Eropah ... banyak berjalan luas pandangan .... jgn ingat PAS dah hebat ....niat PAS nak laksanakan ISLAM tidak saya nafikan ... tapi harus bermula dari tarbiyah dan berhemah dan beradab .....

Tanpa Nama berkata...

PM Gagasan 1 Malaysia berbangsa Melayu dan beragama ISLAM dan Ketua Kerajaan..

Korang tolong jawab bila nak laksanakan Undang-undang ALLAH S.W.T? korangkan bijak dalam mengomen...

Tanpa Nama berkata...

Salam kpd
2010 Mei 5 23:50

Korang tolong jawab bila nak laksanakan Undang-undang ALLAH S.W.T? korangkan bijak dalam mengomen..."

Ni aku nak mengomen engkau...

pi baca buku ni ...Fiqh Al -Awlawiyyat oleh Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qardawi diterjemahkan oleh Ahmad Nuryadi Asmawi ... baca msurat 265:

kulit buku: http://2.bp.blogspot.com/_cfWqNTZm__M/SumrTc41lOI/AAAAAAAABxk/IYytzlU8H4U/s320/fiqhkeutamaan.jpg

Mana yg mesti didahulukan: Melaksanakan Syari'at Islam atau Tarbiyyah dan Penerangan ..?

Bila dah baca ... datang untuk komen lagi ....

Saya tak nafikan niat dan hasrat baik PAS ... cuma pelaksanaannya (praktikalnya) memang menjadikan PAS merosakkan ISLAM ....jadi cam na nak jawab di hadapan Allah s.w.t nanti ..... produk baik dan halal tapi cara pemasaran hancus ... (tiada strategi) ...

Maaf ye...

Tanpa Nama berkata...

korang geng PAS dan PR plak cuba tolong jawab,:-

1.kenapa kilang arak kat selangor tak tutup lagi?

2.kenapa kat kelantan banyak patung berhala buddha?

3.kenapa enakmen hudud Pas antara negeri kelantan dan terengganu berbeza sewaktu Pas menang diterengganu dulu?

4.kenapa tak berani laksanakan hudud di kelantan kerana takut kerajaan saman?takut kerajaan saman atau takutkan Allah?

5.mana pergi wang hasil sumber balak dikelantan untuk membangunkan kelantan?

6.apsal sibuk nak tubuhkan pihak pemantau janji BN di hulu selangor sedangkan janji PR tak pernah pula dipantau?PR maksum ke?

korang geng Perosak Rakyat (PR) kan ke banyak blog-blog tulih konon semangat juang berkobar-kobar.kenapa bila berhadapan DAP kecut perut teluq masuk dalam tak berani tegakkan ke"ISLAM"an tu?