zaman dahulu, Yahudi dan Nasrani cuba mengharamkan perkara yang halal, dan halalkan perkara yang haram. Macam-macam perkara yang mereka buat, supaya yang haram itu tetap menjadi halal juga.
Dalam kitab Al-Halal wa Al-Haram karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ada didatangkan satu kisah, iaitu berkenaan Allah SWT haramkan kepada orang yahudi daripada menangkap ikan pada hari sabtu. Lalu, mereka merancang juga agar menangkap ikan pada hari sabtu jadi halal. Tindakan mereka adalah, dengan melakukan 'tipu helah'.
Mereka pun, membuat pukat pada hari jumaat supaya ikan-ikan yang datang pada hari sabtu akan terperangkap, lalu mereka mengambil ikan-ikan itu pada hari ahad. Mereka mendakwa, tindakan mereka itu tidak termasuk seperti larangan Allah terhadap mereka.
Helah sebegini, dinyatakan oleh Nabi SAW akan dilakukan oleh umat Islam akhir zaman. caranya adalah, dengan menukar nama benda yang haram itu dengan nama-nama yang lain.
Judi itu haram, tetapi dilihatkan halal dengan berbegai-bagai lebel. Ada kata dengan nama tikam nombor ekor, pertandingan bola sepak dan banyak lagi. Begitujuga yang lain, seperti Rasuah itu haram, tetapi diperlihatkan halal dengan nama "politik wang", "under table" dan macam-macam lagi.
Kalau Zaman dahulu, kerja-kerja ini dibuat oleh puak-puak bani Israel, tetapi di malaysia, kerja-kerja ini dibuat oleh Bani Israel yang boleh bercakap melayu dan berkulit melayu. Lagi dahsyat, boleh cakap pelat kelantan lagi.. memang dasar UMNO ini APCO, APCO ini UMNO, maka jadilah ia APNO
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 Mei 2010 * 1:50 pagi
4 ulasan:
Kerajaan pakatan rakyat pun silap.Sepatutnya dinegeri yg mereka perintah batalkan lesen arak dan batalkan lesen premis menjual nombor ekor. Apa yg ada dalam bidang kuasa kerajaan negeri ambil tindakan yg sewajar. Ini cakap yg lebih. PR dan BN sama je.
BN ikut cakap Tuan Haji Zaid, Tuan Haji Zaid kata boleh..PKR kata boleh.. dah tentu TGNA pun akur jugak kan..
Sebab BN yang cakap, mula lah timbul haram..Kalau PKR cakap, dah tentu mursyidul kata ok pulak.. So halal haram ikut dari parti mana yang bercakap. Bukan kah ini hopokrit namanya..?
politik wang haram ke? sama mcm rasuah ke? ahahah, org bangang+bodoh piang je yg nampak benda tu berbeza... dah melihat drp kacamata yg sama ngan Apco maka jadilah Apno.
lesen arak, lesen bela babi... mana boleh diharamkan secara mutlak, bodoh bangang punya sifir, haram tuh utk muslim, utk non-muslim dibenarkan secara terkawal.
Halal bagi Pas tapi Haram untuk yg lain.
http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=9596
Catat Ulasan