Jumaat, 7 Mei 2010

KEMUDHARATAN BABI


Perlu diingat, setiap makanan yang diharamkan oleh Allah, pasti ia akan memberikan mudharat kepada manusia. Babi sebagai contoh, adalah makanan yang dimakan oleh non Muslim.

Namun, mereka tidak sedar, bahawa daging babi itu mempunyai seribu satu kemudharatan terhadap orang yang memakannya. Terutama, babi adalah sejenis haiwan yang memakan makanan yang kotor, seperti najis

Dalam buku “Al-Quran kitab kedoktoran : rahsia kemukjizatan Sains
[1]” karangan Prof. Dr Yusuf Al-Hajj Ahmad, ada menyebut, bahawa bahaya daging babi itu amat banyak, antaranya adalah;

Pertama, ia melahirkan penyakit-penyakit parasit. Antara punca penyakit perasit yang terhasil dari daging babi adalah, wujudnya cacing-cacing.

Antara cacing-cacing itu adalah;

1- ”cacing spiral”.

Cacing spriral merupaka sejenis cacing paling merbahaya kepada manusia. Didapati, semua babi mempunyai cacing jenis ini. cacing ini bersarang di diafrakma (rongga badan antara dada dan perut) dan berkembang biak di situ sehingga menyebabkan susah pernafasan yang boleh membawa kepada kematian.

2- ”cacing pita”

Antara lain adalah ”cacing pita”. Cacing jenis ini, terlalu panjang, sehinggakan ada cacing itu kepanjangannya mencapai sepuluh kaki. Akibat dari terkena cacing ini, boleh menyebabkan gangguan pencernaan dan kekurangan darah (anemia).

Para doktor menegaskan bahawa penyakit cacing pita ini termasuk dibawah kategori penyakit berbahaya yang disebabkan oleh kosumsi daging babi. Cacing-cacing ini berkembang biak dalam usus-usus kecil manusia, seterusnya akan berada dalam usus besar, dan di situ cacing-cacing itu akan membesar.

Ketika cacing-cacing pita itu berada dalam usus besar manusia dan membesar di situ, ia akan mengeluarkan telur-telurnya. Dan kemudian, telur-telur itu akan keluar dengan kotoran manusia ketika mereka qada’ hajat.

3- ”cacing scares”

Cacing jenis ini, apabila berada dalam tubuh manusia, menyebabkan manusia itu mudah terkena infeksi paru-paru dan menyebabkan usus semakin menyempit.

4- ”cacing inclistoma, halbarisa dan disentri”

Cacing-cacing ini, sekiranya berada dalam tubuh manusia, akan mengakibatkan pendarahan dan boleh membawa kepada kematian.

Kedua, orang yang makan babi, memungkinkan terkena penyakit mikroba, iaitu seperti orang yang dihinggap penyakit infeksi otak dan infeksi saraf jantung, influenza, infeksi mulut dan sebagainya.

Ketiga, terdapat pada babi sejenis kuman yang bernama kuman toksoplasmagondi, yang boleh mengakibatkan demam, lemah fizikal, infeksi paru-paru, infeksi urat jantung dan infeksi selaput otak, disamping mudah menghilangkan fungsi pendengaran dan penglihatan.

Apabila kita melihat kajian sains terhadap mudharat babi ini, tidak hairanlah Allah SWT mengharamkan daging babi.

Firman Allah;

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah haramkan ke atas kamu bangkai, darah dan daging babi"

(Surah Al-Baqarah : 173)



[1] 187-189.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.Oiii!!hang carila fakta yang lain!!fakta hang tentang babi ni!dah basi!!dah belajaq disekolah rendahla oii!!
2.Hang cari la hukum bagi benda HARAM berwajah alaf baru!Hukum MLM!Hukum Insuran Nyawa!Hukum Rasuah yang berbentuk "derma"!!hukum juai agama!!hukum jual air zam-zam!!
3.Betuila hang ni!!akai kurang!!orang dah ke marikh!hang masih dibawah tempurung!!!