Isnin, 3 Mei 2010

TADABBUR AYAT KE-2, SURAH AL-BAQARAH

Al-Baqarah, makna bahasa melayunya adalah lembu betina

Firman Allah;

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya;
“Kitab itu, tiada keraguan dalamnya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa”

(Surah Al-Baqarah : 2)

(1)

Sebelum dari penurunan al-Quran, sudah terdapat kitab yang telah diturunkan kepada umat-umat sebelum ini; seperti Zabur, Injil dan Taurat. Namun begitu, kesemua kitab-kitab itu telah diselewengan, menyebabkan ia jadi tidak asli lagi.

Firman Allah;

فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ

Maksudnya;
“kecelakaan bagi mereka yang menulis kitab dengan tangan mereka sendiri, kemudian mendakwa ia datang dari Allah”

(Surah Al-Baqarah : 79)

Apabila kitab-kitab itu bukan lagi dari perkataan Allah, malahan sudah bercampur antara perkataan Allah dan perkataan rahib-rahib dan paderi-paderi, menyebabkan kitab-kitab tersebut sudah diragui.

Adapun Al-Quran, ia adalah kitab yang tidak tercampur aduk dengan sebarang kalam makhluk, bahkan ia adalah kalam Allah SWT seratus peratus.

Ekoran itu, Allah SWT menyebut;

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ

Maksudnya;
”kitab itu, tiada keraguan didalamnya”

(2)

Kenapa Allah menggunakan kalimah ”Al-Kitab” dalam ayat ini. mengapa Allah tidak menggunakan kalimah ”Al-Quran”, kerana ia lebih jelas dan nyata?

Sengaja Allah menggunakan kalimah Al-Kitab, tidak menggunakan kalimah Al-Quran. Ia adalah kerana, sebelum penurunan al-Quran, terdapat beberapa puak-puak yang mengatakan mempunyai kitab juga, iaitu yahudi dan nasrani.

Namun, kalimah Al-Kitab yang Allah sebut dalam ayat ini, didatangkan dengan alif dan lim Ma’rifah, sudah pasti ia merujuk kepada al-Quran.

Lebih-lebih lagi, Surah Al-baqarah adalah surah yang banyak berbicara tentang yahudi, ekoran itu ia didatangkan dengan kalimah Al-Kitab, bukan kalimah Al-Quran.

(3)

Kalimah ”Zalika” bermakna ”itu”. kenapa Allah tidak menggunakan kalimah ”Haza” yang diterjemah sebagai ”ini”?

Kalimah zalika bermakna itu. apabila disebut itu, sudah pasti ia adalah isim isyarat yang merujuk kepada tunjuk kepada benda yang jauh. Adapun jika diguna kalimah ”Haza” yang merujuk kepada makna ”ini”, sudah pasti ia memberi maksud sesuatu yang dekat.

Hikmah Allah SWT, tidak menggunakan kalimah ”haza” iaitu diterjemah sebagai ”ini”, tetapi menggunakan kalimah ”zalika”, iaitu itu adalah kerana, Allah SWT hendak menyatakan bahawa Al-Quran itu jika mahu dibandingkan dengan kitab-kitab terdahulu, seperti taurat dan Injil, jauh lebih tidak diragui. Adapun kitab sebelum ini, dipenuhi dengan seribu satu keraguan.

(4)

Firman Allah;

هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya;
”petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa”

Ada beberapa keadaan, iaitu seperti berikut;

Pertama,

Kita tidak pernah sampai ke Kota Bharu. Apabila kita mahu ke sana, kita memerlukan beberapa petunjuk jalan, seperti berhajat kepada papan tanda, atau ada orang yang lebih mengetahui menunjuk jalan kepada kita.

Kedua,

Apabila kita sudah berkali-kali ke Kota Bharu, kadang-kadang jalan ke Kota Bharu itu telah kita hafal. Bukan sekadar hafal, malahan apabila kita ke Kota Bharu, tanpa papan tanda dan orang tertentu tunjuk jalan pun, kita sudah tahu jalan ke Kota Bharu.

Ketiga,

Burung yang keluar mencari makanan untuk anak-anaknya, tidak perlu kepada pandai membaca papan tanda dan sesiapa pun tunjuk ajar. Tetapi, setelah dia keluar untuk mencari makan, sejauh mana pun ia pergi, pasti ia akan jumpa jalan pulang, untuk diberikan makanan kepada anak-anaknya.

Justeru, hidayah yang diterjemah sebagai petunjuk juga begitu.

Ada hidayah yang tidak perlu diajar, bahkan kita boleh memahaminya dengan penerimaan akal yang sihat; fitrah yang telah diberi oleh Allah SWT.

Benci kena curi, kena rompak, dikhianati dan sebagainya merupakan kehendak fitrah manusiawi. Justeru, waima tidak disebut dalam al-Quran pun, ia sudah dimengerti oleh manusia.

Ada pula hidayah yang perlu kita pelajari. Iaitu, dalam perlaksanaan hukum hudud, qisas dan ta’zir. Ia tidak boleh dilaksanakan jika tidak diberi kefahaman. Justeru, ia perlu diajar agar umat memahaminya.

Kemudharatan pada kerosakan nasab dengan sebab, ramai manusia tidak mengerti. Ekoran itu, Allah SWT mendatangkan ayat khusus tentang larangan zina.

Apabila setiap hari kita berjumpa dengan sesuatu amalan hidayah, dan kita lakukan. Apabila setiap hari kita lakukan, menyebabkan kita akan melakukannya tanpa perlu diajar lagi.

Seperti, kita yang selalu menunaikan solat pada setiap hari. Apabila dilakukan setiap hari, menyebabkan kita boleh tunaikan tanpa diajar banyak, bahkan amalan harian itu menyebabkan kita terbiasa.

Orang bertaqwa adalah orang yang sudah terbiasa dengan amalan al-Quran. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah, ”Ia (Al-Quran) adalah petunjuk bagi orang yang bertaqwa”.

Sekian

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 Mei 2010 * 4:57 Pagi

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kawe dah gi kota bharu ... tak dok apo nak banggo .... bersih lagi bdr melako ....

Tanpa Nama berkata...

1.sorang takkabur!rasa alim dari orang lain!boleh tahu sapa masuk syurga!sapa kafir!orang lain makan rasuah!dia makan rasuah!dia kata tak tau!!
2.sorang lagi juga takkabur!rasa dialah pandai!
3.Eloklah tu!orang tua-tua dah kata!buku bertemu ruas!!
4.tarak akai punya orang!!