Khamis, 13 Januari 2011

HASAN ALI vs MALAYSIAKINI


Berita mula-mula tercetus perbincangan;

Hasan Ali turut memberi amaran, kerajaan negeri mungkin akan menghadapi masalah sekiranya melancarkan serangan peribadi ke atas Khusrin.

Jelasnya, tindakan itu tidak adil kepada 28,000 penjawat awam di negeri itu.

"Jika mereka berpiket, kita mungkin akan bermasalah," katanya.

Mustafa Ali sound PAS Selangor;

"Saya ingin mengingatkan semua pihak khususnya pimpinan PAS Selangor supaya tidak membuat kenyataan atau tindakan yang berbeza dengan apa yang telah dinyatakan sebagai pendirian parti.

"Saya mengikuti perkembangan di Selangor secara dekat dan berharap tidak ada pimpinan di Selangor yang mengambil pendekatan berbeza ini," katanya hari ini. -

dan terbaru, kenyataan Setiausaha perhubungan PAS Selangor, Lawyer Khairuddin.

PAS Selangor menggesa portal berita Malaysiakini membuat pembetulan berkaitan laporan mengenai kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang disiarkan semalam.

Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman berkata, laporan Malaysiakini itu sangat berbeza dengan kenyataan serta maksud sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor ketika mengadakan sidang media berhubung isu perlantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru- sila klik


KOMEN:

Semenjak pertemuan sulit di awal kemenangan PR antara PJ PAS selangor dan Khir Toyo, maka semenjak itu, kenyataan beliau kurang diyakini dan sukar dipercayai lagi. Secara peribadi pula, aku amat kenal Khairuddin, setiausaha Perhubungan PAS Selangor, terutama bila beliau membuat kenyataan media. Aku amat faham cara seorang peguam yang berminat dengan teori-tori media.

Dari berita ini, kenyataan hasan Ali ini diulas oleh Cikgu Pa yang mendakwa bahawa beliau melihat keadaan selangor dari dekat. Kelihatan kenyataan Cikgu Pa sealiran dengan laporan berita Malaysiakini. namun, SU Perhubungan PAS selangor mengeluarkan kenyataan yang agak "cover".

Sepatutnya, SU perhbungan PAS itu, bukan sekadar menafikan laporan Malaysiakini, tetapi menafikan juga kenyataan Cikgu Pa sama. keadaan ini, menyebabkan kita agak keliru keadaan ini. Jadi, Kita menunggu penjelasan yang lebih jitu.

sekian

sila klik;
PAS S'gor makin mesra dengan Khusrin
Hasan Ali diingatkan patuhi pendirian PAS
PAS Se'ngor : Gesa malaysiakini betulkan laporan

Wallahu 'Alam




2 ulasan:

hussin berkata...

"laporan Malaysiakini itu sangat berbeza dengan kenyataan serta maksud sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor"

@ "kenyataan" vs "maksud"

@ sekiranya "kenyataan" yang dilaporkan berbeza dari yang dikatakan, saman yang membuat laporan.

@ "kenyataan" yang disalah lapor telah menukar "maksud" apa yang dikatakan.

@ yang membuat "kenyataan" mestilah jelas dengan apa yang dikatakan dengan memberikan "maksud" dari apa yang dikata.

@ "kenyataan" yang boleh dimanupulasi menunjukkan yang berkata tidak peka dengan silat politik.

@ jika "kenyataan" itu disediakan, ia menunjukkan bahawa si pengarang kurang peka dengan silat politik.

@ jika yang berkata dan yang mengarang tidak peka dengan silat politik, tinggalkan sahaja bidang politik.

@ sebagaimana motivasi dan guaman mempunyai seninya yang tersendiri, begitulah juga dengan politik.

@ parah yang diterima dari kesilapan silat politik adalah lebih teruk dari kesilapan motivasi dan guaman.

@ kesilapan motivasi mungkin hanya melibatkan satu sessi. kesilapan guaman mungkin hanya melibatkan satu kes. kesilapan silat politik?

Tanpa Nama berkata...

minta malaysiakini minta maaf secara terbuka....
tak semua wartawan malaysiakini tak suka dr.hasan ali.mungkin satu dua saja dan bukannya satu malaysiakini...
PR masih memerlukan malaysiakini untuk menentang BN....